Archive for October, 2009

Video seks dimainkan di perbicaraan rasuah Jamaluddin dan Osman Jailu

berukk 

IPOH, 20 Oct – Perbicaraan kes rasuah membabitkan dua bekas ahli majlis tertinggi PKR Perak hari ini memperlihatkan tayangan video yang menunjukkan dua lagi rakan yang dituduh melakukan hubungan seks dengan pelacur daripada China.

Video tersebut menunjukkan bekas ahli majlis Perak Tengah, Zul Hasnan, 45, dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 31 sedang melakukan hubungan seks dengan perempuan-perempuan tersebut.

Ianya telah dirakam dengan menggunakan kamera bersaiz kecil di sebuah apartment di Batu Feringgi, Pulau Pinang, oleh ahli perniagaan Mohamad Imran Abdullah, 34, yang telah bertindak sebagai ‘ejen provokasi’ untuk SPRM.

Dewan mahkamah telah diperintah untuk dikosongkan oleh Hakim Mahkamah Session Azhaniz Teh Azman Teh berikutan bantahan daripada Ketua Unit Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

Peguam pembela Surjan Singh telah membantah arahan tersebut.
“Jika kamu mahu menari, menarilah dengan betul” katanya kepada Abdul Razak.

Hakim Azhaniz Teh berkata beliau tidak ragu-ragu untuk membenarkan pihak media untuk turut menonton video tersebut tetapi menambah dengan berkata adalah lebih baik jika ianya diputuskan sendiri oleh pihak tertuduh.

Peguam S. Muthu, yang membela Zul, kemudian bertanya kepada tertuduh. Zul, sambil tersenyum berkata dia lebih selesa jika mahkamah dikosongkan semasa tayangan video itu.

Para peguam kemudiannya mengakui bahawa video tersebut ‘amat pedih’ untuk ditonton. Zul, kata mereka, dilihat memeluk perempuan China itu pada mulanya, sebelum kedua-duanya beredar ke tandas dan berbogel. Mereka kemudiannya dilihat melakukan hubungan seks di atas katil.

Sebelum itu, perkara lain yang dibangkitkan didalam perbicaraan hari ini adalah berkenaan wang RM5,000 yang bekas orang PKR Jamaluddin Mohd Radzi, 52, dituduh menerima dipejabatnya didalam bangunan SUK pada 14 Ogos tahun lalu, telah diberi sebagai “derma’, bukannya ‘merasuah’, dan untuk kegunaan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Dalam keterangannya, saksi keenam pihak pendakwaraya Mohamad Imran Abdullah, 34, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memberitahu Jamaluddin bila bertemu dengannya hari itu yang beliau membawa bersamanya sedikit ‘sumbangan’.

Mohamad Imran, sebagai ejen provokasi kepada pihak penyiasat, berkata bahawa Jamaluddin telah bertanya untuk apa tujuan ‘sumbangan’ itu.

Beliau berkata seorang lagi tertuduh, ahli politik PKR dan juga bekas ahli dewan undangan negeri Usaili Alias, yang berada bersama mereka di dalam bilik tersebut, telah memotong dengan berkata: “Ianya untuk Permatang Pauh.”

Apabila Abdul Razak daripada SPRM menyoal beliau tentang kegunaan sebenar wang RM5,000 itu, Mohamad Imran berkata: “Pada saya, wang tersebut adalah untuk membantu pilihanraya kecil Permatang Pauh dan juga untuk membantu saya mendapatkan projek di Seri Iskandar.”

Hakim Azhaniz Teh kemudiannya mencelah dan bertanya, “Pada awak? Awak berkata bahawa ini adalah ‘pada awak’?”

Mohamad Imran mengangguk dan berkata, “Ya, pada saya. Pada saya, wang tersebut untuk Permatang Pauh dan projek.”

Mahkamah juga menyaksikan rakaman video kejadian tersebut di pejabat Jamaluddin pada 14 Ogos, yang telah dirakam menggunakan kamera bersaiz kecil pemberian SPRM kepada Mohamad Imran.

Rakaman tersebut menunjukkan Mohamad Imran menyerahkan wang RM5,000, kesemuanya terdedah, kepada Jamaluddin yang tidak mengambil wang tersebut.

“Dia memberitahu saya supaya menyerahkan wang tersebut kepada Usaili, yang telah mengambilnya dan menyimpan didalam poket,” tegas Mohamad Imran.

Jamaluddin, bersama-sama Mohd Osman Mohd Jailu, 57, dan tiga lagi, Usaili, 56, bekas ahli majlis bandaran Perak Tengah Zul Hasnan, 45, dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 31, menghadapi beberapa pertuduhan rasuah di atas cadangan projek pembangunan bernilai jutaan ringgit di Seri Iskandar.

Juruteknik Perbadanan Kemajuan Perak, Ruslan Sahat yang juga didakwa bersama-sama kumpulan ini pada mulanya tetapi pertuduhan keatasnya telah digugurkan selepas kematiannya Ogos lalu.

Sementara itu, mahkamah juga menayangkan dua lagi rakaman yang menunjukkan wang, di dalam jumlah yang berasingan, RM5,000 dan RM10,000 diserahkan kepada Mohd Osman, yang juga meminta supaya wang-wang tersebut diserahkan kepada Usaili.

Satu lagi kejadian berlaku di Aquarius Coffee House, Hotel Summit di Bukit Mertajam pada 16 Ogos, 2008 bila kelihatan Mohamad Imran menyerahkan wang RM5,000 kepada Mohd Osman.

“Mohd Osman lihat wang tersebut dan meminta supaya ianya diserahkan kepada Usaili, yang menerimanya,” kata Mohamad Imran yang menambah bahawa wang tersebut adalah untuk membantunya mendapatkan projek di Seri Iskandar.

Didalam kejadian yang lain pula, pada 19 Ogos di restoran Kluang Station Ipoh, Mohamad Imran telah menyerahkan sebuah beg kembara yang mengandungi RM100,000 kepada Mohd Osman.

Didalam video tersebut, mahkamah menyaksikan Mohamad Imran membuka zip beg tersebut sambil mengadap kepada Mohd Osman.

“Saya kemudiannya menutup beg itu dan menolaknya kearah dia tetapi dia memberikan isyarat kepada saya supaya memberikan kepada Usaili,” kata Mohamad Imran.

Usaili, tambahnya, mengambil beg tersebut dan menyimpan disebelahnya.
Pegawai pencegah rasuah kemudiannya memasuki tempat tersebut lalu menahan Usaili dan Mohd Osman, begitu juga Ruslan yang berada didalam restoran tersebut pada hari itu.

Didalam rakaman yang lain kemudiannya, mahkamah telah menyaksikan Mohamad Imran juga menyerahkan RM2,000 kepada Ruslan di Apartmen Sri Sayang, Batu Feringgi, Pulau Pinang pada 14 Ogos, 2008.

Pertemuan hari itu telah diaturkan oleh Mohamad Imran, yang juga telah mendakwa diminta membawa bersamanya tiga orang rakyat China.

Zul, Fairul Azrim, Ruslan dan pegawai SPRM (BPR pada ketika itu) Norliza Musa, yang menyamar sebagai teman wanita Mohamad Imran, juga hadir pada pertemuan tersebut.

Perbicaraan akan disambung lagi esok untuk menyoal balas Mohamad Imran.

dipetik dari: http://telokbakong.blogspot.com/

Towardsmardhatillah: Kerana gilakan habuan dunia, perjuangan membela nasib rakyat diabaikan.  Ini adalah antara tektik kotor yang digunakan oleh barisan Nasional bagi merampas semula negeri Perak.

Kisah Semut Dengan Belalang

Petang tadi saya begitu tertarik hati mendengar cerita yang dibaca secara nyaring oleh anak sulung saya yang berusia 6 tahun, Hydar Hafiz. Meskipun petikan cerita ini adalah antara koleksi cerita kanak-kanak tapi intipatinya penuh dengan pengajaran yang boleh turut diambil iktibar oleh orang dewasa yang tahu menilai peranan akal dalam usaha memanafaatkan masa dengan sebaik-baiknya. Ceritanya lebih kurang begini;

 

Semut dan Belalang

Semut dan Belalang

Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat. Mereka berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk. “Kita perlu bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang musim sejuk nanti” kata ketua semut. Semua semut bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk yang lalu. Keesokan pagi semut-semut itu keluar mencari makanan. Makanan yang ditemui dikumpul dan dibawa balik ke sarang dengan menggunakan daun. Semut-semut betina pula akan menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka. semut- semut itu bekerja keras mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan yang berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka. pada suatu hari, semasa semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba mereka terdengar nyanyian dari sebuah taman berhampiran. Kelihatan beberapa ekor belalang sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur semut-semut yang sedang bekerja. “Apakah yang sedang kamu lakukan?”. “kami sedang mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk nanti” jawab semut. “Musim sejuk? Sekarang masih musim panas, kenapa perlu bersusah untuk mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira. Marilah berhibur bersama kami” kata belalang-belalang itu sambil mentertawakan semut-semut.

 

Hydar Hafiz

Hydar Hafiz

Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-semut itu tidak berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Namun begitu, belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal mencari makanan. Jadi mereka pun pergi ke sarang semut. “Tolong berikan kami makanan. Kami kelaparan dan kesejukan”rayu belalang. Semut-semut itu menjemput tetamu mereka masuk. “Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah  semua makanan ini hasil usaha kami yang kamu ketawakan dulu” kata semut sambil menunjukkan bekalan makanan yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas lalu.

Saya dikritik !

Saya terbaca sebuah posting dalam blog ‘Steps Toward Mardhatillah’ di bawah entry ‘Fanatik Dalam Islam’. Saya mula-mulanya merasa ‘panas telinga’ dengan kenyataan dalam tulisan ini yang telah menyentuh Saiyyidina Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, kemudian saya terasa sayu. Saya panas telinga dan kemudian terasa sayu kerana saya tidak tahu semada kenyatan itu lahir daripada keberanian yang tidak terkawal atau ianya keterlanjuran yang terlepas pandang serta dianggap lekeh. Mungkin sahaja kenyataan itu kecil dan tidaklah penting manapun, tetapi apabila ianya menyentuh peribadi utama yang teramat-amat penting, yakni peribadi semulia-mulia makhluk Allah, Saiyyidu al-Mursalin, maka kenyataan itu perlu dipandang dengan serious dan diadili di atas neraca aqidah dan adab Islam. Saya salin kenyataan yang dimaksudkan ini:

Fanatik sering dikaitkan dengan sikap dan juga semangat Asabiyyah. Ibn Khaldun turut mengupas tentang peranan asabiyyah dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Kahldun. Ringkasnya, kupasan beliau menyatakan bahawa fanatic asabiyyah hanya dibenarkan sebagai temporary mekanisme untuk proses pembentukan Negara Islam. Setelah proses yang diidamkan berjaya, unsur fanatik asabiyyah wajar dihindar serta dilupuskan sama ada secara berperingkat ataupun sebaliknya. Islam menganjurkan pendidikan yang mampu membuahkan kasih-sayang serta rasa hormat terhadap pemimpin selama mana tindak-tanduk mereka bukan merupakan satu kemungkaran dan juga maksiat. Agihan tugasan dan jawatan sesama anak beranak dan juga kroni juga diamalkan oleh Rasulullah yang mengutamakan Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman bin Affan dan juga Ali bin Abi Talib. Meskipun diutamakan oleh Rasulullah dan mereka ini tidak tergolong dalam kalangan ma’sumum tetapi mereka semua sentiasa berusaha menghindarkan diri masing-masing daripada segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Membela anak beranak yang berjawatan tinggi dalam kepimpinan kerajaan yang berperangai tidak senonoh adalah satu kemungkaran. Lebih-lebih lagi jika tindak tanduk mereka itu menyusahkan rakyat jelata dan boleh merugikan sesebuah pentadbiran Islam.

Sayang sekali selepas berakhir zaman khulafa al-rasyidin, sikap fanatic asabiyyah anak beranak di kalangan para pemimpin Islam mulai berubah menjadi trend yang diwarisi secara zaman berzaman. Fenomena ini jelas bermula dengan kebangkitan kerajaan Islam Bani Umaiyyah hingga ke saat ini.

Kalau kita bertanya secara ikhlas pada beberapa perkara asas, adakah penulis ini:

1- memahami maksud dan penggunaan istilah ‘fanatic’

2- memahami perbincangan kepentingan dan kedudukan asabiyyah dalam kehidupan beragama dan berkerajaan dalam tulisan Ibn Khaldun.

3-memahami konteks penggunaan istilah ‘cronyism’

4- memahami sistem kerajaan beraja secara dinasti dan memberi kedudukan yang setimpal kepada sistem ini dalam sepanjang sejarah manusia dan ummah khususnya. Vis-a-vis dengan sistem khalifah dan kaedah perlantikan pemimpin secara syari’ie sebagaimana yang terdapat dalam kitab para ulama.

5-berlaku jujur dalam cuba memahami huraian kemasyarakatan oleh Ibnu Khaldun, bukan sekadar menumpang namanya dan nama karyanya dalam usaha melucur pemikiran kita sendiri.

Itu adalah soalan-soalan sampingan sahaja. Sebenarnya yang menjadi persoalan utamanya ialah kefahaman dan sikap serta adab kita terhadap apa-apa perilaku dan perbuatan serta perkataan yang thabit daripada Saiyyidina Rasulullah sallahu alaihi wasallam.

Dalam kitab-kitab aqidah selepas perbincangan hal-hal yang berkaitan Ilahiyyat (ketuhanan), ianya akan disusuli oleh perbincangan tentang kerasulan. Dalam bab kerasulan itu (dalam kitab yang agak besar sedikit) akan dibincangkan tentang kedudukan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Serta bagaimana kita sebagai ummah baginda perlu kasih dan cinta kepada baginda, bagaimana kita beri’tiqad yang perkataan, ikrar dan perbuatan Rasulullah sallahu alaihi wassallam menjadi ikutan dalam segala aspek kehidupan kita. Bagaimana Allah memelihara baginda daripada melakukan maksiat dan dosa ketika baginda menjalani kehidupan di dunia, pemeliharan Allah terhadap baginda dengan menentukan baginda datang dari silsilah keturunan turun-menurun yang bersih, memelihara baginda semenjak kelahiran baginda sebagaimana yang terdapat dalam Surah ad-Duha. Kita tidak menthabitkan sebarang keburukan pada rupa paras baginda dan pada peri laku serta perkataan baginda, bagindalah sebaik-baiknya dari segi kejadian dan sebaik-baiknya dari segi akhlaq. Kita tidak bercakap tentang baginda kecuali dengan semangat pengkaguman dan menyaksikan kesempurnaan dan kecantikan pada baginda, disertai kecintaan dan rindu untuk menatap wajah baginda terutamanya di akhirat kelak.

Bagaimana mungkin tergamak kita katakan Rasulullah membuat sesuatu perbuatan yang sekiranya dilakukan oleh orang kebanyakanpun, ianya dikira salah dan tidak patut. Bagaimana tergamak dan sampai hati kita katakan yang Saiyyidina Rasulullah mengamalkan ‘cronyism’ dengan melantik Saiyyidina Abu Bakar, Saiyyidina ‘Umar, Saiyyidina Uthman dan Saiyyidina ‘Ali untuk mengisi jawatan dan tugasan?. Tidakkah kita merasa sayu dan hiba membaca tuduhan ini dibuat atas nama ‘menghayati agama’ dan ‘seruan ke arah kebaikan’?. Aduhai, semoga Allah menunjukkan kita kebenaran sebagai kebenaran serta diberi kita upaya untuk berada di atas kebenaran, serta ditunujukkan kebatilan sebagai kebatilan serta diupayakan kita untuk menjauhi kebatilan.

Istilah ‘cronyism’ dapat disusur penggunaannya dalam bahasa Inggeris seawal 1811. Kemungkinan ianya berasal daripada perkataan Irish, Comh-Roghna (sebut: ko-rone) yang bermaksud rakan karib atau kawan sebaya. Bagaimana pun istilah ini telah digunakan untuk memaksudkan antara lain:
1-The practise of appointing friends to high level , especially political post regardless of their suitability.
2-Favoritism shown to friends and associates by appointing them to positions without regards for their qualification.
3-Close friend, trusted companion or partner in a criminal organization
4-A term to describe an individual who is able to exploit connections with leader to gain wealth and economic position
5-favoritism, especially in giving political appointment
6-cronyism is contrary in practise and principle to meritocracy

Secara sepintas lalupun, kalau kita melihat secara adil, dimanakah kita boleh thabitkan yang Rasulullah sallahu alaihi wassallam mengamalkan cronyism?. Adapun perlantikan Saiyyidina Abu Bakar,Saiyyidina Umar, Saiyyidina Uthman dan Saiyyidina Ali sebagai khalifah kemudian daripada baginda itu bukannya perlantikan dan keputusan yang dibuat oleh baginda. Bahkan ummah, khususnya ahli Madinah-lah yang melantik Saiyyidina Abu Bakar, sebagimana yang kita tahu peristiwa diSaqifah Bani Saadah. Adapun Saiyyidina Umar telah ditunjukkan oleh Saiyyidina Abu Bakar sebelum baginda menghembus nafasnya yang terakhir dan dipersetujui oleh ummah. Saiyyidina Uthman telah dilantik oleh ahlu al-halli wa al-aqdi dan Saiyyidina Ali telah diberi bai’ah secara meluas selepas Saiyyidina Uthman dibunuh secara zalim.

Adapun perlantikan dan pembahagian tugasan kepada mereka semasa Rasulullah sallahu ‘alaihi wassallam masih hidup, adakah terdapat mana-mana sahabat yang ada semasa itu atau ulama yang datang kemudian mempersoalkan kewajaran tugasan yang diberi oleh Rasulullah sallahu ‘alaihi wassallam kepada mereka berempat atau mana-mana perlantikan sahabat yang lain?. Mereka dilantik kerana mereka adalah layak dan sepadan untuk menjawat tugasan tersebut. Ummah ini di kalangan jumhur ahlu as-Sunnah berfahaman yang sebaik-baik daripada ummah ini selepas Rasulullah adalah Abu Bakar, kemudiannya Umar, kemudiannya Uthman dan kemudian Ali kemudiannya yang 6 orang lagi yang telah dijaminkan syurga oleh Rasulullah sallahu alaihi wassalam, keluarga baginda yang terdekat, serta muhajirin yang awal,serta ansar, serta ahli perang Badar dan seterusnya.

Jadi dari wajah manakah dapat dikatakan Rasulullah sallahu alaihi wassallam terlibat dalam cronyism?. Agaknya ada dua peristiwa yang secara jelas menunjukkan amalan cronyism tidak wujud di zaman awal Islam. Peristiwa pertama ialah selerainya daripada Peperangan Tabuk, Rasulullah sallahu ‘alahi wassallam telah membahagi-bahagi harta rampasan perang (ghanimah) kepada penduduk Makkah sehingga golongan Ansar terasa seolah-olah merteka dipinggirkan. Ketika berperang dan berkorban, maka golongan ansar lah yang diutamakan dan ketika pembahagian ghanimah, nampaknya orang-orang Makkah, iatu orang daripada tempat asal Rasulullah yang mendapat keutamaan, Sungutan mereka itu sampai kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wassallam. Baginda menghimpunkan golongan ansar dan menyatakan kepada mereka ‘apakah mereka tidak merasa puas hati ketika orang lain kembali ke rumah mereka dengan membawa unta, kambing dan lain-lain harta rampasan, sedangkan orang ansar kembali ke Madinah bersama Rasulullah sendiri. Di mana puncak yang mereka daki, di mana lembah yang mereka turuni, Rasulullah ada bersama-sama mereka . Apakah kemulian yang dapat mengatasi kemulian untuk bersama-sama Rasululullah!. Itulah keutamaan peribadi Rasulullah dan itulah keutaman golongan ansar yang sentiasa berjuang untuk menegakkan Islam.

Peristiwa kedua adalah peristiwa sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Ibnu al-Arabi, imam mufassir dalam kitabnya al-‘Awasim mina al-Qawasim (Immunity from The Back-Bone Breakers) tentang tuduhan terhadap Khalifah ke tiga, Saiyyidin aUthman yang baginda melantik ahli keluarganya bagi jawatan pentadbiran, baginda membelanjakan harta untuk ahli keluarganya. Saiyyidina Uthman dalam khutbahnya kepada penduduk Madinah menjawab tuduhan itu dengan mengatakan sebahagian perlantikan ahli anggota keluarganya itu telah dibuat semenjak pemerentahan Saiyyidina Umar lagi, yang terlantik itu layak dan baginda sekadar menyambung perkhidmatan mereka. Adapun pembelanjaan harta baginda terhadap ahli keluarga itu dibuat menggunakan hartanya sendiri,bukan daripada baitu al-mal. Baginda sebelum menjadi khalifah lagi memang menggunakan sebahagian harta peribadinya untuk dibahagi-bahagi kepada kaum-kerabatnya, baginda sekadar meneruskan amalan itu. Jumhur ahlu as-Sunnah berpendirian sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn al-Arabi ini yang Saiyyidina Uthman tidak menyalahkan kedudukannya sebagai khalifah dalam melantik dan membahagi-bahagi harta bait al-mal di kalangan kaum kerabatnya.

Kemudian penulis juga mengulang-ulangi sikap ‘fanatik asabiyyah’ yang dikatakan jelas bermula dengan kebangkitan kerajaan Bani Uamiyyah hinggalah ke saat ini. Hanya apakah kena untuk kita mengatakan yang sejarah khairu ummah, ummataan wasatan ini diwarnai hampir seluruhnya oleh sikap fanatism?

Istilah fanatik yang asalnya perkataan Latin ‘fanaticus’ telah diberi pengertian:
1- Behaviour of a fanatic will be viewed as violating prevaling sosial norms.
2-A person whose enthusiasm or zeal for something is extreme or beyond normal limits (irrational ethusiasm)
3-Often intense uncritical devotion.
4-According George Santayana : “redoubling your effort when you have forgotten your aim”
5-According to W. Churchill: “A fanatic is one who cant change his mind and won’t change his subject”.

Ummah ini dari sewal-awalnya lagi sentiasa tidak pernah sunyi daripada golongan ulama yang mukhlisin, daripada ‘abidin yang muqarrabin, daripada mujahiddin dan murabitun yang berdiri di atas kebenaran tanpa terusik pendirian mereka. Adakah kemungkaran ‘fanatism’ terbiar begitu sahaja sehingga seakan-akan telah tergambarhampir seluruh sejarah tamaddun ummah ini telah ditelan bulat-bulat oleh sikap buruk ini. Fanatism tentunya berlawanan/ anti-thesis kepada kebenaran dan kemurnian. Mungkin di sepanjang sejarah ummah ini terdapat golongan yang fanatik, tetapi mereka bukannya ‘ main stream ummah’/ sawadu al-‘azam ummah ini. Ummah ini adalah ummah yang Rasulnya adalah Pembawa Rahmat ke seluruh alam, Rasul yang diutuskan kepada seluruh manusia dari sewalnya sehingga ke yang terakhir, Rasul yang memegang Syafaat al-Kubra di akhirat. Ummah kepada Rasul ini ini adalah ummah yang paling ramai menghuni syurga.

Marilah kita beradab terhadap Saiyyidina Rasulullah sallahu alaihi wassallam di peringkat batin dan zahirnya. Janganlah kita mengaitkan baginda dengan perilaku yang dipandang serong hatta dibuat oleh orang kebanyakan. Umpama golongan jahiliyyah yang benci untuk mendapatkan anak perempuan tetapi sanggup mengatakan kepada Allah yang malaikat itu adalah anak perempuan Allah. Rasulullah adalah pembawa rahmat, sehingga berselawat ke atas baginda pun dikira suatu ibadat yang menghampirkan diri kita kepada Allah, mendapat keampunan dan memperolihi kebajikan yang banyak.

Mulianya peribadi Rasulullah sallahu ‘alaihi wassallam sehingga Allah sendiri dan para malaikat-Nya berselawat ke atas baginda!

Posted by Muqabalah at 5:34 PM

dipetik daripada: http://muqabalah2009.blogspot.com/

 

 

Towardsmardhatillah:

 

Terima kasih atas kritikan saudara. Namun perlu saudara amati dengan baik segala apa yang saya tulis itu sebelum nak menghentam dengan hujjah-hujjah yang saudara kemukakan seperti di atas. Bila masa saya katakan para Khulafa’ Rasyidin dilantik oleh Rasulullah? Sepatutnya semasa mengutarakan takrifan tentang kronisme itu saudara juga wajar semak dan siarkan makna perkataan sahabat (istilah bahasa Arab) yang digunakan untuk mereka yang hampir dan sentiasa berusaha mendampingi Rasulullah. Bukankah takrifan bagi istilah sahabat juga banyak? Tak perlulah saya huraikan di sini.  Bukankah Abu Bakar r.a merupakan bapa mertua Rasulullah? Bukankah Umar al-Khattab juga mertua Rasulullah? Bukankah Othman bin Affan itu menantu Rasulullah? Bukankah Ali bin Abi Talib (sepupu beliau sendiri) juga merupakan menantu Rasulullah? Bukankah Rasulullah pernah menegaskan bahawa “Seseorang wanita itu dikahwin kerana empat faktor (kecantikan, keturunan, kekayaan dan pegangan agama) ? Bukankah mereka yang disebutkan nama ini merupakan “orang kanan” Rasulullah semasa baginda menerajui pentadbiran politik di Madinah? Bukankah orang-orang Rom dan juga Farsi menggelarkan Abu Bakar sebagai Menteri Rasulullah? Adakah kerana ini saya dianggap sebagai orang terlanjur berani dan menghina Rasulullah? Saya akui saudara ini bijak menghulurkan hujjah tapi sayang sekali hujjah saudara ini tidak relevan dengan apa yang saya maksudkan. Saya nasihatkan saudara agar jangan amalkan sikap suka melatah tak tentu pasal!

Fanatik Dalam Islam

Fanatik  sering dikaitkan dengan sikap dan juga semangat Asabiyyah. Ibn Khaldun turut mengupas tentang peranan asabiyyah dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun. Ringkasnya, kupasan beliau menyatakan bahawa fanatic asabiyyah hanya dibenarkan sebagai  temporary mekanisme untuk proses pembentukkan Negara Islam. Setelah segala proses yang diidamkan berjaya, unsur fanatik asabiyyah wajar dihindar serta dilupuskan sama ada secara berperingkat ataupun sebaliknya. Islam menganjurkan pendidikan yang mampu membuahkan kasih sayang serta rasa hormat terhadap para pimpinan selama mana  tindak-tanduk mereka bukan merupakan satu kemungkaran dan juga maksiat. Agihan tugasan dan juga jawatan sesama anak beranak dan juga kroni juga diamalkan oleh Rasulullah yang mengutamakan Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman bin Affan dan juga Ali bin Abi Talib. Meskipun diutamakan oleh Rasulullah dan mereka ini tidak tergolong dalam kalangan ma’sumun tetapi mereka semua sentiasa berusaha menghindarkan diri masing-masing daripada segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Membela anak beranak yang berjawatan tinggi dalam kepimpinan kerajaan yang berperangai tidak senonoh  adalah satu kemungkaran. Lebih-lebih lagi jika tindak tanduk mereka itu menyusahkan rakyat jelata dan boleh merugikan sesebuah pentadbiran kerajaan Islam.

 

Sayang sekali selepas berakhirnya zaman khulafa al-Rasyidin, sikap fanatic asabiyyah anak beranak di kalangan para pemimpin Islam mulai berubah menjadi satu trend yang diwarisi secara zaman berzaman. Fenomena ini jelas bermula dengan kebangkitan Kerajaan Islam Bani Umaiyyah hinggalah ke saat ini. Dalam konteks gerakan Islam di Malaysia, gejala negatif ini turut melanda jiwa para pemimpin PAS terutama sekali mereka yang sudah berjawatan Wakil Rakyat. Adakalanya perangai sesetengah mereka yang suka mengutamakan kewahan hidup kelihatan lebih kurang sama dengan sikap pemimpin UMNO dan adakalanya lebih teruk daripada itu. Unsur fanatic digunakan agar setiap tindak-tanduk mereka tidak dibangkang rakyat. Akibatnya, berlakulah ketaatan yang membabi buta dalam soal kepimpinan. Yang paling menyedihkan lagi, ada di kalangan wakil rakyat PAS yang tidak sanggup mengubah sikap buruk mereka dan hanya menuding jari-jari mereka ke arah pemimpin UMNO seraya berkata “PEMIMPIN UMNO TERUK LAGI!”. Ungkapan kata sedemikian sering kedengaran dalam mana-mana ceramah PAS. Pada peringkat awal, kebanyakkan  anak-anak para pemimpin PAS (Wakil rakyat ) masih kecil dan mereka hanya memerlukan duit belanja sekitar seringgit dua seharian untuk belanja makan di sekolah. Setelah anak-anak pemimpin ini meningkat dewasa, keinginan-keinginan mereka terhadap segala bentuk kemewahan dan penghormatan juga turut melonjak-lonjak sama dan tak ubah macam anak-anak para pemimpin UMNO. Semua bentuk kemewahan dan penghormatan yang diperolehi oleh mereka. Pasti sekali penyalahgunaan status kemewahan dan penghormatan tersebut adalah satu kemungkaran yang perlu ditegur dan dibenteras! Semua proses ini berlaku kerana jiwa anak-anak ini tidak didedahkan dengan pendidikan Islam meskipun bapa mereka digolongkan dalam senarai para ulama’ terkemuka mengikut penilaian mata manusia yang terpukau dengan lilitan serban dan juga jubah yang dipakai. Gejala inilah sebenarnya yang merosakkan pentabdiran politik Islam!   Malah gejala ini turut dihidapi oleh para pemimpin PAS di Kelantan masa kini  yang tak gheti apakah sebenarnya hakikat pendidikan Islam itu.

Selepas Pilihanraya di Bagan Pinang.

Selepas pilihanraya, postmotem lazimnya diutamakan. Begitu jugalah cerita dan situasi di Bagan Pinang. Apa yang jelas, postmortem pilihanraya adalah satu proses analisis bagi mengenalpasti factor-faktor kemenangan dan juga kekalahan sesebuah parti politik. Sebagaimana maklum, PAS dan Pakatan Rakyat tewas di Bagan Pinang meskipun calon yang dikemukakan very clear daripada amalan rasuah dan Barisan Nasional pula menang dengan penampilan Isa Samad yang tidak amanah dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya dulu dan pernah dikenakan tindakan tata tertib kerana amalan rasuah. Fenomena ini membuktikan memang sah Bagan Pinang adalah kubu kuat Umno. Mengikut pengamatan penganalisis politik berkaitan dengan PRK bagan Pinang ini; PAS hanya memiliki kurang daripada 4 buah cawangan saja di Bagan Pinang. Maka tak hairanlah mengapa mereka masih sukakan Isa Samad. Status ini juga menunjukkan bahawa perkembangan untuk menarik lebih ramai ahli apatah lagi untuk menerangkan kepada masyarakat awam tentang apakah itu peranan PAS adalah tidak lancar dan terbengkalai sepenuhnya. Oleh itu, amat senang pihak lawan untuk mengatur strategic-strategik di luar jangka PAS dalam usaha mereka mengekal serta menambahkan majority undi dalam PRK tersebut. Dengan kata lain, Jentera parti terutama sekali PAS adalah pincang sama ada dari segi persediaan menghadapi pilihanraya ataupun dalam situasi sehari-hari. Yang menyemarakkan pilihanraya dengan pelbagai provokasi kebanyakkan mereka terdiri daripada orang luar (bukan penduduk tetap Bagan Pinang).

 

Factor kepimpinan Hj.Hadi Awang yang turun berkempen di Bagan Pinang pun juga tidak boleh diketepikan begitu saja. Malah ada dikalangan ahli-ahli UMNO yang sudah meluat dengan sikap dan corak kepimpinan Najib Tun Razak  tetapi masih terpaksa bersama bersama UMNO kerana memandang lekeh dengan sikap dan pendirian Hj.Hadi sendiri yang pernah tergila-gila Kerajaan Perpaduan satu ketika dulu. Meskipun cerita ataupun isu Kerajaan Perpaduan dikatakan sudah luput ditelan masa, namun kesan negatifnya masih kuat membara terutama sekali di kalangan golongan non-muslims dan juga golongan ahli-ahli UMNO yang betul-betul kecewa dengan kemunculan Najib sebagai P.M Malaysia merangkap Presiden UMNO. Auta Tantawi juga didapati tidak berjaya bila beliau menawarkan khidmat guaman kepada mana-mana askar (tentera) agar mereka tidak takut mengundi PAS di Bagan Pinang setelah muncul cerita ada petugas PAS yang dipukul. Dalam situasi ini, ada dikalangan masyarakat awam beranggapan apa yang dinyatakan dalam ceramah Tantawi itu hanyalah sekadar satu muslihat untuk mendapatkan undi apabila beliau sendiri tidak pula menjanjikan khidmat guaman kepada mangsa petugas PAS yang dipukul sedangkan si mangsa dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembelaan. Bagi masyarakat awam (pengundi) Bagan Pinang juga, pertandingan pilihanraya umpama satu perlawanan bola sepak. Justeru, sikap negative dan taksub para penyokong parti-parti politik sudah tentu mampu mengundang petaka bagi semua pihak jika situasi tegang yang sengaja dicetuskan itu tidak berjaya dibendung.

Penyokong PAS mengganas di Bagan Pinang?

Penyokong Pas Bagan Pinang ganas – Abdul Azeez

Datuk Seri Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri

PORT DICKSON 3 Okt. — Tindakan provokasi sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Pas mengeluarkan kata-kata kesat malah menumbuk seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO mencemarkan proses penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang hari ini.

Insiden sama turut melibatkan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang nyaris-nyaris mengalami nasib sama ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

“Ini bukan budaya kita, ini budaya samseng,” kata Abdul Azeez Abdul Rahim kepada pemberita di luar Dewan MPPD sejurus insiden berlaku.

Abdul Azeez, yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, kesal dengan insiden yang beliau sifatkan paling teruk pernah dialaminya sejak mengikuti 11 pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan penyokong Pas melepas tumbukan ke bahagian belakang lehernya sambil menunjukkan tompok-tompok kemerahan kesan pukulan di bahagian berkenaan kepada pemberita.-Bernama

 

Towardsmardhatillah: Cerita ini turut disebarkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media. Persoalannya; benarkah Abdul Azeez ditumbuk oleh para penyokong PAS? Jika benar, mengapa mereka yang dituduh tidak ditangkap pada masa kejadian tetapi sebaliknya pihak Barisan Nasional terus membuat laporan polis? Bukankah pada masa itu semua pemimpin UMNO diawasi oleh pihak polis dan juga pengawal-pengawal peribadi masing-masing? Memang sah ada sesuatu yang tak kena dengan berita penyokong PAS mengganas nih!!!

Hukuman 6 Sebatan menepati tuntutan Syarak

Ditakrifkan sebagai sebuah negara Islam apabila sesebuah negara itu memiliki perundangan syarak secara menyeluruh (syumul) dan mendaulatkannya kerana taatkan perintah Allah dan RasulNya disamping menjaga kemaslahatan ummat. Perundangan Islam terutama sekali hukuman hudud dan ta’zir hanya diwajibkan ke atas kaum muslimin yang melanggar peraturan yang ditetap oleh Allah. Adapun bagi golongan non-muslims, hukuman hudud dan ta’zir adalah merupakan perkara ikhtiati (pilihan/optional). Lantaran itu, beberapa perundangan sivil yang dikatakan sebagai perundangan secular perlu juga dikekalkan bagi golongan non-muslims jika  Malaysia dibentuk  menjadi sebuah negara Islam secara syumul. Begitu juga dengan perundangan wad’ie (peraturan yang dibentuk tanpa menyalahi al-Quran dan al-Sunnah) seperti peraturan jalanraya (penggunaan traffic light dan zebra crossing) dan sebagainya.

Di Malaysia, setiap urusan berkaitan agama (hal-ehwal agama) diletakkan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Memandangkan gejala jenayah yang semakin menjadi-jadi dan juga demi meraih keredhaan Ilahi, PAS yang menerajui pentabdiran negeri Kelantan telah bertindak berani menyusun satu perudangan Islam berasaskan al-Quran dan al-Sunnah serta mazhab-mazhab fiqh yang muktabar. Perundangan yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Enakmen Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan. Kemudian kecenderungan ke arah perlaksanaan Undang-undang hudud ini turut dihighlightkan dalam tempoh sepenggal PAS memerintah Terengganu di bawah kepimpinan Hj.AbdulHadi Awang.

Berkaitan dengan masalah pembalasan had ke atas peminum arak, jumlah had sebatan bagi kesalahan ini sebenarnya tidak dinyatakan secara jelas dalam al-Quran sepertimana hukuman-hukuman had bagi kesalahan lain seperti jumlah sebatan bagi penzina yang  belum berkahwin. Begitu juga Rasulullah tidak menetapkan kadar jumlah sebenar hukuman sebat ke atas peminum arak. Adakalanya Rasulullah menyebat pesalah dengan bilangan yang sedikit dan adakalanya beliau menyebat dengan bilangan yang banyak. Paling maksimum sebatan yang dibuat oleh Rasulullah ialah tidak melebihi 40 kali sebatan. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa  Abu Bakar r.a  bertanya para sahabat mengenai bilangan sebatan ke atas pesalah berkenaan. Lalu mereka (para sahabat) menganggarkan bilangan tersebut adalah 40 kali sebatan. Malah Abu Said al-Khudri dan Ali bin Abi Talib turut meriwayatkan bahawa Rasulullah telah menyebat si pesalah sebanyak 40 sebatan. Bilangan 40 ini turut diamalkan oleh Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib kecuali Umar al-Khattab yang menambah seganda serta menetapkan jumlah sebatan sebanyak 80 sebatan.[1] Riwayat ini juga membuktikan bahawa perundangan Islam adalah berasaskan hukum fiqh yang amat fleksible.

 

Oleh itu, hukuman 6 sebatan ke atas peminum arak juga menepati tuntutan syarak jika enakmen undang-undang Islam (berasaskan Mahkamah Syariah) di negeri terbabit menetapkan sedemikian. Hukuman 6 sebatan ke atas diri Kartika dengan disertai hukuman ta’zir (mengikut budi bicara Hakim) denda sebanyak RM 5,000/= tidak bercanggah dengan tuntutan syarak meskipun Malaysia bukan merupakan sebuah negara Islam kerana tidak melaksanakan perundangan syarak secara syumul (menyeluruh). Malah sebenarnya kenyataan yang dibuat oleh Tantawi inilah yang  menyalahi syarak; 

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara’ tetapi sekurang – kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang – undfang syariah dalam negara ini . 

  3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis – habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar – benar melaksanakan hukum syara’ iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak . 

Kenyataan Tantawi ini dibuat dalam blog beliau kerana memprotes tindakan Sister in Islam (SIS) dan Kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) yang mempertikaikan hukuman sebat ke atas diri Kartika.(Artikel dibawah tajuk SIS kian Melampau). Memanglah tindakan SIS dan JAG itu melampau tapi kenyataan Tantawi ini juga melampau!!!

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

 

sila klik dibawah

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/07/27/hukuman-sebat-bagi-peminum-arak/

 

Sebagai makluman tambahan, perlu juga dinyatakan; Mengikut kaedah-kaedah hukuman sebat seksyen 53 dalam Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 Negeri Kelantan;

 

i)                    Kaedah-kaedah dalam jadual ini hendaklah dipakai untuk melaksanakan hukuman sebat di bawah seksyen 53.

ii)                   Hukuman sebat yang dijalankan ke atas seorang pesalah hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai yang ditugaskan khas oleh pihak berkuasa penjaradi tempat dan masa yang diarahkan oleh Mahkamah dan hendaklah di hadiri dan disaksikan oleh pegawai perubatan Islam dan sekurang-kurangnya empat orang Islam sebagai saksi; dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dijalankan pesalah itu hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan itu dan disahkan sebagai sihat dan berupaya menjalani hukuman sebat itu.

iii)                 Tiada hukuman sebat boleh dijalankan ke atas seseorang pesalah melainkan setelah tamat tempoh 14 hari selepas daripada tarikh hukuman itu dijatuhkan; dan jika ada rayuan, hukuman itu hendaklah dijalankan dalam tempoh yang seberapa segera selepas daripada hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

iv)                 Hukuman Sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pegawai tersebut memukul pesalah itu dengan rotan yang mana ukurannya (kecuali dalam kes yang disebut dalam Kaedah B (2) (ii) ialah satu meter panjang dan satu sentimeter garis pusat (diameter).

v)                  Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara membahagikan pukulan di merata-rata tubuh badan kecuali muka, kepala, dada dan kemaluan.

vi)                 Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pukulan yang sederhana yang mana pegawai yang menjalankan hukuman itu tidaklah boleh mengangkat rotan penyebat itu tinggi hingga ke paras kepalanya dan pukulan itu hendaklah diberi berturut-turut dan tidak melebihi bilangan yang ditetapkan oleh Mahkamah.

vii)               Ketika menerima sebatan, pesalah itu hendaklah berdiri dan memakai pakaian nipis yang menutup auratnya mengikut hukum syarak.

viii)              (1) Jika dalam masa sebatan itu dijalankan, pesalah didapati tidak mampu atau tidak berupaya lagi menerima sebatan itu, maka atas pengesahan pegawai kesihatan itu, sebatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta-merta dan ditanguhkan sehingga Mahkamah memberi satu arahan baru untuk menyambung semula hukuman sebat itu; dan buat sementara waktu pesalah itu hendaklah ditahan dalam penjara atau dibebaskan dengan jaminan.

(2)             Arahan itu hendaklah dibuat dengan berpandukan kepada laporan pegawai perubatan seperti berikut;

i)                    Sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu ada harapan sembuh daripada sakitnya, maka hukuman sebat itu hendaklah disambung semula dengan seberapa segera apabila ia pulih daripada sakitnya, dan

ii)                   Sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu tidak ada harapan sembuh daripada sakitnya walau apapun sakitnya itu, maka hukuman sebat itu hendaklah diteruskan juga di suatu masa yang sesuai tetapi rotan yang akan digunakan untuk menyambung hukuman sebat itu hendaklah terlebih ringan dan kecil daripada ukuran yang ditetapkan di bawah kaedah 4.[2]

Hukuman sebat hanya boleh ditangguhkan kerana sebab-sebab kesihatan fizikal dan mental yang dialami oleh pesalah dan ia tidak boleh ditangguhkan atas alasan kerana menghormati bulan Ramadhan. Jumlah sebatan ke atas golongan hamba adalah separuh daripada jumlah sebatan yang ditetapkan ke atas golongan mereka yang merdeka. Jika golongan merdeka dikenakan 40 sebatan, maka golongan hamba perlu dikenakan sebanyak 20 sebatan.  Sekiranya golongan merdeka dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan, maka golongan hamba perlu disebat sebanyak 40 sebatan. (Fiqh al-Sunnah, jilid 2, hlm 492-493).Jika golongan merdeka ditetapkan sebanyak 30 sebatan, maka golongan hamba pula wajar dikenakan sebanyak 15 sebatan. Begitulah seterusnya.


[1] Sila rujuk Abd al-Qadir Audah, al-Tasyi’ al-Jinaii al-Islami, jlild 2, hlm 506 dan juga  Dr. Mat Saat AbdulRahman, Undang-Undang Jenayah Islam, (JENAYAH HUDUD), hlm 128-129.

[2] Sila rujuk Perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan, (terbitan Telda Corporation Sn.Bhd, hlm  127-128 dan 145-147.

Jenayah sana sini

Polis tahan 26 ah long beri pinjaman lebih RM15 juta

PULAU PINANG: Polis menahan 26 lelaki dipercayai ceti haram atau ah long yang telah memberi pinjaman lebih RM15 juta kepada pelanggannya di Pulau Pinang sejak Julai lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kesemua mereka berusia antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam 20 serbuan di sekitar negeri ini.

“Kesemua mereka ditahan hasil maklumat awam dan risikan pihak polis serta operasi berterusan pasukan khas yang ditubuhkan bagi memerangi kegiatan pemberian pinjaman haram di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah peminjam dikesan berhutang dengan ah long yang ditahan itu ialah 1,700 orang dan majoriti mereka terdiri daripada pekerja kilang serta golongan berpendapatan rendah.

“Siasatan mendapati golongan berkenaan meminjam wang daripada ah long ekoran gagal mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan,” katanya, dan menambah kata bahawa dengan penahanan itu polis berjaya menyelesaikan 14 kes ah long.

Ayub berkata dalam operasi berterusan itu polis merampas pelbagai barangan antaranya enam komputer riba, pengimbas data (empat), buku akaun (15), kad pengeluaran wang automatik (91), telefon bimbit (79), barang kemas (52) dianggarkan bernilai lebih RM15,000 dan dua salinan geran tanah milik peminjam.

“Kita turut merampas wang tunai sebanyak RM28,000 dan lima keping cek tunai bernilai RM10,500,” katanya.

Katanya kesemua mereka yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, pesalah boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara bagi kesalahan pertama, manakala denda sehingga RM200,000 untuk kesalahan berulang.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa kumpulan dan individu lain yang dipercayai terlibat dengan kegiatan ah long itu.

“Kita akan buru kumpulan ah long di negeri ini secara besar-besaran bagi memerangi dan membanteras mereka habis-habisan,” katanya. –BERNAMA

 Pelajar tagih syabu, pil kuda

 KOTA BHARU – Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Mohzan Ibrahim berkata, penggunaan pil kuda dan syabu di kalangan remaja dan pelajar dipercayai dipengaruhi oleh pengaruh rakan sebaya.

Beliau berkata, perkara tersebut berlaku kerana pengambilan dadah jenis berkenaan mudah diperolehi daripada pengedar tempatan dengan harga yang lebih murah berbanding jenis dadah yang lain.

“Di negeri ini kadar penyalahgunaan dadah yang dikesan oleh AADK agak menurun. Bagaimanapun fenomena penggunaan dadah jenis pil kuda dan syabu di kalangan remaja dan kanak-kanak sekolah agak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 258 kes penggunaan dadah dikesan di seluruh negeri ini termasuklah 72 kes yang berulang.

Bagaimanapun, Mohzan berkata, jumlahnya berkurangan jika dibandingkan 305 kes dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.:

“Kami percaya penurunan yang agak ketara ini disebabkan adanya kerjasama di antara semua pihak dengan orang ramai termasuklah media massa yang banyak memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat mengenai kempen antidadah dan gaya hidup sihat,” katanya.

Menurutnya, dalam gerakan pemeriksaan yang dilakukan ke atas 4,184 pelajar di 124 sekolah menengah di seluruh negeri ini, 42 orang disahkan positif menggunakan dadah jenis pil kuda.

Dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story5184467.asp

 

Gadis Belasah Peragut

KUALA LUMPUR 30 Sept

Seorang peragut kecundang di tangan seorang gadis berusia 22 tahun semalam dalam cubaan meragut dompet mangsa.

Disebabkan keberanian gadis itu, penjenayah tersebut yang sempat dibelasah oleh gadis berkenaan berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika mangsa, Dzil Falilah Abdul Rashid menunggu teman lelakinya di koridor kediamannya di Batu Caves Centrepoint di sini.

Dia yang bekerja sebagai pembantu pereka dalaman tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini, gadis itu berkata, suspek tiba-tiba mencekik leher dan cuba meragut dompet dari genggamannya.

“Dia kemudian menendang serta menumbuk kepala dan paha saya. Saya pun membalas balik serangan itu sambil menjerit sekuat hati meminta tolong.

“Walaupun dompet itu hanya berisi RM10, saya bertindak melawan peragut itu kerana duit itu hasil titik peluh saya dan saya juga memang pantang dibuli,” katanya yang lebam di kedua-dua lutut, paha dan kepala.

Menurutnya lagi, suspek kemudian melarikan diri ke motosikal yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian tetapi dia bertindak mengejar lelaki itu.

“Saya tak sanggup melihat peragut itu terlepas begitu saja, jadi saya kejar dia dan terus menyerangnya. Peragut itu juga cuba menyelak baju kurung saya ketika kami bergelut kerana menyangka saya akan malu dan berhenti menyerangnya tetapi dia silap,” ujarnya.

Dzil Falilah memberitahu, belum sempat suspek menghidupkan enjin motosikalnya, teman lelakinya tiba dan merempuh motosikal menyebabkan dia terjatuh.

“Ketika itulah orang ramai datang membantu menangkapnya sebelum polis tiba,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memuji keberanian gadis itu sehingga tertangkapnya suspek.

Katanya, lelaki berusia 20 tahun yang memiliki dua rekod jenayah curi dan dadah itu kini ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat sekiranya dia turut terlibat dalam jenayah lain.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

 

Towardsmardhatillah: Memandangkan gejala jenayah semakin berleluasan, amat diharapkan agar semua kerajaan negeri di seluruh Malaysia menumpukan ke arah usaha mewujudkan langkah paling berkesan bagi mengurangkan kadar jenayah. Kurangkan politicking kepartian dan jangan hanya menyerahkan masalah jenayah kepada pihak polis secara bulat-bulat saja. Dalam situasi hukuman hudud masih tidak dapat dilaksana, pendekatan-pendekatan positif berbentuk keagamaan dan juga moral khusus bagi golongan remaja terbiar, bekas-bekas penagih dadah dan mereka yang bermasalah perlu diperbanyak serta dipertingkatkan dari masa ke semasa.

PRK Bagan Pinang: PAS mendahului dari sudut penampilan calon

Isa lawan Zulkifli

Agak pelik juga bila bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad yang pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah muncul kembali dicalonkan semula mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Jawaban paling mudah bagi masalah ini yang mungkin menguntungkan PAS jika diwar-warkan kepada masyarakat awam ialah; pemilihan Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional di Bagan Pinang disebabkan UMNO sudah ketandusan calon.  Nak cari calon yang betul-betul bersih daripada gejala rasuah dikalangan ahli-ahli UMNO memang amat sukar sekali. Mahu tak mahu, bekas Menteri Besar itu juga yang terpilih. Justeru dari sudut penampilan personaliti calon, sekali lagi PAS dan Pakatan Rakyat mendahului Barisan Nasional sepertimana yang pernah berlaku di Permatang Pasir baru-baru ini.

 

Meskipun begitu, status calon PAS yang berlawan dengan Rohaizat (yang pernah dikaitkan dengan skandal wang pekebun getah) di Permatang Pasir lebih terjamin  kerana Permatang Pasir adalah kubu Pakatan Rakyat. Sedangkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Hj.Zulkifli pula akan berhadapan dengan Isa Samad (bekas Menteri Besar yang dianggap sudah bertaubat daripada amalan rasuah) di Bagan Pinang, iaitu kubu UMNO dan Barisan Nasional. Kemungkinan besar persaingan antara pihak-pihak berkenaan di Bagan Pinang lebih sengit jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku di Permatang Pasir. Itupun kalau PAS berazam memberi tentangan sengit kepada pihak lawan.

 

Agak beruntung bagi calon PAS jika majority pengundi Barisan Nasional di Bagan Pinang mulai sedar kesilapan mereka yang lalu kerana mengundi Barisan Nasional. Malah lebih-lebih beruntung lagi jika para pengundi tersebut kenal siapa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu. Siapalah Isa Samad itu jika dibandingkan dengan Hj.Zulkifli dari sudut personality dan penampilan. Lagipun dari sudut moral, sepatutnya bekas Menteri Besar diberi penghormatan dan tidak wajar bertanding di kerusi DUN tersebut. Ini kerana jika Isa Samad menang, beliau hanyalah memegang status sebagai seorang ADUN ataupun paling tidak sebagai seorang Exco dan bukannya Menteri Besar seperti dulu lagi. Namun keadaan adalah sebaliknya bagi PAS jika para pengundi di kawasan berkenaan masih redha dengan amalan rasuah dan sanggup menerima kembali Isa Samad. Malah dalam masa yang sama, status anggaran majority undi pos pun dikatakan  lebih menguntungkan Barisan Nasional dan tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Peranan Suruhanjaya Pilihanraya dalam masalah undi pos pula sentiasa diragui. Walaupun begitu, perjuangan PAS mesti tetap diteruskan. Kalah dan menang Allah yang menentukan………….PAS hanya perlu berusaha sebaik mungkin.