Lakukan perubahan demi kemaslahatan rakyat…

Dr.Abdul Aziz BariTersentak jiwa ini bila ada pihak mendakwa bahawa Hj.Hadi merupakan seorang murabbi. Dengan kata lain, murabbi itu adalah seorang pendidik. Mungkin ada benarnya dakwaan ini. Namun ke arah manakah didikan yang diajukan oleh Hj.Hadi? Adakah hala tuju didikan beliau ke arah Unity Government itu wajar dianggap sebagai satu pendidikan yang positif? Sudah tentu didikan itu adalah negatif kerana ia sedikitpun tidak menguntungkan perjuangan PAS. Idea Unity Government itu sebenarnya satu usaha gigih oleh mereka yang PRO UMNO kerana ingin cepat berkuasa dan berjawatan seganding dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang amat dipandang jelek di mata rakyat. Biarlah Si Tantawi yang suka menganggap dirinya penuh berilmu dan beberapa orang anak buahnya saja yang mengiktiraf Hj.Hadi sebagai murabbi positif.  Hakikat sebenarnya, kemampuan dan karisma Hj.Hadi untuk terus memimpin PAS ekoran timbulnya idea mengarut ini amatlah diragui. Malah status dirinya selaku Presiden parti yang sering dicontrol oleh Mustapha Ali juga menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan penyokong dan pengundi PAS. Begitu juga dengan  sikap dungun beliau dalam mengendali perangai Dr.Hasan Ali yang suka bertindak sembrono. Cuba amati apa yang telah diketengahkan oleh Dr.Aziz Bari di bawah ini;

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/10/28/26253/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: