Jawatan No.1, 2 dan 3 perlu disandang Ulama’ PAS?

Beberapa bulan yang lalu mungkin ramai yang belum lupa betapa seriousnya Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi (Ketua Dewan Ulama’  PAS Kelantan) mengingatkan sekalian ahli-ahli PAS; Jawatan no.1, 2 dan 3 perlu disandang oleh ulama’. Dengan kata lain, ulama’ yang dimaksudkan oleh beliau ialah mereka yang terpilih berada dalam Dewan Ulama PAS sama ada di peringkat negeri ataupun di pusat. Saranan ini boleh dikatakan disokong bulat oleh puak-puak ustaz dalam PAS. Bagi mereka, jawatan penting mesti disandang, soal tanggungjawab pula belakang kira. Persoalannya; apakah tuntutan Ustaz Mat Iraq ini satu keperluan yang mesti dipenuhi? Sudah tentu tidak. Jika diteliti, selain memiliki Dewan Ulama’ PAS Pusat, PAS juga turut memiliki Dewan-Dewan Ulama’ PAS di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Namun apakah sebenar fungsi utama semua Dewan Ulama’ ini? Adakah memadai dengan hanya mempamerkan beberapa orang yang dianggap tokoh tapi tidak berprotokol memimpin dan hanya tahu bertaqlid? Atau memadai dengan mengemukakan ke khalayak ramai mereka yang berserban, berjubah, berbaju melayu serta berjanggut daripada kalangan lepasan jurusan agama  tapi hanya sekadar tak ubah macam setan bisu? Apakah setan bisu hanya wujud dalam Barisan Nasional saja? Setiap kali UMNO mengutarakan permasalahan politik dan agama, Dewan Ulama’ PAS di setiap negeri terutama di Kelantan hanya membisu kelu seribu bahasa dengan membiarkan Tok Guru Nik Aziz berhempas pulas menjawab hujjah-hujjah UMNO. Semasa Tok Guru bergelut dengan isu istilah “Tuhan Samseng”, Dewan Ulama’ hanya berdiam diri. Secara dalaman, perkara itu juga tidak dibahas. Ketika UMNO memanipulasikan isu golongan non-muslim tidak boleh baca al-Quran, dimanakah ulama’-ulama’ PAS? Di manakah peranan Dewan Ulama PAS negeri Kelantan? Berkaitan isu doa laknat yang digembar-gemburkan oleh Tok Guru kerana wang royalti rakyat dicuri, di manakah peranan Dewan Ulama’ PAS seluruh Malaysia??  Dimanakah ulama-ulama PAS yang lain yang sefesyen dengan Mat Iraq? Adakah memadai dengan hanya mengumumkan diri mereka berdiri teguh di belakang Tok Guru tanpa berusaha menjawab segala hujjah  UMNO secara ilmiah dengan membelek dan meneliti kitab-kitab yang berkaitan dengan setiap permasalahan?  Dalam masalah Unity Government pun Dewan Ulama’ PAS Kelantan duk senyap sepi. Kalau pasal jawatan bukan main cepat lagi nak yang no. 1, 2 dan 3 tapi dalam masalah berdepan dengan hujjah-hujjah UMNO, ulama’-ulama’ ini mengbisu sahaja. Itu baru bab menjawab isu dan hujjah-hujjah UMNO. Tak masuk lagi dalam bab susunan gerak kerja parti. Begitu juga tak masuk lagi dalam urusan tugas sebagai wakil rakyat bagi mana-mana ulama’ PAS yang menjawat jawatan wakil rakyat. Kalau nak dikira dan ditelitikan semua sekali dalam urusan gerak kerja parti dan tugasan sebagai wakil rakyat, golongan yang digelar ulama’ lah yang paling lemah. Apa yang penting dan perlu diambil tahu oleh sekalian rakyat Malaysia ialah; Ulama’ PAS juga mempunyai nafsu dan bukannya malaikat. Adakala nafsu mereka ini lebih besar daripada ahli-ahli PAS biasa yang tidak bertittlekan ulama’. Oleh itu, adakah wajar jawatan no.1, 2 dan 3 disandang oleh golongan ulama’ dalam PAS??? Fikir-fikirlah sendiri………..

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/35335-desakan-terhadap-nik-aziz-tanda-kekuatannya-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: