Berita Meletup!

Nik Aziz tangga 42 tokoh Islam berpengaruh dunia

 

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di tangga ke 42 daripada 500 tokoh Muslim berpengaruh di dunia berdasarkan daftar yang dibuat oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center (RISSC) melalui buku ‘The 500 Most Influential Muslims In The World’ tahun 2009.

Mendahului senarai tersebut ialah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz, Pemimpin tertinggi Iran, Syed Ali Khamenei, Raja Morocco, Raja Mohammed IV, Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Turut tersenarai dalam tokoh 50 teratas ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berada di tangga ke-24.

Nama tokoh lain dari negara ini yang turut disenaraikan dalam buku sulung RISSC itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Nama Anwar disenaraikan dalam 12 tokoh kategori ‘honorable mention’ kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai pengaruh yang hampir setanding dengan tokoh-tokoh yang berada dalam senarai 50 tokoh teratas.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6031232.asp

 PAS Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Berkaitan Nik Aziz

KOTA BAHARU: PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

“PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.

Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: “Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).”

Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir dan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan. BERNAMA

Towardsmardhatillah:

Dua petikan berita meletup ‘poooooh’ macam bunyi kentut ini mampu mengejutkan sesiapa saja yang membacanya. Berita pertama mengisah status Tok Guru Nik Aziz yang dianggap masih popular mengikut kaca mata dunia hanya mampu tersangkut di tangga ke -42 dalam ranking tokoh-tokoh Islam berpengaruh dunia. Raja Saudi juga dapat tempat no.1. Manakala berita kedua pula merupakan satu petikan berita yang sukar difahami oleh mana-mana ahli politik di seluruh dunia. Definisi politik yang paling popular dan diketahui umum ialah; Politic is the art how to govern. So, macam mana YB Zaki Ibrahim boleh kata   “PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar”.  Lepas tuh dia kata pula “Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: