Fanatik Dalam Islam

Fanatik  sering dikaitkan dengan sikap dan juga semangat Asabiyyah. Ibn Khaldun turut mengupas tentang peranan asabiyyah dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun. Ringkasnya, kupasan beliau menyatakan bahawa fanatic asabiyyah hanya dibenarkan sebagai  temporary mekanisme untuk proses pembentukkan Negara Islam. Setelah segala proses yang diidamkan berjaya, unsur fanatik asabiyyah wajar dihindar serta dilupuskan sama ada secara berperingkat ataupun sebaliknya. Islam menganjurkan pendidikan yang mampu membuahkan kasih sayang serta rasa hormat terhadap para pimpinan selama mana  tindak-tanduk mereka bukan merupakan satu kemungkaran dan juga maksiat. Agihan tugasan dan juga jawatan sesama anak beranak dan juga kroni juga diamalkan oleh Rasulullah yang mengutamakan Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman bin Affan dan juga Ali bin Abi Talib. Meskipun diutamakan oleh Rasulullah dan mereka ini tidak tergolong dalam kalangan ma’sumun tetapi mereka semua sentiasa berusaha menghindarkan diri masing-masing daripada segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Membela anak beranak yang berjawatan tinggi dalam kepimpinan kerajaan yang berperangai tidak senonoh  adalah satu kemungkaran. Lebih-lebih lagi jika tindak tanduk mereka itu menyusahkan rakyat jelata dan boleh merugikan sesebuah pentadbiran kerajaan Islam.

 

Sayang sekali selepas berakhirnya zaman khulafa al-Rasyidin, sikap fanatic asabiyyah anak beranak di kalangan para pemimpin Islam mulai berubah menjadi satu trend yang diwarisi secara zaman berzaman. Fenomena ini jelas bermula dengan kebangkitan Kerajaan Islam Bani Umaiyyah hinggalah ke saat ini. Dalam konteks gerakan Islam di Malaysia, gejala negatif ini turut melanda jiwa para pemimpin PAS terutama sekali mereka yang sudah berjawatan Wakil Rakyat. Adakalanya perangai sesetengah mereka yang suka mengutamakan kewahan hidup kelihatan lebih kurang sama dengan sikap pemimpin UMNO dan adakalanya lebih teruk daripada itu. Unsur fanatic digunakan agar setiap tindak-tanduk mereka tidak dibangkang rakyat. Akibatnya, berlakulah ketaatan yang membabi buta dalam soal kepimpinan. Yang paling menyedihkan lagi, ada di kalangan wakil rakyat PAS yang tidak sanggup mengubah sikap buruk mereka dan hanya menuding jari-jari mereka ke arah pemimpin UMNO seraya berkata “PEMIMPIN UMNO TERUK LAGI!”. Ungkapan kata sedemikian sering kedengaran dalam mana-mana ceramah PAS. Pada peringkat awal, kebanyakkan  anak-anak para pemimpin PAS (Wakil rakyat ) masih kecil dan mereka hanya memerlukan duit belanja sekitar seringgit dua seharian untuk belanja makan di sekolah. Setelah anak-anak pemimpin ini meningkat dewasa, keinginan-keinginan mereka terhadap segala bentuk kemewahan dan penghormatan juga turut melonjak-lonjak sama dan tak ubah macam anak-anak para pemimpin UMNO. Semua bentuk kemewahan dan penghormatan yang diperolehi oleh mereka. Pasti sekali penyalahgunaan status kemewahan dan penghormatan tersebut adalah satu kemungkaran yang perlu ditegur dan dibenteras! Semua proses ini berlaku kerana jiwa anak-anak ini tidak didedahkan dengan pendidikan Islam meskipun bapa mereka digolongkan dalam senarai para ulama’ terkemuka mengikut penilaian mata manusia yang terpukau dengan lilitan serban dan juga jubah yang dipakai. Gejala inilah sebenarnya yang merosakkan pentabdiran politik Islam!   Malah gejala ini turut dihidapi oleh para pemimpin PAS di Kelantan masa kini  yang tak gheti apakah sebenarnya hakikat pendidikan Islam itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: