Menjelang senja di PCB, saya membawa pulang Pak Aet sekeluarga ke kediaman mereka di Tunjung. Sesampai di Tunjung, kedengaran azan menandakan masuk waktu maghrib bagi kawasan Kota Bharu dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Saya terus berwudhu’ dan menunaikan solat maghrib di situ. selepas itu, saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada bekas rakan sekerja mengatakan bahawa Syed Azidi (Kickdefella) baru saja sampai di Kota Bharu untuk beraya bersama keluarganya di Kg.Demit. Buat pengetahuan umum, Syed Azidi merupakan bekas boss saya semasa kami sama-sama bekerja di Global Media Channel Sdn.Bhd (GMC) satu ketika dulu.
Kebetulan semasa saya sampai di rumahnya, beliau sedang makan malam dengan ahli keluarganya. Inilah pertama kali saya berpeluang berjumpa dengan Pak Sheikh selepas kontraknya dengan PMBK dihentikan serta merta baru-baru ini. Saya dijamu dengan daging tulang rusuk panggang. Sedap sekali citarasa masakan daging panggang Arab nih. Memang daging tulang rusuk merupakan antara makanan yang paling digemari oleh Rasulullah. Anyway, dalam perjumpaan ringkas ini, saya sempat mengambil gambarnya yang terbaru. Berkaitan dengan apa yang telah berlaku antara beliau dan ArifFahmi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas keberanian beliau mendedah serta membuka mata sekalian rakyat Malaysia tentang penyelewengan dalam PMBK. Tindakan Kickdefella itu juga bagaikan mencabut duri dalam daging yang sekian lama tersusuk dan amat sukar dibuang!
Posted by juki on 30 November 2009 at 2:16 am
Apa khabar bos??