Musthapa Ali cuba buka peluang Wakil Rakyat PAS melompat parti

Mustafa AliKalau setakat Musthapa Ali mengesahkan bahawa kaedah Ta`liq bertalaq tiga bukan merupakan arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat, semua pihak boleh menerima kenyataan ini. Memang benarpun. Namun jika beliau melarang untuk diteruskan baiah sebegini, ini bererti beliau cuba membuka peluang agar wakil rakyat PAS melompat parti. Zaman dahulu tawaran wang ringgit bagi sesiapa yang melompat parti tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan tawaran pada masa kini. Paling tinggi pun ditawarkan  sekitar sebanyak rm 100,000 atau rm 200,000. Oleh itu sumpah laknat boleh dikatakan relevan pada masa tersebut. Namun pada masa sekarang tawaran adalah lebih lumayan hingga mencecah puluhan  dan ratusan juta ringgit kepada mana-mana wakil rakyat PAS yang sanggup melompat parti. Situasi ini memerlukan pagar nafsu yang lebih kukuh demi memelihara maruah seseorang wakil rakyat daripada melompat parti. Kenapa perlu patuhi arahan Mustahapa Ali yang jahil tukir ini?

Perlu difahami; negeri Kelantan sekarang didapati memiliki hasil minyak dalam bumi yang lebih baik dan berkualiti dibandingkan dengan hasil minyak di Terengganu. Mengikut kajian pakar, minyak di Terengganu sudah semakin mengurang dan paling lama pun hanya boleh dikeluarkan hasil dalam sekitar tempoh 15-20 tahun saja lagi. Situasi ini membuatkan negeri Kelantan sekarang amat digilai oleh Barisan Nasional. Sehubungan dengan situasi ini juga, baiah berta`liq bertalaq tiga adalah relevan untuk diteruskan.  

Tegahan Musthapa Ali berkenaan amat diragui kerana beliau juga termasuk dalam kalangan mereka yang ketagih tegar UMNO untuk bersama dalam Unity Government. Malah tegahan beliau sebenarnya menyokong pendapat Dr. Mahathir berikut. Sila klik di sini 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/11/mstar_berita/20091110213533&sec=mstar_berita

Khalid SamadSebagaimana maklum, kaedah baiah berta`liq sedemikian tidak menyalahi syarak dan ia adalah demi kemaslahatan parti. Mengapa perlu dilarang? Bukankah Musthapa Ali yang melarang itu sentiasa cenderung untuk bersama UMNO? Dalam situasi ini, amat wajar untuk Tok Guru Nik Aziz kembali bersuara dan mengaku bahawa diri beliau juga turut terlibat dalam masalah ini. Tidak perlu lagi berusaha menyembunyi perkara yang sudah dibongkar kepada umum oleh Nasharuddin Mat Isa dalam perjumpaan bersama beberapa orang blogger sepertimana yang diakui oleh blogger Mahaguru 58. Dalam perjumpaan itulah rahsia PAS didedah oleh Nasharuddin Mat Isa dan bukan YB Khalid Samad yang mula-mula mendedahkan rahsia ini sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media massa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: