Archive for November 7th, 2009

Kalah atau menang bukan ukuran…keselamatan lebih diutamakan

Intelektual IslamSelaku Menteri Besar Kelantan yang sentiasa peka terhadap segala masalah rakyat, Tok Guru terlebih dahulu mengumumkan cuti peristiwa pada hari ahad 8hb.November 2008 sempena perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Ada pihak yang mempertikaikan keputusan Tok Guru ini dan menganggapnya sebagai satu keputusan terburu-buru kerana belum pasti lagi pasukan mana yang bakal. Ini kerana lazimnya cuti peristiwa hanya diumumkan sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan bagi  meraikan setiap kemenangan yang dicapai.

Sebenarnya pemikiran Tok Guru lebih jauh lagi daripada apa yang disangka. Kalah atau menang sudah menjadi adat perlawanan. Namun yang paling penting diutamakan ialah keselamatan anak-anak buah beliau dari segenap ceruk negara yang menuju ke Stadium Bukit Jalil.  Jika tidak diberikan cuti, mereka semua mungkin akan balik terburu-buru dengan memandu laju untuk bekerja pada keesokan harinya (hari Ahad) dan ini amat merbahaya sekali.  Kalaupun ada dikalangan mereka yang selamat sampai kembali ke Kelantan selepas menonton perlawanan tersebut, namun belum tentu lagi mereka mampu menyambung kerja masing-masing dalam keadaan segar (kerana terlalu letih).

 Ternyata selepas tamat masa kedua perlawanan, Kelantan terpaksa akur dengan keputusan 3-1 yang memihak kepada Negeri Sembilan. Dengan cuti tersebut, anak-anak Kelantan yang  berpusu-pusu naik bas, keretapi, kapalterbang, memandu kenderaan sendiri dan sebagainya menuju ke Stadium Bukit Jalil dapat merehatkan diri mereka yang mungkin agak sedikit frust dengan kekalahan pasukan harapan. Lantaran situasi ini juga, mungkin ramai yang akan memandu dalam keadaan emosi yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang ramai. Oleh itu, pemberian cuti ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan jalanraya.

Abu Bakar Chik si penagih tegar UMNO!

Abu Bakar ChikMalaslah saya nak ulas panjang-panjang pasal Abu Bakar Chik.  Dulu dia pernah masuk mengaji kelas bahasa Arab kat Sudan (Anjuran International University of Africa kat Khartoum) selama lebih kurang setahun bersama isterinya, Kak Ton. Boleh dikatakan semua pelajar Malaysia di Sudan masa tuh kenal siapa Abu Bakar Chik nih. Masa tuh saya duk belajar dalam tahun 3 kuliyyah Syariah wa Dirasat Islamiyyah. Bilangan pelajar Malaysia di Sudan tak pernah ramai. Lebih kurang 50 orang atau 60 orang  je (kalau tak salah ingatan). Sapa yang  nak tahu jumlah sebenar pelajar Malaysia kat Sudan, kenalah tanya Ustaz Ramlee Abdullah Cabang Tiga Pengkalan Chepa (bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Sudan).  Tak macam pelajar Malaysia di Mesir yang berjumlah beribu-ribu orang setiap tahun. Mana-mana pelajar yang dia tak boleh cucuk hidung macam diri saya ini terus dicap sebagai perosak jamaah.  Sikit pun saya tak  rasa gerun kat dia nih. Apa boleh buat…dah memang puak kita keras kepala………..Sorry lah Bakar Chik sejak dulu lagi kita tak beri wala’  untuk you. Biarlah Tantawi dan anak-anak buahnya aje yang berwala’ dengan Abu Bakar Chik nih.

http://baganutama.blogspot.com/2009/11/kenapa-tg-nik-aziz-tidak-hadir-sidang.html

http://baganutama.blogspot.com/2009/11/abu-bakar-chik-tidak-layak-digelar.html