Agama Candu Rakyat- Karl Marx

Salah Faham Terhadap Islam (Syubahat haul al-Islam) adalah sebuah buku fikrah Islamiyyah yang ditulis oleh Muhammad Qutb dan diterbitkan oleh International Islamic Federation  of Student Organizations (IIFSO) dalam berbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. Kalau tak silap, rasanya sudah lima kali saya baca buku ini. Meskipun jumlah muka suratnya sebanyak 298, namun sebenarnya mata dan hati saya sentiasa tertumpu pada halaman 246-247 dalam tajuk “Agama Candu Rakyat”. Antara petikannya ialah;

Demikianlah sepatah kata Karl Marx. Kemudian kata-kata ini menjadi slogan yang dilaung-laungkan oleh propagandis-propagandis komunis di negeri-negeri Islam dengan tujuan untuk memadankan kata-kata itu kepada agama Islam pula. Karl Marx dan lain-lain pemimpin komunis angkatan pertama yang memberontak terhadap agama dan ahli-ahli agama itu mungkin boleh dimaafkan kerana mereka telah menghadapi keadaan-keadaan hidup yang jelik di Russia, di zaman itu  system feudalisma sedangkan memainkan peranannya yang paling buruk di Eropah terutama di Rusia, di mana beribu-ribu rakyat jelata mati kelaparan setiap tahun dan berjuta-juta pula yang terkorban akibat akibat penyakit batuk kering dan lain-lain penyakit. Serangan udara dingin di musim dingin juga turut mengorbankan manusia dalam jumlah yang sama, sedangkan kaum feudalis terus memerah kaum pekerja dan hidup di dalam kemakmuran-kemakmuran yang fasik menikmati anika keseronokan yang terlintas di hati. Seandainya kaum pekerja mengangkat kepala untuk menentang kaum feudal atau seandainya mereka memperlihatkan kesedaran terhadap kezaliman-kezaliman yang dilakukan oleh kaum feudal, maka paderi-paderi akan tampil menasihatkan mereka dengan ajaran-ajaran  Injil, “Siapa yang menampar pipi kanan anda, maka serahkan pula pipi kiri anda dan siapa yang merampas sebahagian dari pakaian anda, maka serahkan saja semua pakaian anda”.

Paderi-paderi itu seterusnya berusaha menenangkan perasaan rakyat yang merasa tertindas dan ingin memberontak itu dengan menimbulkan angan-angan kepada kenikmatan-kenikmatan hidup di hari akhirat yang disediakan kepada orang-orang yang sabar menanggung kezaliman dan mereka yang rela dengan penderitaan-penderitaan yang dialami mereka.

Seandainya angan-angan itu gagal untuk mententeramkan perasaan rakyat yang meluap-luap itu, maka paderi-paderi akan menggunakan tektik ugutan pula; iaitu; sesiapa yang menderhaka tuan masnya yang feudalis itu, maka bererti ia telah menderhakakan Allah, gereja dan paderi-paderi semuanya. Patut juga dsebutkan di sini bahawa gereja itu sendiri di waktu itu merupakan satu lembaga yang hidup dengan cara-cara feudalis, di mana gereja mempunyai berjuta-juta hamba tanah yang bekerja di dalam estate-estate kepunyaannnya untuk kepentingannya. Kerana itu gereja dengan sendirinya terpaksa berdiri sama tegak  dengan Tsar (pemerintah) dan kaum-kaum bangsawan yang lain untuk menentang kaum  pekerja kerana seluruh kaum pemilik adalah satu barisan sahaja. Mereka semua sedar seandainya revolusi kaum pekerja itu meletus, maka ia tidak akan memaafkan seseorang pun dari penghisap darah baik dari kaum bangsawan ataupun kaum paderi.

Seandainya tektik memberi angan-angan syurga dan ugutan itu tidak juga berjaya, maka paderi-paderi itu akan menggunakan pula tektik menghukumkan orang-orang yang memberontak atas nama mengajar orang-orang yang menderhaka kepada agama dan tidak beriman kepada ajaran-ajaran Tuhan. Dari sikap-sikap dan tindakan-tindakan itulah agama di Barat menjadi musuh ketat kepada rakyat jelata dan memang kena pada tempatnya apabila Karl Marx berkata  ‘Agama itu candu rakyat”.

Towardsmardhatillah:

Yang paling dikhuatiri ialah apabila ulama’ Islam didapati mula berperanan sepertimana paderi-paderi pada zaman itu. Paling teruk sekali jika sudah ramai yang beranggapan kesenangan dan kemewahan di muka dunia hanya boleh dinikmati oleh golongan ulama sahaja. Sedangkan golongan orang awam hanya layak menerima serta merelakan segala penderitaan di muka bumi semata-mata untuk meraih kesenangan dan  kemewahan di hari akhirat kelak.

3 responses to this post.

  1. Posted by pok mae on 2 December 2009 at 7:43 am

    puok2ni nok buat ‘demo!!! nok tunjukke sapo? tak payoh nok pbodoh ore celikla!!! che po pun tau apa tujuan dan motif sbenarnya.

    Reply

  2. Posted by ramses on 14 August 2010 at 2:38 am

    kupasan ringkas, tepat dan padat. memang sesuai untuk gerombolan umngok…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: