Demostrasi UMNO depan SUK 1hb.Disember 2009

Pada malam 30hb.November 2009, saya dimaklumkan bahawa Umno Kelantan bertekad mengadakan demostrasi di hadapan pejabat SUK pada pagi 1hb.Disember 2009. Setelah diselidiki, rata-rata mereka yang dijemput berdemostrasi adalah atas alasan yang sama; iaitu mendesak Tok Guru dan menantunya Arif Fahmi meletak jawatan masing-masing. Desakan nak suruh Arif letak jawatan tuh munasabah. Kalau orang Umno tak berdemostrasi pun memang ramai orang PAS tak setuju dalam soal nih. Kenapa perlu kita peduli dia akan kehilangan kerja ataupun tidak. Ramai lagi rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu dipedulikan oleh kerajaan PAS Kelantan.. Namun untuk mendesak Tok Guru turut meletak jawatan dalam situasi beliau didesak bagaikan sebuah flight yang perlu melalui satu emergency landing amatlah tidak wajar kerana beliau ini seorang yang berjiwa ikhlas meskipun sering dianiayai oleh tindakan serta sikap mereka yang suka berlegar di sekelilingnya.   Tidak dinafikan Tok Guru memang sudah tua. Namun sebagai seorang tua yang terhormat dan banyak berjasa kepada PAS, sudah tentu proses perletakkan jawatannya perlu dilakukan secara terhormat dan biarlah kena pada masanya.

“Apa boleh buat….. they all nak berdemostrasi. Lagikan puak Pakatan Rakyat pun selalu buat, takkan hasrat Umno untuk berdemostrasi pun harus disekat. Biarkanlah…esok pagi aku nak pergi tengok ramai mana rakyat Kelantan (pengundi atas pagar) yang sanggup bersama puak Umno kat pejabat SUK” bisik hati kecil saya sendirian.

Dipendekkan cerita, pada pagi 1hb.Disember 2009 (pukul 9:30 pagi) saya keluar rumah dengan menaiki motosikal untuk cari nasi berlauk. Saya lalu di depan pejabat JKR dan ternampak deretan beca roda tiga (lebih kurang 30) di parking di depan pejabat itu. Saya memberhentikan motorsikal dan bertanya kepada salah seorang penarik beca (Pak Bakaq  si Penarik Beca tak terlibat) yang berada di situ “Ada apa ramai-ramai nih?”. “Jawab salah seorang daripada mereka dengan nada agak cemas “Kita pun tak tahu apa..Cuma kita (semua penarik beca) diajak  maghi dan berkumpul di depan pejabat SUK”. “OH gitu….tak po lah” saya pun meninggalkan mereka dan terus menuju ke rumah. Jawaban yang diberi oleh orang tadi menunjukkan bahawa dia sebenarnya tahu kenapa para penarik beca diminta berkumpul di situ dan dia sebenarnya menerima bayaran untuk berbuat demikian. Kalau dapat sebanyak rm 20/= seorang pun dah jadilah untuk tempoh beberapa jam melempak kat depan SUK. Kalau mereka mengayuh beca dalam tempoh masa dua jam pun belum tentu dapat duit rm 20/=. Air muka para penaik beca pun selamba seolah-olah tiada rasa marah kepada Tok Guru Nik Aziz. Biasanya sesiapa yang menyertai demostrasi, sifat marah dan emosi mereka selalunya melonjak dan meronta sebagai tanda tidak puas hati. 

Selepas makan pagi, saya bersiap dengan kamera dan terus menuju ke pejabat SUK. Kebetulan saya sampai tepat pada masanya. Terkejut  juga melihat jumlah mereka yang hadir itu adalah terlalu sedikit. Sedangkan Umno mengerah rakyat dan para ahlinya di seluruh negeri Kelantan untuk turut serta. Saya terus berjalan di celah-celah orang ramai yang memegang kain rentang dengan berbagai luahan hati. Setelah diamati dengan teliti, saya dapat jumlah mereka yang berada di depan (luar pagar) pejabat SUK adalah lebih kurang 1,000 (campur semua sekali termasuk anggota FRU dan ahli PAS). Polis dan para anggota FRU berada betul-betul di hadapan pagar SUK.

Manakala ahli-ahli PAS berada di luar pagar SUK (bahagian depan) dan di dalam pagar SUK. Di bahagian tepi sebelah kanan (di hadapan pejabat PMBK), kebanyakkannya adalah orang ramai  (orang awam) yang datang berkumpul untuk melihat gelagat dan aksi sarkas  puak Umno yang berada di bahagian tengah laman pagar.

Tiba-tiba kedengaran suara puak Umno berselawat sambil berjalan beramai-ramai untuk menghampiri pagar SUK. Jumlah sebenar yang berdemostrasi hanyalah sekitar 300 orang sahaja. Masa itu saya lihat ramai dikalangan mereka yang berada di dalam pagar SUK sudah resah termasuk Abe Jak (Razak Abbas) sendiri.  

Selang beberapa minit kemudian, Abe jak keluar untuk minta berunding tapi permintaan beliau tidak dilayan oleh puak UMNO “Kita tak terima Pak Jak!…dia barang reject!……..kita hanya nak serah memorandum kepada Nik Aziz…..ataupun mana-mana Exco….Husam pun tak po!” jerit salah seorang daripada mereka. “Kita tak nak memorandum ini dikoyak di tengah jalan!” sahut yang lain.  Abe Jak berlalu hampa dan terus menuju ke dalam pagar SUK. Kemudian diadakan pula majlis berdoa oleh seorang ustaz (saya pun tak kenal dia) agar Tuhan menerima permintaan mereka. Kemudian saya meninggalkan pagar depan SUK untuk meninjau dan mengambil gambar di kawasan sekelling. Hasil pengamatan saya; jelas sekali, rakyat tidak termakan dakyah Umno untuk keluar beramai-ramai  berdemostrasi. Selepas itu saya terpandang Ustaz Nor Idris berucap di hadapan para wartawan dengan menghighlightkan “Adalah perkara yang zalim dan tidak benar untuk menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam”. Fuyoooo!!! susah otak saya nak terima kenyataan yang dibuat oleh bekas pensyarah universiti ini.

 Selang beberapa minit kemudian, hujan rahmat turun dengan lebatnya menghambat mereka yang berkumpul. Mereka bertempiaran lari mencari tempat berteduh. Apa yang jelas, ramai di kalangan mereka yang lari balik naik kenderaan masing-masing dan terus meninggalkan bangunan SUK. Tindakan ini menunjukkan mereka semua ini berdemostrasi bukan kerana hati mereka yang inginkan sedemikian tetapi sebaliknya hati mereka ditambat dengan wang ringgit. Jika hati mereka yang meronta untuk berdemostrasi, sudah pasti mereka tetap teguh berdiri meskipun ditimpa hujan lebat sekian mana sekalipun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: