Archive for December, 2009

RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman UMNO/BN

Harakah daily

 

KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975. Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Zaman dulu kehendak parti didaulatkan

 

Dalam kekalutan sikap beberapa kerat pemimpin PAS yang tidak kejat unjang serta mengutamakan kepentingan diri dan sentiasa mendahulukan anak beranak lebih daripada soal pentadbiran kini, saya mengucapkan tahniah dan  berbanyak terima kasih kepada PAS Gombak kerana berjaya membuku serta menerbitkan sebuah buku bertajuk ” Burhanuddin al-Helmy (Catatan Penahan ISA) Hari-Hari Aku Dizalimi”. Selain mengutarakan kezaliman ISA yang beliau deritai dan diluahkan dalam catitannya, buku ini memaparkan sikap Dr.Burhanuddin al-Helmy yang sentiasa akur kepada kehendak parti   dan tidak pernah menganggap parti sebagai miliknya dan berbuat sesuka hati saja atau mengutamakan “exco dapur” meskipun beliau merupakan seorang Yang DiPertua Agong PAS pada masa itu. http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/

Hatta untuk menyertai seminar dan juga mesyuarat di peringkat antarabangsa pun, Dr.Burhanuddin tidak akan turut serta jika tidak mendapat keizinan parti (hlm 36).  Begitu jugalah sikap pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu. Sikap mereka ini membuktikan bahawa  parti pada masa itu amat berdaulat. Namun macam mana pula dengan era kepimpinan PAS masa kini???

Ijtima’ Ulama’ Muda di Kelantan Trade Centre.

 

Semasa ronda-ronda dengan menunggang motorsikal dalam Bandar Kota Bharu dua tiga hari yang lepas, saya dapati begitu banyak sekali sepanduk bertemakan “Ijtima’ Ulama’ Muda Negeri Kelantan 2009”.  Rasa diri ini begitu kerdil sekali untuk menyertai perhimpunan para ulama’ muda ini. Namun kerana disebabkan hati saya ini begitu minatkan majlis ilmu, saya tetap menggagahkan diri ini menuju ke Kelantan Trade Centre pada 28hb.Disember 2009 kira-kira pukul 9:00 pagi. Sesampai saja di Kelantan Trade Centre, saya terus meluru ke kaunter Urusetia program tersebut. “Assalamu alaikum….berapa bayaran pendaftaran?” tanya saya ringkas. “Oh…tak dok apa-apa bayaran….memang semua dijemput hadir…..terbuka untuk semua” jawab salah seorang petugas di meja berkenaan sambil memberikan sebuah beg tangan yang dilengkapi kertas ucaptama, tentatif Ijtima’ dan dua keping borang soal selidik  yang perlu diisi oleh para peserta.

Setelah melangkah masuk ke dalam, saya dapati Dato’ Tuan Ibrahim sedang  menbentangkan ucaptamanya yang bertajuk “Peranan Ulama’ Muda Dalam merealisasikan Konsep Islam Memimpin Perubahan”. Secara umumnya, ucaptama itu amat baik sekali sebagai peringatan dan musabah diri bagi golongan ulama’ yang hadir dalam majlis ini. Selepas itu diadakan pula muzakarah ucaptama oleh YB Ustaz  Mohammad Mustafa. Rata-rata ulasan oleh ADUN Demit ini adalah kemas, ringkas dan padat. Ada juga respon dan saranan positif oleh beberapa orang peserta terutama sekali dalam soal pendidikan di YIK.

Kemudian disusuli pula ucapan oleh Dato’ Mohammad Daud al-Iraqi yang mengatakan; para ulama’ tidak wajar mengkritik sesama sendiri kerana tindakan sebegini boleh menghilangkan kewibawaan mereka di kalangan orang awam. Sungguh mengarut betul Dato’ Mat al-Iraqi.!!!!  

Kehadiran para peserta dan pemerhati adalah lebih kurang 250 orang. Kira-kira pukul 12:10 tengahari, YAB Menteri Besar Kelantan tiba. Ringkas ceritanya, Tok Guru mengutamakan jumlah angka yang tercatat depan matanya berkaitan dengan kekerapan menunaikan solat tahajjud, solat dhuha dan solat berjemaah dikalangan para ulama’ muda yang hadir hari ini.  Secara ikhlas hati, saya tidak isi kedua-dua borang tersebut (borang hijau dan borang berwarna putih) kerana saya hadir sebagai seorang blogger yang inginkan maklumat dan bukannya sebagai seorang peserta untuk berbahas dan berdialog lebih-lebih lagi diri saya ini bukanlah tergolong dalam katogari ulama’. Semasa Tok Guru cuba mengulas ringkas tentang fakta angka berkaitan yang ada di depan matanya, saya teringatkan petikan buku bertajuk 10 Tahun di bawah Kepimpinan Ulama pada halaman 50-51 sepertimana yang pernah saya siarkan dalam entry yang lalu. Dalam entry tersebut, Tok Guru dikatakan selalu menunaikan ibadat malam dan amalan-amalan sunat yang lain bagi memelihara dirinya daripada perkara yang paling beliau cemaskan. Di akhir ucapannya, Tok Guru turut mengatakan bahawa beliau tidak begitu pasti sama ada pada masa sekarang ada atau tidak ulama’ yang memelihara blogger. Bagi saya tak perlulah diulas panjang lebar tentang blogger ini kerana anak-anak Tok Guru (Nik Abduh  dan Nik Amalina) juga berblog.  Begitu juga masalah Cina boleh jadi Perdana Menteri dan juga Menteri  Besar jika beragama Islam kerana Islam membenarkan proses sedemikian. Prosedur undang-undang juga perlu diambil kira. Lain ceritalah kalau undang-undang itu mampu diubah mengikut kaedah yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia. Sebagai contohnya; dalam masalah pembukaan tanah; Jika dirujukkan kepada sebuah hadis berkaitan dengan pembukaan tanah, Rasulullah pernah mengatakan “Sesiapa yang membuka tanah (yang tidak ada pemilik), maka tanah itu adalah menjadi miliknya”. Namun dalam konteks undang-undang kini, mana-mana tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa secara sah, maka tanah itu adalah milik kerajaan dan tidak wajar diterokai sesuka hati tanpa kebenaran.  Situasi ini jelas menunjukkan bahawa perundangan sivil tersebut dari sudut kontemporari perlu diutamakan tanpa maksud mengenepikan keharusan syarak yang dinyatakan dalam mafhum hadis berkenaan.

Di Perak contohnya, DAP hingga kini tidak mampu mengangkat mana-mana Menteri Besar daripada kalangan mereka berbangsa Cina kerana terhalang oleh perlembagaan. Namun dalam masa yang sama, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin  (bekas MB Perak) sebenarnya merupakan anak Melayu meskipun beliau juga berdarah keturunan Cina kerana mengikut perlembagaan; Sesiapa yang berdarah kacukan Melayu dan bertutur dengan berbahasa Melayu, dia adalah berbangsa Melayu. Begitu juga halnya dengan Dr. Mahathir yang bukan berdarah Melayu tulen. Selesai berucap, para ulama’ muda dianjurkan agar bersolat jemaah dan mereka semua diimani oleh Tok Guru sendiri. Selepas itu mereka semua berjamu selera untuk jamuan tengahari. Dalam tempoh ini, saya mengambil peluang balik ke rumah untuk mandi dan makan kueh teaw yang sudah dibeli sejak awal lagi.  

Selepas mandi, solat zohor dan dan makan kueh teaw, saya menuju semula ke Dewan Konvesyen bagi mengikut wacana ilmiah yang tidak dinyatakan tajuknya dalam tentatif yang diagihkan kepada setiap peserta. Antara panelisnya ialah; Dato’ Nik Amar, Dr. Azhar Yaakub (UTM) dan Dr. Abdul Basit (KIAS). Ringkasnya; ada beberapa noktah penting yang saya kurang berpuashati dengan ulasan para ahli panel ini. Penyampaian Dr.Abdul Basit seolah-olah di atas angin bila beliau mengatakan dirinya lebih tahu tentang aturan haid seseorang perempuan . Dato’ Nik Amar pula sanggup mengatakan memerangi Sekularisme adalah lebih utama daripada memerangi Wahhabi. Apa hal nih Dato’ Nik Amar???  Sebenarnya memerangi Wahabbi dan sekularisme adalah sama penting  kerana Wahhabi  menolak ahl sunnah wa Jamaah dan memporakperandakan fikrah umat Islam. Manakala sekularsime pula antara agenda ideologi yang turut diperkenalkan oleh Wahabbi dan turut melanda umat Islam masa kini yang masih tidak mahu mengubah situasi dan nasib mereka.

Paling teruk sekali ialah penyampaian Dr. Azhar semasa beliau mengulas dan menjawab persoalan rokok di kalangan umat Islam. Dr. Azhar mengatakan babi tidak sanggup makan daun tembakau sedangkan masih ada manusia yang sanggup hisap daun tembakau. Kenyataan ini adalah terlalu bodoh untuk dinyatakan dan dibuat perbandingan oleh seorang yang memiliki Ph.D seperti dirinya. Malah perbandingan ini terlalu tidak mantiq (tidak logic) kerana seolah-olah ingin merendahkan taraf manusia yang merokok jika dibandingkan dengan babi. Perlu diingat daun tembakau bukan najis  dari sudut hukum syarak.!!. Lagipun seekor babi sanggup makan najisnya sendiri sedangkan manusia tak sanggup makan najisnya sendiri.  Sebagai individu yang mengaku sebagai ulama, memang tak patutlah Dr.Azhar membuat perbandingan sebodoh itu!

Suatu masa dulu saya juga perokok tapi saya berjaya meninggalkan tabiat ini. Namun tidak bagi sesetengah individu termasuklah daripada golongan ulama’ PAS sendiri yang pernah dinasihatkan oleh doktor perubatan agar tidak berhenti merokok kerana jika dia berhenti merokok penyakit lain pula yang akan menimpa dirinya. Dalam situasi ini kaedah usul fiqh; Ikhtiar al-akhaff bain al-dhararain perlu dibuat pilihan setelah nasihat doktor perubatan diambil kira. Apakah Dr. Azhar ingin menyatakan Dr. Daeng Sanusi yang merokok kerana tidak dibenarkan berhenti oleh doktor lebih teruk daripada babi kerana babi tidak makan daun tembakau? Cuba jaga lidahmu……saya ada dalam dewan semasa kamu berucap tapi saya mengambil sikap berkecuali kerana saya hanya seorang blogger dan bukannya salah seorang daripada ulama’ muda yang dijemput!!!! Cuba tanya Dato’ AbdulHalim AbdulRahman (MP Pengkalan Chepa) adakah beliau sudah berhenti merokok secara mutlak?

Tahniah buat Cikgu Shady….SELAMAT PENGANTIN BARU…

Pukul 2:00 petang ini saya meluangkan masa mengiringi rombongan Cikgu Shady@Saadiah binti Zaid ke rumah suaminya di Kg.Perol, Nilam Puri selepas pasangan ini selamat diijabqabulkan pada hari jumaat 25hb.December 2009. Cikgu Shady sekeluarganya ini adalah jiran di hadapan rumah keluarga saya. Abangnya, Ahmad Shakir bin Zaid merupakan kawan sepermainan saya semasa kami belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail (3), Batu 2, Jalan Kuala Krai. Kami juga naik bas sekolah yang sama. Setelah meningkat dewasa, kami mulai sibuk dengan urusan masing-masing hinggakan tidak berpeluang langsung untuk berbual mesra dan bergurau seperti mana di zaman budak-budak dulu meskipun jarak antara rumah keluarga kami begitu dekat sekali. Walaupun begitu, saya begitu teruja bila Shakir sendiri memaklumkan dirinya sentiasa melayari blog saya.

Cikgu Shady adalah seorang guru matapelajaran sains/matematik di Maahad Muhammadi (L) Jalan Pengkalan Chepa(penulis  menuntut di sekolah ini dari tingkatan satu hingga tingkatan enam). Beliau berkelulusan sarjana muda USM dalam bidang chemistery. Seorang gadis cantik yang pemalu tapi periang lagi baik hati serta murah dengan senyuman. Mudah-mudahan jodohnya dengan Cikgu matapelajaran Sejarah (mengajar di sekolah yang sama) kekal hingga ke akhir hayat dan dianugerahi anak-anak yang cerdik lagi cerdas otak mereka agar dapat memberi manafaat kepada perjuangan Islam dalam apa jua bidang yang diceburi…..AMIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNNNNNN

Terkenang semasa dulu….

Posted by: Hj. Hashim Hj.Omar

Terkenang semasa dulu….hatiku merasa rindu…..Mungkinkah dapat bertemu…….inilah antara rangkap lagu nyanyian R.Azmi yang berkumandang dalam fikiran saya setiapkali saya berada di lokasi penanaman padi organic di Baruh Tunjung, Kota Bharu. Lagu ini dipopularkan oleh R.Azmi[1] sekitar tahun 50 an. Pada ketika itu saya berusia lebih kurang 7 tahun . Saya dilahirkan pada tahun 1945 dan dibesarkan  di Kg.Pohon Buloh, Pasir Mas, Kelantan. Masih terbayang lagi di fikiran ini lokasi rumah dan kampung saya yang dikelilingi oleh bendang padi. Di rumah saya ada sebuah baloh padi. Ayah[2] saya menjadikan usaha menanam padi sebagai salah satu aktiviti keluarga. Kami mengekalkan dua bidang tanah seluas seekar untuk diusaha sendiri secara anak beranak. Bila sampai musim menuai (mengetam) padi, saya sentiasa mengandar [3](memikul) padi sejauh kira-kira satu kilometer untuk sampai ke rumah.  Mengikut tahap kemampuan pada masa itu (berumur 10 tahun), saya mampu memikul sebanyak 30 gemar padi sekali gus. Sesampai  di baloh, Mek[4] saya suruh saya longgokkan padi-padi itu di atas jemuran baloh bagi mengasingkan terlebih dahulu padi gunda[5]. Padi gunda diasing dan disusun lalu diletakkan di hadapan sekali dalam baloh. Manakala hasil padi yang lain pula dilonggokkan di bahagian belakang baloh. Sebelum tahun 1950 an, penanaman padi di Kelantan masih belum terdedah dengan penggunaan baja-baja kimia dan juga racun-racun serangga. Namun bermula pada awal sekitar tahun 1960 an, barulah baja-baja kimia diperkenalkan oleh syarikat-syarikat pengeluaran bahan berkenaan seperti syarikat ICI[6]. Dulu tak ada traktor dan tak ada juga kerbau besi (Kubota). Yang ada hanyalah kerbau dan lembu untuk membajak.

Sebelum awal tahun 1950an, mesin padi masih belum digunakan. Yang digunakan ialah kisaran, lesung hindik dan lesung tumbuh dan tapian bagi menghasilakn beras. Sesudah itu barulah timbul penggunaan mesin padi secara kecil-kecilan di kampong-kampung. Kemudian penggunaan mesin padi diperbesarkan atas nama syarikat kilang padi milik orang kampung dengan menggunakan mesin proses padi yang lebih besar.  Hari ini semua situasi tersebut telah berubah. Kilang-kilang padi lebih besar sekarang dan dimonopolikan oleh Bernas dan syarikat-syarikat sendirian berhad. Padi dari bendang terus di bawa ke kilang-kilang yang dimonopolikan itu. Baloh sudah tidak berfungsi lagi. Padi gunda entah ke mana…….zakat padi pun tak dapat dipastikan sama ada ditunai ataupun tidak.

Racun dan baja kimia digunakan secara berleluasan. Dalam masa yang sama, kerajaan turut sama menyalurkan subsidi baja dan racun kepada petani. Bermula dengan penggunaan racun dan baja kimia inilah kita dapati makhluk-makhluk lain (organism) mati dan pupus. Ikan-ikan[7] di bendang padi semakin berkurang dan berpenyakit.  Keadaan ini berlarutan sekian lama. Berasaskan gambaran silam inilah setiap kali saya datang ke Baruh Tunjung,  saya dapat melihat serta menilai betapa pentingnya proses dan kaedah  penanaman padi perlu kembali semula ke zaman lampau. Di Baruh Tunjung ini juga saya dapati kaedah penananaman padi organic[8] (SRI) sepertimana zaman lampau cuba diperkenalkan kembali dalam kehidupan masyarakat petani di Kelantan.

 

sila clik di sini

http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/24/kelantan-very-own-sri-organic-paddy-field/#comments


[1] R.Azmi juga pernah popular melalui dendangan lagunya yang berjodol “Dari Kerana Mata”.

[2] Ayah saya seorang Guru Besar di Sekolah Melayu Pasir Mas, Kelantan.

[3] Meletakkan gemar-gemar padi di buluh panjang untuk dipikul.

[4] Di Kelantan, panggilan Mek bermaksud emak.

[5] Hasil peratusan padi untuk dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Dalam 100 gemar padi, maka zakatnya ialah sebanyak 25 gemar.

[6] Baja ICI dikenali juga dengan nama Baja Cap Kepala Ayam dan merupakan baja kimia pertama yang diperkenalkan pada ketika itu di Kelantan. Selepas itu, barulah disusuli dengan pengenalan baja-baja lain dari syarikat Ben Meyar, Houchts dan lain-lain lagi.

[7] Ikan haruan, keli, puyu, sepat, belut dan lain-lain lagi semakin pupus yang pernah dijadikan sumber makanan utama pada masa itu kini semakin pupus.

[8] Padi yang tidak menggunakan baja dan juga racun kimia.

Respon kepada entry “Kickdefella gets the camera cranking again”

Lepas baca dan tengok gambar dalam entry kickdefella (Kickdefella gets the camera cranking again), saya mulai merasa sebenarnya negeri Kelantan telah kehilangan beliau. Dalam entry tersebut, Pak Syeikh mengatakan “Hujan emas di negeri orang lebih baik dari makan batu di negeri sendiri” menbuatkan otak saya termenung seketika. Sepatutnya kemahiran beliau bermain  camera dan sector perfileman dimanafaatkan sebaik mungkin oleh kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan dakwah Islamiyyah dengan mengutamakan pembikinan filem-filem bercorak Islamik yang boleh mendidik jiwa manusia. Media massa terutamanya menerusi tayangan movie melalui kaca televisyen merupakan mekanisme utama untuk berdakwah. Perlu difahami, dakwah Islamiyyah bukannya sempit dan bukan hanya khusus kepada sector alunan nasyid dan qasidah sahaja. Malah ia lebih luas lagi daripada itu. Saya pernah menonton beberapa filem (DVD) Indonesia yang menarik dan mendapat perhatian dunia seperti  Perempuan Berkalung Sorban, Kun Fa Yakuun, Bila Cinta Bertasbih dan juga Ayat-ayat Cinta. Filem-filem ini memaparkan reality kehidupan sesetengah umat Islam yang perlu dihighlightkan untuk mendidik jiwa-jiwa manusia. Bagi saya, Syeikh Kickdefella mampu berperanan utama mengarah serta menerbitkan filem-filem sebegitu malah lebih baik lagi daripada itu.  Satu ketika dulu, Pak Sheikh telah membawa satu filem festival yang kecil di Kelantan. Festival filem mini ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Majid Majidi, pengarah filem mahyur dari Iran. Antara filem beliau yang mahsyur ialah Children of Heaven dan juga Baran. Ramai artis-artis tempatan seperti Mamat, Maya Karin dan lain-lain turut hadir menjayakan seminar perfileman ini. Seminar dijalankan di bangunan SUK dan tayangan filem pula dilangsungkan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu.  

Alangkah baiknya jika Kelantan menerajui perubahan di Malaysia dalam sector perfileman. Kalau dulu PAS Kelantan pernah berdabik dada kerana pertama kali menganjurkan system pajak gadai Islam, mengapa pula tidak sanggup untuk menerajui perubahan dalam sector perfileman. Dalam filem Perempuan Berkalung Sorban, pelakon utamanya ialah Revelina Temat sebagai Anissa. Beliau pernah masyhur satu ketika dulu kerana memegang watak Bawang Putih melalui drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah. Memang jelas gadis Indon ini tidak bertudung. Namun semasa beliau memegang peranan Anissa dalam filem Perempuan Berkalung Sorban, Anissa memegang watak seorang wanita bertudung yang cintakan ilmu pengetahuan agama dengan cara yang amat fleksible dan tidak jumud. Secara tidak langsung, watak yang dibawa oleh Revelina ini turut melatih jiwa beliau untuk menghayati corak kehidupan Islam melalui gaya permakaiannya. Jika Kelantan mampu muncul sebagai peneraju perubahan dalam sector perfileman,  maka kaedah  inilah yang perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Mana-mana artis yang nak berlakon filem yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan kena menutup aurat. Cara nak berdakwah supaya orang memakai kain tudung pun kena melalui hikmah. Tak perlu nak serang orang lain sambil menunding-nunding jari “Bini dio tak pakai tudung……daring sangat “ . Cuba tanya diri kita sendiri banyak manakah langkah yang telah kita ambil untuk mendidik jiwa orang perempuan yang tidak bertudung setakat PAS menerajui negeri Kelantan? Adakah memadai dengan  hanya meletakkan papan tanda untuk bertudung ataupun dengan terus mengenakan kompaun sepertimana yang dilakukan oleh pihak MPKB BRI?

