Jangan persendakan ketelusan hati dan sifat wara’ Tok Guru!

Tok guru santaiBila memperkatakan ketelusan hati dan sifat wara’ Tok Guru Nik Aziz, saya teringatkan kisah Allahyarham Hj.Hasan bin Mat Saman yang lebih dikenali dengan jolokan Pak Chu Hasan bagi mereka yang rapat dengan diri beliau. Namun bagi mereka yang hanya mengenalinya kerana sifat serta batang tubuh beliau, Pak Chu Hasan juga lebih dikenali sebagai Tok Wali Hasan. (Sila rujuk buku Tok Wali Hasan untuk makluman lanjut). Ketulusan hati dan sifat wara’  Pak Chu Hasan menyebabkan diri beliau sering dikunjungi oleh mereka yang berniat jahat dan juga mereka yang berniat baik tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama. Ada yang datang bertemu beliau semata-mata kerana usaha untuk berubat penyakit yang dihidapi, ada  yang datang untuk dapatkan nombor ekor dan ada juga yang datang kerana ingin belajar hal-ehwal agama daripadanya. Mereka yang pernah menemui Pak Chu kerana inginkan nombor ekor biasanya akan datang membawa buah tangan seperti buah limau dengan jumlah beberapa biji.  Kemudian buah limau itu akan ditawarkan dan diberikan kepada Pak Chu. Ikut suka hati Pak Chu lah nak banyak mana dan hasil selepas jumlah pengambilan buah tersebutlah diketahui natijah yang diingini.  Si jahil tukir itu akan menyusun nombor-nombor yang difikirkan munasabah.  Bagi diri Pak Chu, bersahabat dengan semua peringkat lapisan masyarakat akan lebih membuka ruang bagi beliau untuk berdakwah. Lantaran kebersihan hatinya, dia langsung tidak memikirkan jika dirinya akan dipermainkan oleh orang lain.  Dalam masalah ini, dia seorang yang jujur yang sentiasa menyerahkan segala-galanya bulat-bulat kepada Allah Taala. Begitu sekali ketulusan hati dan sifat wara’ Pak Chu Hasan dipermainkan oleh golongan jahil.

Begitu juga dengan ketelusan hati dan sifat wara’ Tok Guru Nik Aziz. Meskipun beliau berniat baik, namun ada juga pihak yang suka memprovokasikan kejujuran beliau. Adakalanya provokasi itu muncul daripada ahli keluarganya sendiri. Dalam pada itu, ada pihak yang mengatakan status Tok Guru yang terlalu diangkat tinggi menyebabkan amat sukar bagi sesiapa untuk menegur sebarang kesilapan beliau.  Bagi saya, kejujuran Tok Guru adalah bukanlah satu kemungkaran yang perlu dicegah….tapi yang sebenarnya perlu dicegahkan ialah tindakan sesiapa saja yang suka mengambil kesempatan di atas kejujurannya itu termasuklah anak menantunya sendiri, Arif  Fahmi.  

 http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/14/selamatkan-tok-guru/

 http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/11/lihat-ke-belakang/

One response to this post.

  1. kalu kita tak pandai dlm satu2 hal dlm islam….jgnlah kita mentafsirkan sendiri mengikut sesuka hati….kerana takut kita menjadi khufur dgn ALLAH.S.W.T.A…(MEMBANGUN BERSAMA ISLAM)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: