Archive for November 14th, 2009

Fahami dan hayati apakah Hisbah itu

Siapa yang mengaji fiqh tapi tak mengaji usul fiqh…dia akan menggelabah dan siapa yang mengaji dakwah tapi  tak mengaji usul dakwah dia pasti rebah. Dalam entry Penarik Beca bertajuk Kejujuran Tanpa Sistem begitu menarik perhatian saya untuk mencelah, menambah dan mengkritik beberapa perkara yang disentuh di dalam blog tersebut; iaitu berkaitan dengan Hisbah. Sesiapa yang mengaji pengajian dakwah, maka subject usul dakwah tidak boleh diketepikan begitu saja. Kitab rujukan usul dakwah karangan Dr.Abdul Karim Zaidan merupakan bahan yang paling popular dikalangan mereka yang terlibat dengan mata pelajaran dakwah.

Antara isikandungan kitab usul dakwah ini ialah bab Hisbah yang merupakan salah satu ranting dalam sektor dakwah. Namun ramai yang masih keliru tentangnya dan menganggap dakwah itu suku sementara hisbah itu juga suku. Dengan kata lain, amar maaruf dan juga nahi mungkar itu sebenarnya adalah salah satu daripada cabang dakwah. Perkara ini sewajarnya diselami dan didalami oleh setiap pendakwah yang mengaku bertanggungjawab dengan segala amanah berat yang sanggup dipikul oleh mereka sendiri.  Cuma yang menjadi masalah kepada para pendakwah kini ialah masalah penentuan  methodologi yang sering dipertikaikan apakah ia itu hikmah (sesuai) digunakan?

Penambahan serta penguasaan ilmu dan situasi semasa perlu ditingkatkan. Disamping itu, penampilan diri perlulah sesuai dan menepati citarasa mereka yang didakwah (dengan syarat tidak melanggar etika dan ketetapan syarak). Dalam menghadapi situasi ini, sebenarnya method Dakwah Kontemporari lah perlu diutamakan dalam usaha menyampai dan menghuraikan risalah La Ilaha illaLah Muhammad Rasulullah kepada kekelompokan masyarakat sekeliling.

http://go2.wordpress.com/?id=725X1342&site=towardsmardhatillah.wordpress.com&url=http%3A%2F%2Ffeedproxy.google.com%2F~r%2Fpenarikbeca%2F~3%2FzTdrAvDFfHs%2Fkejujuran-tanpa-sistem.html

Jangan persendakan ketelusan hati dan sifat wara’ Tok Guru!

Tok guru santaiBila memperkatakan ketelusan hati dan sifat wara’ Tok Guru Nik Aziz, saya teringatkan kisah Allahyarham Hj.Hasan bin Mat Saman yang lebih dikenali dengan jolokan Pak Chu Hasan bagi mereka yang rapat dengan diri beliau. Namun bagi mereka yang hanya mengenalinya kerana sifat serta batang tubuh beliau, Pak Chu Hasan juga lebih dikenali sebagai Tok Wali Hasan. (Sila rujuk buku Tok Wali Hasan untuk makluman lanjut). Ketulusan hati dan sifat wara’  Pak Chu Hasan menyebabkan diri beliau sering dikunjungi oleh mereka yang berniat jahat dan juga mereka yang berniat baik tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama. Ada yang datang bertemu beliau semata-mata kerana usaha untuk berubat penyakit yang dihidapi, ada  yang datang untuk dapatkan nombor ekor dan ada juga yang datang kerana ingin belajar hal-ehwal agama daripadanya. Mereka yang pernah menemui Pak Chu kerana inginkan nombor ekor biasanya akan datang membawa buah tangan seperti buah limau dengan jumlah beberapa biji.  Kemudian buah limau itu akan ditawarkan dan diberikan kepada Pak Chu. Ikut suka hati Pak Chu lah nak banyak mana dan hasil selepas jumlah pengambilan buah tersebutlah diketahui natijah yang diingini.  Si jahil tukir itu akan menyusun nombor-nombor yang difikirkan munasabah.  Bagi diri Pak Chu, bersahabat dengan semua peringkat lapisan masyarakat akan lebih membuka ruang bagi beliau untuk berdakwah. Lantaran kebersihan hatinya, dia langsung tidak memikirkan jika dirinya akan dipermainkan oleh orang lain.  Dalam masalah ini, dia seorang yang jujur yang sentiasa menyerahkan segala-galanya bulat-bulat kepada Allah Taala. Begitu sekali ketulusan hati dan sifat wara’ Pak Chu Hasan dipermainkan oleh golongan jahil.

Begitu juga dengan ketelusan hati dan sifat wara’ Tok Guru Nik Aziz. Meskipun beliau berniat baik, namun ada juga pihak yang suka memprovokasikan kejujuran beliau. Adakalanya provokasi itu muncul daripada ahli keluarganya sendiri. Dalam pada itu, ada pihak yang mengatakan status Tok Guru yang terlalu diangkat tinggi menyebabkan amat sukar bagi sesiapa untuk menegur sebarang kesilapan beliau.  Bagi saya, kejujuran Tok Guru adalah bukanlah satu kemungkaran yang perlu dicegah….tapi yang sebenarnya perlu dicegahkan ialah tindakan sesiapa saja yang suka mengambil kesempatan di atas kejujurannya itu termasuklah anak menantunya sendiri, Arif  Fahmi.  

 http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/14/selamatkan-tok-guru/

 http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/11/lihat-ke-belakang/