Archive for November 1st, 2009

Kelantan Menerajui Perubahan

DSC00125

DSC00128

DSC00133

DSC_0063

DSC_0071

Usaha yang penuh Keberkatan……

Mafhum firman Allah:

Dan tanah yang baik tumbuh tanam-tanamannya (dengan subur) dengan izin Tuhan. Tetapi tanah yang tidak baik tumbuh-tumbuhannya tumbuh merana. Begitulah Kami menjelaskan keterangan-keterangan itu bagi kaum yang bersyukur (tahu menghargai)[1]

DSC_0047 

DSC_0049

DSC_0050

DSC_0057

Inilah antara usaha ketekunan dan kreativiti Hj.Husam Musa yang giat menghidupkan tanaman padi organic di Kampung Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Sebagaimana maklum, Hj.Husam ini merupakan seorang individu yang tidak banyak bercakap, banyak bekerja dan berfikiran kreatif. Padi yang ditanam dengan kaedah ini amat sihat untuk dimakan dan amat baik serta sesuai bagi para pesakit kronik seperti pengidap darah tinggi, kencing manis, pesakit jantung dan sebagainya. Keutamaan padi ini ialah; ia menggunakan baja organic (sisa bahan reput dan terpakai),  tidak disembur racun serangga dan tidak juga digunakan baja urine (baja kimia).  Semua gambar-gambar yang dipamerkan ini diambil oleh saya sendiri.


[1] Surah al-A’raf, ayat 58.  Jiwa yang suci murni, berisi iman dan taqwa melahirkan amal yang baik. Sebaliknya dari jiwa yang kotor, amat sukar melahirkan usaha-usaha kebajikan. Dan kalau ada pun hanyalah sedikit sekali sebagai tanaman yang hidup merana (tidak segar).  Begitulah perbandingannya antara jiwa yang bersih dengan jiwa yang kotor.

Ada sesiapa nak komen pasal gambar nih?

Kelmarin seorang yang mengenalkan dirinya sebagai hamba Allah menghantarkan gambar  ini ke dalam e-mail saya. Tiada apa yang diulaskan oleh beliau kecuali mengemukakan satu persoalan: Siapakah sebenarnya Pro- Erdogan? . Terserahlah kepada para pengjenguk blog ini untuk memberi jawaban.

Siapa sebenarnya pro erdogan