Archive for November 6th, 2009

Tantawi naik toncang!

Kelantangan Dr.Aziz Bari dalam malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/116805  menyebabkan Tantawi naik toncang dalam entry blognya bertajuk   Dr.Aziz Bari Keterlaluan. Sila lihat   http://episodeperjuangan.blogspot.com/ . Sikap sebegini menunjukkan bahawa Tantawi ini tidak gheti membezakan antara wala’ dan fanatik terhadap pucuk pimpinan. Jangan mudah menuding jari kepada Dr.Aziz dengan apa yang sedang melanda PAS sekarang ini. Keretakan dalaman PAS disebabkan oleh orang dalaman. Sedangkan Dr.Aziz Bari hanya orang luar yang mengemukakan out view yang amat menarik untuk diambil perhatian. Dah memang betul kritikan Aziz Bari tuh, terima ajelah….Tantawi kemungkinan besar telah menelan pil wala’. Walaupun begitu, disarankan agar Tantawi mendalami serta menghalusi pengertian wala’ seperti macam yang dinyatakan dalam artikel dalam blog dibawah  ini. Tantawi kena anggap artikel dibawah ini sebagai program kuliah tambahan meskipun jika  isikandungannya didapati tidak menepati sukatan pengajian di Universiti al-Azhar. http://www.malaysiawaves.com/2009/11/sayang-pimpinan-atau-sayang-pas.html

Setiap pesalah yang  melanggar disiplin parti perlu dijatuhi hukuman mengikut ketetapan disiplin parti. Yang sepatutnya disingkir …kenalah disingkir. Janganlah disimpan lama-lama sangat. Tak timbul siapa sekalipun yang melakukannya. Barulah rakyat dan penyokong bawahan akan respect terhadap perlembagaan dan setiap aktiviti Pas. Siapa nak percaya tuduhan Tantawi bahawa Dr.Aziz Bari adalah seorang agen UMNO sedangkan beliau tidak pernah ada rekod berkehendak dengan UMNO dalam gelap?  Yang sebenarnya agen UMNO ialah ahli PAS yang berkehendak dengan UMNO dalam gelap tapi kemudiannya tak mahu mengaku pula meskipun ramai rakyat Malaysia dah tahu pasal tuh. Tak perlu cabar Dr.Aziz Bari agar beliau tunjukkan siapakah calon yang layak untuk menyandang jawatan presiden jika Hj.Hadi berundur kerana dalam PAS memang ramai dikalangan mereka yang berkaliber untuk menerajui parti. Tantawi naik toncang juga mungkin disebabkan kerana beliau sudah dapat agak bahawa Dr.Aziz Bari tidak akan menyenarai dan meletakkan dirinya (Tantawi) sebagai pemimpin pelapis yang terpilih dan berkaliber  untuk memimpin PAS satu masa kelak. Saranan Dr.Aziz  yang dilihat mengutamakan Ustaz Azizan untuk menerajui PAS hanya disebabkan oleh faktor status politik Pakatan Rakyat di Kedah di bawah pimpinan ustaz Azizan  adalah dilihat jauh lebih baik jika dibandingkan dengan status Pakatan Rakyat di Terengganu yang hanyut dalam arus semasa.