Kalah atau menang bukan ukuran…keselamatan lebih diutamakan

Intelektual IslamSelaku Menteri Besar Kelantan yang sentiasa peka terhadap segala masalah rakyat, Tok Guru terlebih dahulu mengumumkan cuti peristiwa pada hari ahad 8hb.November 2008 sempena perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Ada pihak yang mempertikaikan keputusan Tok Guru ini dan menganggapnya sebagai satu keputusan terburu-buru kerana belum pasti lagi pasukan mana yang bakal. Ini kerana lazimnya cuti peristiwa hanya diumumkan sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan bagi  meraikan setiap kemenangan yang dicapai.

Sebenarnya pemikiran Tok Guru lebih jauh lagi daripada apa yang disangka. Kalah atau menang sudah menjadi adat perlawanan. Namun yang paling penting diutamakan ialah keselamatan anak-anak buah beliau dari segenap ceruk negara yang menuju ke Stadium Bukit Jalil.  Jika tidak diberikan cuti, mereka semua mungkin akan balik terburu-buru dengan memandu laju untuk bekerja pada keesokan harinya (hari Ahad) dan ini amat merbahaya sekali.  Kalaupun ada dikalangan mereka yang selamat sampai kembali ke Kelantan selepas menonton perlawanan tersebut, namun belum tentu lagi mereka mampu menyambung kerja masing-masing dalam keadaan segar (kerana terlalu letih).

 Ternyata selepas tamat masa kedua perlawanan, Kelantan terpaksa akur dengan keputusan 3-1 yang memihak kepada Negeri Sembilan. Dengan cuti tersebut, anak-anak Kelantan yang  berpusu-pusu naik bas, keretapi, kapalterbang, memandu kenderaan sendiri dan sebagainya menuju ke Stadium Bukit Jalil dapat merehatkan diri mereka yang mungkin agak sedikit frust dengan kekalahan pasukan harapan. Lantaran situasi ini juga, mungkin ramai yang akan memandu dalam keadaan emosi yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang ramai. Oleh itu, pemberian cuti ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kemalangan jalanraya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: