Archive for September 23rd, 2009

Ajaran Sesat Hj.Ahmad Laksamana (Part 2)

Masih ada pihak yang ragu-ragu tentang status ajaran Hj.Ahmad yang diisytihar sebagai salah satu ajaran sesat yang didapati menular hebat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Meskipun telah disiarkan semua bahan-bahan (kitab-kitab dan pita rakaman) berkaitan dengan ajaran sesat ini dalam posting yang lepas (13 Jun 2009), namun masih ada rakyat Malaysia yang belum jelas mengenainya. Bagi menjelaskan serta menguraikan kekusutan ini, disyorkan kepada semua pihak yang masih samar-samar dalam masalah ini agar merujuk buku AbdulFatah Haron Ibrahim (Ahli Sunnah dan Wujudiah Bathiniah mengenai ajaran sesat (halaman 213-251) terbitan JAKIM dan juga buku Ajaran Sesat oleh Abdul Fatah Haron Ibrahim terbitan DBP .  Buku ini turut memperkatakan tentang hujjah-hujjah Batiniyah dan Wujudiyah dalam buku Hakikat Insan yang ditulis oleh Ahmad Laksamana satu ketika dulu (buku Hakikat Insan mengandungi 23 bab). Antaranya ialah;

i)  Dalam ruangan pendahuluan buku Hakikat Insan, hlm ii-iv, Hj.Ahmad Laksamana mengatakan; Buku Hakikat Insan boleh dijadikan formula dan panduan terbaik dalam pengajian ilmu tasawwuf untuk mengenal Tuhan.

ii) Kata Ahmad Laksamana “Tak payah mengaji, sir tajalli datang sendiri”

iii)  Ilmu ini daripada datuknya dan datuknya pula belajar ilmu ini daripada Tok Kenali dan juga Tok Kemuning. Pusaka daripada moyangnya Raden Warjono.

Dalam bab pertama, buku Hakikat Insan halaman 1-7;

i) Ahmad Laksamana membahagikan ilmu pengetahuan kepada ilmu  qalam, ilmu ghaib dan ilmu syahadah. Dia maksudkan ilmu qalam sebagai ilmu teknologi dalam zaman moden sekarang. Beliau juga memperkecilkan sektor ilmu ini kerana golongan non muslims lebih menguasainya  dibandingkan dengan umat Islam. Dia juga mendewa-dewakan ilmu ghaib dan syahadah, iaitu mukjizat dan juga keramat.

ii) Dalam buku yang sama halaman 95, Ahmad Laksamana mengatakan “Kita adalah Allah semata-mata tiada suatu pada kita hanya Allah semata-mata. Siapa kita kalau bukan Ahmad sendiri ? Allah bertempat dalam dirinya ? Jadi kalau sembahyang dia membaca اياك نعبد , bererti dia sembah dirinya sendiri. Apakah hukum dalam Islam jika seseorang itu menyembah dirinya sendiri????

Itulah antara permasalahan yang beliau timbulkan dalam bukunya, Hakikat Insan yang sesat lagi menyesatkan.

Ada sesuatu yang tak kena……

Bila sambutan Majlis Mesra Anak Kelantan dipertikai dan didapati semakin merosot dari tahun ke tahun, pasti sekali ada sesuatu yang tak kena perlu diperbetulkan serta diperkemaskinikan . Cuba lihat  http://jiwokelate.wordpress.com/2009/09/23/2-syawal-1430-majlis-mesra-anak-kelantan-sekadar-memenuhi-rutin-tahunan/

Towardsmardhatillah: Teringin sangat nak dengar hujjah Dato’ Nik Amar  secara detail berkaitan dengan pembinaan asrama pelajar Malaysia di Mesir. Ada kemungkinankah ia akan jadi tempat tidur yang paling nyaman bagi para pelajar Malaysia khususnya dari Kelantan???