Jika diteliti, memang banyak benar filem-filem yang diterbitkan di Malaysia tapi amat sedikit sekali yang bercirikan pendidikan. Ramai dikalangan penerbit dan pengarah filem hanya menumpu dalam soal-soal cinta, tahyul dan berbagai realiti kehidupan manusia sama ada ia diakhiri dengan happy ending ataupun sad ending tanpa mengutamakan pendidikan Islam yang lebih bermanafaat.  Sebagai contoh; anak Yusuf Haslam pernah mengarah dan berlakon dalam filem Bohsia tapi filem ini hanya memaparkan realiti kehidupan anak-anak muda yang sesat dalam gelombang nafsu sahaja tanpa memaparkan jalan penyelesaian terbaik yang dituntut oleh Islam.

Sewajarnya Pak Syeikh Kickdefella dipanggil balik untuk melaksana perancangan baik (International Islamic Film Festival) di Kota Bharu  yang tergendela yang sepatutnya diadakan pada bulan November tahun 2009 ini.

Kelantan PAS May Reject Outsiders As Candidates

KOTA BAHARU, Dec 23 (Bernama) — Kelantan PAS may reject candidates from outside the state from contesting in the next general election, its commissioner Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said.

The PAS spiritual leader said Kelantan PAS would conduct a review and decide whether it would accept outside leaders to contest for seats.

“If we feel that Kelantan does not need outsiders, we can nominate state leaders to contest,” he said when commenting a statement by Kelantan PAS Dewan Ulama chief Datuk Mohamad Daud Iraqi that only state leaders be nominated as candidates.

In the 2008 general election, Kelantan PAS nominated several outsiders as candidates. They include deputy president Nasharuddin Mat Isa (Parliament-Bachok), vice-president Salahuddin Ayub (Parliament-Kubang Kerian) and treasurer Dr Hatta Ramli (Parliament-Kuala Krai).

The Kelantan Menteri Besar said there were no insiders or outsiders in politics and that the matter would be considered by the party.

On the resignation of Kelantan PAS youth information chief Dr Rosli Allani Abdul Kadir, he said it was up to him as it was a personal matter.

Dr Rosli quit all party posts after the Syariah Court ordered him to temporarily live separately from his second wife.

On his son-in-law Abd Ariffahmi Abdul Rahman who was asked to resign as Chief Executive Officer (CEO) of Kelantan Menteri Besar Incorporated, Nik Aziz said PAS and its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had made a decision and that the matter was closed.

– BERNAMA

Jintan hitam

Habbah al-sauda’ juga dikenal dengan berbagai nama. Antaranya ialah black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa dan kaluduru. Herba ini digunakan dalam sector perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak penulisan kuno oleh ahli perubatan terdahulu seperti Ibn Sina[1] (980 – 1037 M), al-Biruni (973-1048 M), al-Antiki, Ibn Qayyim dan al-Baghdadi. Dalam pada itu, ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masehi juga telah mencatat manafaat (fungsi)  habbah al-sauda’ untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.

Herba ini memang amat dianjurkan dari sudut syara’. Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah Muhammad SAW bersabda: “Pada habbah al-sauda’ ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali al-Sam, iaitu maut”. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari (10:118-119); Muslim(7:25); Ibn Majah (2:342); al-Tirmidzi (2:3) ; dan Ahmad (2:241) yang meneruskan riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada al-Zuhri dan Abu Salamah. Dalam Al-Kitab terbitan Easton’s, di dalam Perjanjian Lama pada Kitab Yesaya (28:25,27, NKJV), disebut istilah ‘ketsah’ yang maksudnya adalah black cummin (nama Inggeris untuk habbah al-sauda’). Selain itu, dalam kitab al-Tib al-Nabawi (hlm 240), herba ini turut berperanan menyembuhkan deman, melawaskan serta melajukan  pembuangan air kencing, haid dan pengeluaran susu ibu.

Hasil penelitian Dr. Ahmad al-Qadhy, 1986 dan laporan penelitian lainnya seperti tertera dalam Jurnal Farmasi Pakistan, 1992, fungsi utama herba ini ialah untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh dari serangan virus, kuman dan bakteria. Ia juga mampu mempertahankan tubuh daripada serangan kanser dan HIV. Hasil penelitian Prof. G Reitmuller, Direktor Institut Immonologi dari Universiti Munich dan laporan daripada  penelitian Dr. Basil Ali, University King Faisal, Arab Saudi serta laporan penelitian Immono Biology Laboratory, California, AS dan juga laporan lain menyebutkan bahawa habbah al-sauda’ dapat menghentikan pertumbuhan sel tumor.

Dengan kandungan asam linoleat (Omega 6) dan asam linolenat (Omega 3), habbah al-sauda’ merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat, kecerdasan dan relativiti sel otak agar cepat berkembang. Habbah al-sauda’ juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke otak. Ia juga menyembuhkan berbagai jenis penyakit pernafasan seperti penyakit asma bronchial, bronchitis, lelah, batuk kronik dan sebagainya.

Unsur sapion yang terdapat pada habbah al-sauda’ berfungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan saraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, menghilangkan stress dan melancarkan air susu ibu (penelitian Potchestroom, 1989).

Berdasarkan penelitian Nirmal Chakravaty MD 1993, dan penelitian lain oleh Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universiti Munich, herba ini juga berperanan sebagai anti-histamin dan anti alergi.


[1] Ibn Sina adalah seorang penganalisis genius dari Timur Tengah dalam bidang perubatan. Namanya tercatat dalam semua buku sejarah perubatan timur dan juga barat. Beliau telah meneliti berbagai manafaat habbah al-sauda’ bagi tujuan pengubatan dan kesihatan.

Rusuhan pengebumian ulama Iran

 

TEHERAN – Polis Iran bertempur dengan penyokong-penyokong arkitek Revolusi Iran, Ayatollah Hossein Ali Montazeri (gambar) selepas pengebumian ulama terkenal itu di Qom, 1,081 kilometer dari sini semalam.

Ayatollah Hossein meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berusia 87 tahun dan dia amat diingati kerana memberi inspirasi kepada rerformis Iran dan aktivis hak asasi serta mengkritik rejim ulama.

“Menurut laporan, polis dan pasukan keselamatan bertempur dengan sekumpulan orang ramai selepas pengebumian Ayatollah Hossein Ali,” lapor laman web pembangkang, Kaleme.org.

“Anggota-anggota polis menangani tindakan orang ramai yang menjerit slogan di depan rumahnya manakala terdapat sejumlah orang membaling batu ke arah mereka,” kata laporan tersebut.

Laman itu melaporkan ratusan ribu penduduk menghadiri majlis pengebumian tersebut dan sebahagian besar mereka memakai lilitan kain berwarna hijau iaitu simbol kumpulan antikerajaan.

Pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi turut hadir namun pengebumian tersebut dicemari dengan pergaduhan antara para penyokong kerajaan dan penentang.

“Kumpulan Ansar Hezbollah datang dan mahu mengganggu pengebumian.

“Mereka (anggota kumpulan itu) meninggalkan upacara pengebumian itu selepas bergaduh dengan sekumpulan penduduk,” kata laman web Rahesabz.net.

Ulama itu merupakan arkitek Revolusi Islam pada 1979 yang menggulingkan pemerintahan beraja Shah Iran dikebumikan di kawasan makam pemimpin ternama Syiah, Masoumeh di bandar Qom. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Bomoh pijak pesakit

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.

Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.

“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.

“Saya yakin ia pasti akan menjadi perbicaraan yang menarik.” – Agensi 

Selasa, 22 Disember 2009
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.