Kenyataan Hj.Hadi satu pengkhianatan terhadap parti

Hj.Hadi AwangPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah…saya tidak akan membuang baju amanah ini,” katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini.

Beliau berkata sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.

“Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

“Walaupun ada teguran yang keras…suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama…kita pemain profesional, bukannya pemain kampung,” katanya.

– BERNAMA

Towardsmardhatillah: Kenyataan akhbar yang dibuat oleh Hj.Hadi Awang menunjukkan bahawa kedegilan beliau untuk berundur merupakan sikap negatif yang amat merugikan PAS. Dengan kata lain, ia merupakan satu pengkhianatan terhadap PAS yang memerlukan EGM dilakukan seberapa segera demi kemaslahatan masa depan parti. Meskipun beliau telah isytihar menutup serapat-rapat pintu perlaksanaan Unity Government, namun hasil penyelidik oleh 2 orang tokoh penyelidik yang dijemput khas (Dr.Aziz Bari dan Dr.Abu Hasan Hasbullah) tetap menunjukkan bahawa kepimpinan Hj.Hadi ditolak oleh majoriti pengundi muda. Apa guna Hj.Hadi mengibaratkan dirinya umpama pemain professional jika selama ini apa yang dipamerkan oleh beliau hanyalah bagaikan pemain di kawasan peneroka Felda.

Sila klik blog di bawah ini.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/11/gesaan-awal-tgna-supaya-adakan-muktamar.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: