Dr.Asri ditahan JAIS?

Dr.Asri ditahan

Kalau sesiapa yang bawa kereta tanpa mempunyai lesen atau tidak memiliki lesen langsung pasti sekali ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mengikut ketetapan undang-undang jalanraya. Oleh itu berusahalah untuk dapatkan lesen atau perbaharuilah lesen yang telah mati. Begitu juga sesiapa yang mengadakan kuliah sama ada untuk mengajar ataupun memberi sebarang maklumat kepada orang awam dalam bentuk perhimpunan tanpa mendapat kebenaran, maka tindakan tersebut memang merupakan satu kesalahan. Kalau nak ceramah mintalah permit. Begitu juga kalau nak mengajar, silalah mohonkan tauliah daripada badan yang berkenaan. Kalau peraturan dan juga ketetapan bertauliah berkenaan tidak diwujudkan, sudah tentu celaru jadinya. Orang-orang yang berkelulusan dalam pengajian agama pun ramai yang yang jadi pengdokong ajaran sesat. Kalau tak percaya sila tanya saudara Sayuti Omar. Salah seorang lepasan Universiti al-Azhar pun (Ustaz Ya) pun sanggup jadi pengikut setia Ayah Pin meskipun memiliki sijil B.A al-Azhar (begitu juga dengan isteri beliau).  

Jadi tak perlulah nak diheboh-hebohkan dan diperbesar-besarkan soal Dr.Asri ditangkap. Mungkin dia hanya terlupa untuk mendapat lesen (tauliah) ataupun lupa untuk memperbaharui lesen yang sedia ada. Setakat hari ini, tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan Dr.Asri menyebar ajaran sesat meskipun disyaki sebagai Wahhabi. Satu perkara lagi; Untuk mengajar atas masjid atau surau pun kena ada hikmah. Memang benar unsur politik tidak wajar dipisahkan daripada agama, namun janganlah asyik pakai hentam ikut nafsu ammarah saja kerana nak lepas geram walaupun perkara yang ingin disampaikan itu betul sekalipun. Oleh kerana wujud  dikalangan penceramah yang mengajar atas masjid yang tak boleh kawal emosi semasa mengadakan kuliah, maka wajarlah dikenakan tindakan kerana motif mengajak orang ramai secara hikmat terpesong akibat terlalu ingin berpolitiking. Apa salahnya kalau seseorang penceramah atau tenaga pengajar di surau atau masjid sentiasa berada atas landasan ilmiah (akademi) dalam usaha menyeru orang awam ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Gunakanlah uslub (gaya bahasa) dan juga methodologi dakwah yang betul.  Belum tentu seseorang yang bersijil B.A, M.A ataupun Ph.D itu sudah cukup matang dalam sektor ilmiah. Ada yang bersijil “beli” tanpa masuk mengaji dan ada yang masuk mengaji tapi tak begitu mendalami dalam bidang yang dipelajari dan macam-macam lagi.  Ada juga dikalangan tenaga pengajar di atas masjid dan surau yang tak buat homework sebelum turun mengajar dan ini merupakan gejala yang teruk. Lain ceritalah bagi sesiapa yang ingin berceramah politik di tempat lapang. Nak hentam macam mana sekali UMNO dalam ceramah, terserah lah kepada kaki ceramah asalkan jangan melampaui guideline yang ditetapkan agar tidak merugikan parti sendiri. Individu yang suka berceramah tanpa guideline sebenarnya banyak menyusah dan merugikan parti meskipun dia menganggap dirinya sebagai seorang pejuang sejati. Namun sebelum itu, mereka juga perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa yang berkenaan bagi membolehkan majlis ceramah dijalankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: