Hj.Hadi bagaikan seekor cicak dalam kegelisahan…

Nik Aziz tetap mahu Muktamar Khas

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya meminta pimpinan parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti.Katanya, beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.“Saya dah jawab dan saya tidak nak ulangi. Jawab sekali, dua kali, tiga kali, empat kali buat apa. Jawab dah kelmarin sekali cukuplah. Saya tidak akan tarik balik apa yang telah dinyatakan. Buat apa nak tarik balik kerana ia betul.“Tak setuju tak apa. Saya hanya keluarkan fikiran (cadangan adakan muktamar khas) saya. Kalau setuju alhamdulillah, tak setuju tak apa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis kenduri doa selamat di Masjid Noor Aini di Pasir Hor, semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumbuh, Baihaqi Atiqullah.

Menteri Besar kelantan itu berkata, beliau sudah matang dalam politik dan tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

“Saya tidak mahu buat benda lain (pendekatan lain). Tak ada apa. Tak ada. Saya tak mahu buat benda lain, saya sebut sekali Pas terima Alhamdulillah, tak terima tak ada apa.

“Saya nak jaga Pas saya kerana Pas ini parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang itu ini, ada orang tulis artikel, saya kena buat sesuatu untuk menyelamatkan parti ini. Tanggapan orang, ikut dialah nak kata apa.

“Saya jawab saya buat dengan ikhlas nak jaga parti saya yang saya telah bajai lama, lama dah mengairinya, pagar pun dah lama. Tiba-tiba kalau ada orang kata begitu kepada kawan-kawan saya, saya sendiri pun terasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya mencadangkan parti itu mengadakan satu muktamar khas bagi menentukan kedudukan pemimpinnya, ditolak oleh sesetengah pemimpin Pas peringkat negeri atas alasan cadangan itu tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahupun negeri ketika ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata, beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya Pas mengadakan EGM boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya, beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5339204.asp

Mesyuarat Khas Pas Pusat ganti EGM – Salahuddin

Oleh SERIEFFA MUSHTAFA AL BAKRY

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu semalam.

“EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam,” katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, http://www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan “bermasalah” ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

“Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM),” katanya. BERNAMA

Towardsmardhatillah:  Kepada para ahli PAS;

Kalau putih katakan putih…kalau hitam katakan hitam…..biar jelas pendirian masing-masing sama ada nak turut mereka yang disenaraikan sebagai pengacau dalam PAS ataupun untuk terus kekal bersama PAS. Kalau Hj.Hadi nih benar-benar mementingkan kemaslahatan PAS, mengapa beliau gelisah ketika mana Mustapha Ali, Dr.Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa disenarai hitamkan oleh Tok Guru Nik Aziz? Kegelisahan Hj.Hadi terhadap nasib yang bakal menimpa Mustapaha Ali, Dr.Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa tak ubah umpama seekor cicak yang kegelisahan ketika mana ekornya putus dibidas oleh budak-budak. Mengikut perlembagaan PAS; Sekurang-kurangnya  persetujuan daripada 1/3 AJK PAS Pusat diperlukan untuk menentukan proses perlaksanaan EGM berjalan lancar. {Perlembagaan PAS Fasal 16, perkara (1) (b) }

 
 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: