JIKA BENAR BEGITU….APA SALAHNYA?

Penulis politik pertikai Pas guna bai’ah

Sayuti MSOSHAH ALAM – Penulis politik, Mohd Sayuti Omar mempertikai tindakan Pas menggunakan bai’ah bagi mencegah ahli-ahlinya keluar parti.

Beliau berkata, tindakan berkenaan seolah-olah membayangkan Pas tidak yakin terhadap kejujuran, kesetiaan dan ketulusan ahli-ahlinya.

Menurutnya, penggunaan bai’ah bukan satu kaedah yang syumul dan mutlak untuk memastikan ahli-ahli Pas terutamanya bertaraf wakil rakyat kekal di dalam parti.

“Lantaran itu, saya berpandangan bai’ah itu tidak perlu jika fungsinya terbatas kepada mengekalkan kuasa politik,” Kata Mohd Sayuti dalam laman blognya semalam.

Sementara itu, jelas beliau, penggunaan bai’ah dalam konteks survival politik Pas difikirkan kurang sesuai kerana prinsip perjuangan parti itu tidak mencakupi sepenuhnya soal dunia dan akhirat.

Katanya lagi, bai’ah yang pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal perkembangan Islam adalah berbeza dengan bai’ah yang dipraktikkan oleh Pas baru-baru ini.

“Amalan berbai’ah pada zaman Rasulullah membabitkan penganut-penganut baru agama Islam yang pada asalnya diragui atau menentang baginda.

“Pada ketika itu, memang wajar talak digugurkan ke atas si isteri yang solehah dan taat terhadap Islam memandangkan si suami yang melanggar bai’ah dianggap kafir,” Katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, pendedahan amalan bai’ah di dalam Pas membayangkan sikap `tidak bijaksana’ pemimpin-pemimpin parti sehingga mudah dieksploitasi oleh parti lawan.

“Tiada lagi kerahsiaan dalam Pas. Perkara-perkara yang bersifat sulit, abstrak serta menjolok pemikiran tidak seharusnya diangkat ke tengah khalayak,” Katanya.

Mohd Sayuti memberitahu, keadaan bertambah buruk apabila Ketua Muslimat Pas, Noridah Mohd Salleh dan Naibnya, Mumtaz Mat Nawi mengeluarkan kenyataan berhubung isu bai’ah yang dilihat `tidak bijak’ serta menggambarkan kelemahan wanita selaku pemimpin.

dipetik daripada: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5978088.asp

Towardsmardhatillah:

Pendapat Sayuti MSO  sebagaimana tertera diatas ini hanyalah satu paparan kejahilan diri beliau dan mereka yang sependapat dengannya. Cuba tanya diri kita sendiri; mengapa Allah Taala mewujudkan hukuman hudud dalam syariat Islam sebagai way of life ke atas mereka yang beriman kepadaNya untuk dilaksanakan secara menyeluruh? Tidak memadaikah sekadar dengan berikrar dengan ucapan dua kalimah syahadah sebagai tanda taat setia dan ingin menjunjung perintah Allah lalu dianggap sebagai individu yang ikhlas terhadap Allah? Jawabannya sudah tentulah tidak memadai dengan sekadar mengucap dua kalimah syahadah berkenaan meskipun jika berlaku proses pembatalan dua kalimah syahadah dan individu berkenaan dianggap sebagai murtad. Kenapa tidak memadai ? Jawabannya ialah kerana Allah Taala ciptakan nafsu dalam setiap diri manusia  tidak sepertimana para malaikat yang tidak memiliki nafsu. Jelas sekali bahawa hukuman hudud itu adalah pagar bagi diri setiap manusia jika ia digubalkan sebagai satu perundangan kerana diri setiap manusia dihiasi dengan nafsu. Nafsu adalah kurniaan Allah Taala. Sama ada nafsu itu cenderung kepada keinginan sex, mengisi perut dan juga keinginan berharta, semua ini telah ditetapkan kewujudannya dalam diri manusia. Nafsu yang digunakan dengan cara terbaik iaitu dengan cara dilampiri bersama amal soleh, sudah tentu akan mengarah setiap tingkah laku seseorang itu ke arah kehidupan penuh beribadat. Namun jika nafsu disalah gunakan (terlalu mengikut nafsu) ataupun membiarkan nafsu sendiri dikuasai oleh syaitan, sudah tentu situasi berkenaan membawa padah bagi individu yang tidak tahu menilai dan mengawalnya. Tidak memadai sekadar berkata “Tepuk dada tanyalah iman” sahaja kerana pagar syariat Islam (perundangan Islam) juga perlu diambil kira. Justeru tidak hairanlah mengapa gembala kambing perlu memagarkan segala jenis tanamannya bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh haiwan ternakannya sendiri walaupun sudah disediakan kandang untuk haiwan tersebut. Dalam pada itu juga, pastikan diri kita semua tidak tergolong dalam kalangan makhluk yang suka merempuh pagar tanpa alasan yang konkrit.

Bagi mewujudkan suasana harmoni dalam sesebuah rumahtangga, memang tidak memadai sahaja dengan kursus perkahwinan bagi pasangan yang ingin hidup bersama. Dalam kursus tersebut, bakal suami turut dijelaskan tentu keperluan dan kewajiban menunaikan nafkah terhadap bakal isterinya setelah berlaku proses ijab dan qabul. Pun begitu, kursus serta penerangan berkaitan dengan nafkah tidak terhenti dengan tamatnya kursus perkahwinan tersebut. Malah terus disusuli dengan ucapan lafaz ta`liq selepas proses ijab qabul yang mengsyaratkan seseorang suami agar menyempurnakan nafkah ke atas isterinya. JIKA tidak disempurnakan pemberian nafkah dalam tempoh tiga bulan berturut-turut, maka jatuhlah satu talaq ke atas diri si isteri (tercerai secara automatic). Kaedah ta`liq  ini adalah pagar dan ia ditetapkan kerana ingin menjaga kemaslahatan hak si isteri yang dikhuatiri dikhianati oleh seorang suami yang mempunyai kuasa authoriti dalam sesebuah pentadbiran rumahtangga. Mengapa saudara Sayuti MSO tidak mempertikaikan secara lantang menerusi akhbar tentang kaedah penetapan ta`liq yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam ini menyamai dan selaras dengan cara yang pernah dibuat pada zaman Rasulullah ataupun tidak? Mengapa juga tidak dipertikaikan mengenai talaq yang sengaja dijatuhkan oleh sebahagian golongan Ansar ke atas isteri-isteri masing-masing untuk dikahwinkan secara suka rela dengan golongan Muhajirin ?

Begitu juga halnya dengan wakil-wakil rakyat. Mereka ini semua adalah manusia biasa yang juga memiliki nafsu seperti yang dikurniakan Allah Taala kepada kita semua. Jika benar wujud proses baiah dengan cara menta`liqkan isteri masing-masing demi mempertahankan kerusi daripada dibeli dengan nilai wang berjuta-juta, maka perlaksanaannya adalah harus mengikut syariat Islam. Apa salahnya? Malah hukumnya wajib dipatuhi demi menjaga maslahat jamaah. Tak timbul masalah sama ada mereka ini ikhlas ataupun tidak dalam perjuangan hinggakan  terpaksa diwujudkan baiah sebegini. Ini kerana sesiapa yang ikhlas sekian mana sekalipun tetap memiliki nafsu yang perlu dipagari agar mereka tidak menjual maruah diri dan parti dengan cara melompat parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: