Archive for November 11th, 2009

Berita Mengejutkan!

Amat mengejutkan sekali setelah saya baca dan amati entry oleh Pak Sheikh nih. Kenapalah sampai begitu sekali? Pak Sheikh memang dikenali ramai sebagai pekerja gigih tapi mengapa kontrak beliau ditamat serta merta? CEO PMBK nih dah lost his mind ke? Kalau setakat menantu Tok Guru ada kelulusan tapi tak pandai nak mentadbir dan bersikap angkuh dengan pekerja bawahan, saya rasa beliau masih tidak layak nak menjawat jawatan CEO di PMBK tersebut.   Masih ramai lagi orang lain yang berkelulusan tinggi dan berbudi pekerti tinggi yang layak sebagai CEO PMBK.

 

Penamatan Kontrak Serta Merta

10 11 2009

Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.

Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,

  1. Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
  2. Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.

Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,

  1. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
  2. Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.

Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.

Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.

Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.

Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.

Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Perjuangan Belum Selesai.

Patah Sayap Terbang Jua.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz

Kampung Demit

Dipetik daripada: http://kickdefella.wordpress.com/

 http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/10/penamatan-kontrak-serta-merta/#comments

Wajarkah Tok Guru Nik Aziz ke Mekah berulang kali?

Sepertimana yang pernah saya tegaskan dulu; saya memang tak suka sikap fanatik yang disusuli dengan taqlid buta. Kebetulan pagi tadi saya jengok blog Pak Bakar dan terbaca entry sepertimana yang saya copy paste di bawah bertajuk Kaji Pembiayaan ke Mekah tuh, Tok Guru (thank you Pak Bakar). Saya juga tertarik dengan komen Abuarif (juga sepertimana dibawah) untuk disiar sebagai renungan bersama. Dari sudut fiqh Awlawiyyat, memang tidak wajar Tok Guru pergi ke Mekah berulang-ulang kali meskipun dirinya mampu dari semua aspek sama ada aspek kemampuan harta benda ataupun aspek kesihatan. Bukankah lebih baik dan lebih afdhal jika wang itu Tok Guru ambil dan sedekahkan kepada mana-mana pelajar miskin yang terbengkalai dalam usaha mereka untuk menyambung pelajaran? fikir-fikirkanlah!!!

Kaji pembiayaan ke Mekah tu, Tok Guru

Saya pernah sebut sebelum ini, biasanya seseorang itu diberi sagu hati, pemberian, hadiah, hamper, tajaan atau apa juga yang sejenis dengannya kerana kedudukan atau jawatannya. “People give because of your position,” yang tu la yang selalu saya sebut kepada kawan-kawan.

Kalau ada anak orang kenamaan yang ditaja keretanya, adakah saja-saja ja orang nak taja? Kalau dia bukan anak orang kenamaan, adakah orang nak taja kereta untuknya?

Adakah orang akan taja Volvo V50 kepada bakaq a.k.a. ~penarik beca? Hello, ada dak?! Mungkin hampa akan jawab, “Woi bakaq! Kami tak gila la!”

Saya tau, ada juga sang bendul yang menghabiskan duit yang banyak kepada ulama yang dia sangka bagus sangat. Ulama tu dah tak ada jawatan dalam kerajaan pun. Baru-baru ini, dia membiayai kerja-kerja memperbaiki kereta ulama tu. Bukan sikit, dalam RM7,000.

Saya tak kisah, saya tak dengki. Nak dengki apa, rezqi orang. Tetapi, bila sang bendul tu kata ulama tersebut mewaqafkan dirinya untuk Islam, saya nak muntah!

Saya rasa sang bendul tu jauh lebih mulia dari ulama tu. Dialah yang sebenarnya banyak mewaqafkan hartanya untuk Islam atau untuk apa yang dia sangka untuk Islam. Kepada Allah, saya memohon agar dinilai jasa-jasanya itu. Dia jenis baik sangat. Tak kisahlah dia lurus bendul, sebab dia bukan pemimpin.

Tetapi, bila Tok Guru memberikan jawapan yang penuh husnul zan seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Nik Aziz akui dibiaya tunai haji,” saya rasa tak patut begitu. Saya sentiasa mahukan seseorang pemimpin seperti Tok Guru melihat dua tiga lapis terhadap sesuatu perkara. Saya tak senang sungguh apabila seorang pemimpin seperti Tok Guru memberikan jawapan yang saya rasa naif sangat.

Saya juga sangat tak senang hati bila Tok Guru kata “nak ambil berkat”. Kalau orang lain yang kata benda-benda gitu, tak pa. Tapi kalau Tok Guru sendiri yang kata, berbunyi tak sedap sungguh!

Saya masih yakin Tok Guru perlu melakukan dua perkara:

1. Memastikan pihak yang menajanya itu tidak pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan. Jika tidak pernah, saya rasa dia boleh terima tajaan itu. Tetapi, kalau nak menjauhkan fitnah, elok jangan. Tok Guru kena ingat, Tok Guru ikon PAS. Puak Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang ni berkerja ligat nak memusnahkan nama baik Tok Guru. Ambo harap sangat, Tok Guru jangan bagi ruang untuk orang fitnahkan Tok Guru.

2. Jika pihak yang menaja itu pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan, Tok Guru tolonglah bayar balik duitnya. Kalau Tok Guru tak cukup duit, saya sebagai penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sanggup lancarkan kutipan derma untuk bayar balik duit pihak yang berkenaan. Saya akan mintak beberapa pemimpin PAS menjadi pemegang amanah sehingga cukup RM65,000 – buka akaun bank atas nama mereka.

Yang penting, integriti, Tok Guru!

Dipetik daripada: http://penarikbeca.blogspot.com/2009/11/kaji-pembiayaan-ke-mekah-tu-tok-guru.html

Abuarif said…

Wednesday, November 11, 2009 12:50:00 PM MYT

Saya amat setuju dengan ulasan Pak Bakaq bahawa tidak patut Nik Aziz terima tawaran biayai naik haji.Kalau Nik Aziz guru pondok tak ada masaalah.Tetapi jika Nik Aziz adalah Menteri Besar,maka ia sama dengan penjawat awam lain ia itu tidak boleh menerima biayaan atas apa sebab sekali pun demi menjaga integriti dan mengelakan fitnah.

Secara jujur Nik Aziz mengakui(Sinar Harian)perkara itu berlaku dan lain – lain perkara tentang berkat(selipar)yang sepatutnya tidak perlu.Jika perkara yang sama berlaku kepada orang lain berkaitan pembiayaan seperti ini(seperti kes Ketua Pengarah Badan Pelancongan)walaupun didapati tak bersalah oleh mahkamah tetapi moralnya amat rendah sebelum perbicaraan.Juga dilihat seperti “kayap” sangat.

Bagi kes Nik Aziz bukannya dia tak mampu dan haji baginya sudah tidak ada kefarduan lagi.Jangan lah jadi perangai macam puak yang tak faham Islam dan Undang-undang.Dibimbangi ia akan jadi contoh kepada penjawat awam di Kelantan.Kalau ada orang taja lawatan sama ada dalam atau luar negeri,mereka boleh jawab,ini bukan rasuah ,saya tak pernah beri projek kepada mereka.FIKIRKANLAH KESANNYA SECARA JANGKA PANJANG.