PRK Bagan Pinang: PAS mendahului dari sudut penampilan calon

Isa lawan Zulkifli

Agak pelik juga bila bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad yang pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah muncul kembali dicalonkan semula mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Jawaban paling mudah bagi masalah ini yang mungkin menguntungkan PAS jika diwar-warkan kepada masyarakat awam ialah; pemilihan Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional di Bagan Pinang disebabkan UMNO sudah ketandusan calon.  Nak cari calon yang betul-betul bersih daripada gejala rasuah dikalangan ahli-ahli UMNO memang amat sukar sekali. Mahu tak mahu, bekas Menteri Besar itu juga yang terpilih. Justeru dari sudut penampilan personaliti calon, sekali lagi PAS dan Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional sepertimana yang pernah berlaku di Permatang Pasir baru-baru ini.

 

Meskipun begitu, status calon PAS yang berlawan dengan Rohaizat (yang pernah dikaitkan dengan skandal wang pekebun getah) di Permatang Pasir lebih terjamin  kerana Permatang Pasir adalah kubu Pakatan Rakyat. Sedangkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Hj.Zulkifli pula akan berhadapan dengan Isa Samad (bekas Menteri Besar yang dianggap sudah bertaubat daripada amalan rasuah) di Bagan Pinang, iaitu kubu UMNO dan Barisan Nasional. Kemungkinan besar persaingan antara pihak-pihak berkenaan di Bagan Pinang lebih sengit jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku di Permatang Pasir. Itupun kalau PAS berazam memberi tentangan sengit kepada pihak lawan.

 

Agak beruntung bagi calon PAS jika majority pengundi Barisan Nasional di Bagan Pinang mulai sedar kesilapan mereka yang lalu kerana mengundi Barisan Nasional. Malah lebih-lebih beruntung lagi jika para pengundi tersebut kenal siapa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu. Siapalah Isa Samad itu jika dibandingkan dengan Hj.Zulkifli dari sudut personality dan penampilan. Lagipun dari sudut moral, sepatutnya bekas Menteri Besar diberi penghormatan dan tidak wajar bertanding di kerusi DUN tersebut. Ini kerana jika Isa Samad menang, beliau hanyalah memegang status sebagai seorang ADUN ataupun paling tidak sebagai seorang Exco dan bukannya Menteri Besar seperti dulu lagi. Namun keadaan adalah sebaliknya bagi PAS jika para pengundi di kawasan berkenaan masih redha dengan amalan rasuah dan sanggup menerima kembali Isa Samad. Malah dalam masa yang sama, status anggaran majority undi pos pun dikatakan  lebih menguntungkan Barisan Nasional dan tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Peranan Suruhanjaya Pilihanraya dalam masalah undi pos pula sentiasa diragui. Walaupun begitu, perjuangan PAS mesti tetap diteruskan. Kalah dan menang Allah yang menentukan………….PAS hanya perlu berusaha sebaik mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: