Kepalsuan itu satu kemungkaran.

Ketegasan Tok Guru menyuburkan organisasi parti

Ketegasan Tok Guru menyuburkan PAS

Ada dikalangan segelintir ahli PAS dan juga penyokong PAS yang resah dengan pergolakkan dalaman PAS kini. Malah bagi mereka yang buta tentang sejarah PAS ini juga bimbang dengan perpecahan yang kononnya bagi mereka boleh menguntungkan Barisan Nasional. Tok Guru Nik Aziz berpengalaman dalam sejarah jatuh bangun PAS pula tenang dengan fenomena ini. Bagi beliau apa gunanya kemenangan jika ia tidak diredhai Allah? Dan apa gunanya melaungkan perpaduan jika laungan itu tidak menguntungkan perjuangan PAS. Mengapa wujud dikalangan pemimpin PAS yang bertindak seolah-olah PAS itu adalah parti bapa mereka yang punya? Sememangnya wajar tindakan tatatertib dikenakan kepada mereka yang tidak tahu menilai jawatan yang disandang sebagai satu amanah Allah Taala yang wajib disempurnakan sebaik mungkin. Mudah-mudahan tindakan tatatertib berkenaan mampu dijadikan tauladan dan juga sempadan bagi bakal-bakal pemimpin PAS di masa hadapan. Jangan sekali-kali bertindak sembrono. Amat tidak wajar sama sekali keinginan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan digembar gemburkan walaupun berapa kali jumlahnya kerana tindakan tersebut tidak menguntungkan parti. Malah gembar-gembur kerajaan perpaduan hanya menguntungkan mereka yang gelojoh dalam sector politik yang sentiasa rindukan UMNO. Sikap suka berdolak dalik dalam soal bekerjasama dengan UMNO ini tidak wajar dimiliki dan dipamirkan oleh mereka yang menyandang jawatan tertinggi dalam parti. Bukankah sikap sedemikian sebahagian daripada amalan syaitan? Malah mengekal golongan sebegini dalam parti adalah satu kemungkaran meskipun terpaksa berpecah dan keutuhan organisasi pula terpaksa dibina semula. Lagipun PAS sudah berpengalaman berpecah dan membina keutuhan organisasi setelah disingkir keluar daripada Barisan Nasional suatu ketika dahulu.

 

PAS merupakan sebuah organisasi pergerakan Islam yang mengutamakan keaslian dalam segenap aspek. Segala bentuk kepalsuan adalah amat sukar bertahan lama dalam PAS. Jika didapati secara jelas di kalangan jamaah, kepalsuan itu wajar disingkir seberapa segera agar ia tidak merebak ke merata tempat yang lain. Lantaran mengutamakan keaslian inilah Tok Guru berani mengsyorkan langkah drastic untuk membersihkan mereka yang bermasalah dalam parti meskipun terpaksa berdepan dengan berbagai gelagat mereka yang ingin mengekalkan kepalsuan. Kepalsuan ini adalah kemelut dalam perjuangan PAS yang perlu disingkir dan bukan sekadar hanya berpolitiking. Sila klik di bawah

http://greenboc.blogspot.com/2009/10/era-najib-altantuya-semua-tak-nak.html

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: