Ziarah Ustaz Ibrahim Mat

Petang tadi saya meluangkan masa melawat Ustaz Ibrahim Mat (lepasan B.A Nilam Puri YPTIK), bekas Penolong Kanan Maahad Muhammadi, Jalan Pengkalan Chepa. Tentu sekali para rakan yang pernah belajar satu sekolah dengan saya masih ingat serta mengenali tokoh pendidik ini. Sebab utama saya mengunjungi beliau ialah kerana saya seringkali teringatkan beliau setiap kali membelek mana-mana kitab nahu soraf bahasa Arab.  Buat pengetahuan umum, Ustaz Him ini pernah mengajar kami matapelajaran nahu soraf semasa kami berada dalam tingkatan dua dulu. Methodologi pendidikan dan pengajaran beliaulah yang membuatkan saya seringkali teringatkannya.

Saya kurang pasti sama ada  kaedah yang pernah digunakannya ini turut dipraktikkan oleh guru-guru matapelajaran bahasa Arab masa kini.  Jika belum atau masih ada dikalangan guru-guru yang belum pasti tentang kaedah berkesan mengajar bahasa Arab ini, saya syorkan agar cepat-cepatlah masuk mengadap dan menadah kaedah tersebut daripada nya demi kecemerlangan bahasa Arab para pelajar terutama sekali para pelajar  sekolah-sekolah YIK. Suatu ketika dulu, kaedah ini pernah dianggap kontroversi oleh pihak YIK kerana Ustaz Him jelas tidak mengikut kaedah pengajaran yang ditetapkan oleh YIK sendiri. Beliau lebih mengutamakan latihan tubi dalam kelas secara lisan dan bertulis berasaskan nota-nota wazan tasrif al-Afa’al (tasrif 14) yang disediakan oleh Ustaz Him sendiri serta perlu difahami serta dihayati oleh para pelajar dan tidak boleh dihafal sepertimana kemampuan oleh seekor burung kakaktua . Malah buku teks sekolah hanya dibenarkan dibelek dan diguna oleh beliau selepas tamat penggal pertama persekolahan.

Tentu rakan-rakan sekelas dengan saya masih ingat bagaimana cara beliau mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang gagal menjawab soal nahu soraf yang dikemukakannya. Ada dikalangan kita yang terpaksa berdiri sepanjang tempoh pengajian. Ada juga yang terpaksa duduk meringkuk di bawah meja gara-gara tidak bersungguh sepanjang sessi pengajian subjek tersebut. Dalam kunjungan ringkas itu, selain menghadiahkan kepada saya beberapa peralatan mengajar yang pernah beliau gunakan dulu, beliau juga mendedahkan kepada saya tentang ketidakmampuan para pelajarnya dalam tingkatan 5 dan 6 untuk membaca kitab Arab dengan betul merupakan faktor utama beliau mempertahankan kaedahnya itu.  Sebab utama ketidakmampuan ini ialah kerana ramai dikalangan mereka tidak menguasai matapelajaran nahu soraf sejak tingkatan 1 dan 2 lagi.

Masalah ini turut saya alami semasa saya bertugas sebagai guru bagi matapelajaran tersebut di SMUA Tarbiyah Mardhiyah Panchor dan SMUA Taqaddum Maarif, Pasir Tumboh. Pada ketika itu pihak sekolah mengamanahkan kepada saya untuk berusaha memperkasakan pengajian bahasa Arab di peringkat tingkatan 5 dan 6. Sayang sekali, maksud memperkasakan pengajian bahasa Arab itu sebenarnya lebih menjurus kepada usaha meninggikan peratusan sekolah bagi matapelajaran Bahasa Arab Tinggi (SPM) dan Nahu Soraf (STAM) sedangkan majoriti para pelajar adalah amat lemah dalam subjek tersebut lantaran tidak dapat menguasainya semenjak tingkatan 1 dan 2 dahulu. Bagi memulihkan situasi agar tidak berlarutan di masa hadapan, saya cuba memohon agar diberi peluang mengajar kelas-kelas tingkatan 1 dan 2 untuk subjek ini disamping mengendali kelas-kelas tingkatan 5 dan 6. Namun  permintaan saya ditolak dengan alasan bahawa bagi tingkatan-tingkatan bawah sudah ada tenaga pengajar yang mencukupi dan tak perlu lagi dilakukan rombakan masa serta agihan tugas para guru semata-mata kerana permintaan saya itu. Saya cuba juga mempraktikkan apa yang pernah dilakukan oleh Ustaz Him ke atas kami dulu kepada para pelajar tingkatan 5 dan 6 tetapi ramai yang memprostes kononnya tindakan saya tidak ada kena mengena dengan peperiksaan SPM dan STAM.

Untuk masa depan kecemerlangan matapelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah YIK, saya syorkan agar  methodologi pendidikan Ustaz Him ini diberi keutamaan oleh pihak YIK. Otak serta minda para pelajar perlu direvolusikan. Apa guna menghantar para pelajar ke Timur Tengah khususnya ke Mesir sedangkan mereka tidak mampu membaca kitab Arab dengan betul meskipun kerajaan Kelantan sanggup menghabiskan berjuta ringgit bagi pembinaan asrama di sana.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Catatan ini menyebakan saya teringat semula kisah lama – semasa tingkatan dua Maahad -. Hok nakal itulah yang rupanya masih mengingati guru dan menyebabkan yang tak berapa nakal dulu pun mengingatinya.

    Saya melihat bahawa corak pembelajaran bahasa Arab yang kita tempuh dahulu memang berbeza dengan adik-adik sekarang. Adik-adik di tingkatan enam sekarang tidak boleh bercakap dan membaca kitab Arab.

    Seingat saya, kita dulu-dulu semasa tingkatan tiga masa Ustaz Azhari bagi petikan Arab tanpa baris sudah boleh baca dengan agak betul.

    Di mana perbezaannya?

    Saya tengok ianya terjadi selepas YIK ambil sukatan dari Azhar dengan meninggalkan sukatan lama; Taabir, mutalaah, mahfuzaat hok kita dok hafal sejal dari kecil.

    Tentu haji ada jawapannya. Saya? Saya tidak terlibat dengan ajar-mengajar, tak tahu mana perkembangan sekarang.

    Reply

    • Sukatan yang diambil daripada al-Azhar itu semasa Ustaz Yahya Othman menjadi Exco itu tidak salah dan langkah itu menepati peredaran semasa. Yang sebenarnya guru-guru itulah yang perlu diupgrade (ditingkatkan) dan kaedah pengajaran dan penyampaian guru bagi menarik minat pelajar perlu dipertingkat kualitinya.

      Reply

  2. kita dilahirkan tidak tahu satu bahasa pun,dengan pengaruh percakapan dari ibubapa ,abang dankakak menjelang usia tiga tahun dah faham dan bolih bertutur bahasa kita walaupun tidak diajar nahw bahasa melayu.bagitu jugalah dengan bangsa lain diseluruh dunia ini.kemudian kita diajar menulis dan mengenal satiap hurf serta menyebutnya dengan betul sahinggalah kita diajar menulis perkataan yang ringkas dan mudah.akhir sekali barulah kita diajar apa itu tatabahasa ,nahu dan sebagainya.Belajar bahasa arab sepatutnya kita diajar bercakap arab dengan bahasa mudah harian yang ada di persekitaran kita dulu lepas tu ajar tulis huruf jawi serta sebutanya dan akhir sekali tulis perkataan arab yang mudah dan biasa digunakan harian barulah ajar nahw,sorf dan lainnya.Apa yang berlaku di negara kita ialah pendekatan nya terus menulis serta membunyikan huruf jawi dengan cantik dan baik sekali.,kemudian kita diajar nahu soraf dan sebagainya untuk bahasa arab atau belajar tajwed dan tarranum untuk alquran.Maka lahirlah pelajar yang lulus ujian bahasa arab tetapi tak pandai cakap arab dan pelajar pandai dan lunak baca alquraan tetapi tak faham ayat alquran’ Saya boleh bertutur sedikit bahasa cina(belajar untuk perniagaan saya)melalui belajar menyebut perkataan,hafalkan dan tulis bunyinya guna bahasa melayu kemudian saya bertutur dengan orang cina.Kalau silap sebut selalunya mereka akan betulkan Sahingga hari ini saya tak tahu langsung baca dan tulis bahasa cina tetepi saya bersyukur kerana dapat berurusniaga dengan lebih mudah.Anak arab pun lahirnya tak terus pandai cakap arab,mereka diajar dan tiru cakap orang sekelilingnya kemudian belajar tulis jawi dan lepes tu tulis perkataan serta perbedaharaan kata akhir sekali mereka belajar nahu soraf dan lain nya(itu pun jika minat) Itu sebabnya ada juga orang arab tak mahir bab nahu dan soraf ni walaupun mereka fasih dan pandai tulis serta tahu baca tulisan arab tanpa baris.Pendapat saya untuk menguasai bahasa arab atau bahasa apa pun ialah pertamanya kita mesti belajar bertutur dulu kemudian belajar mengenal huruf dan menulis perkataan mudah seterusnya tambah perbendaharaan kata dan cuba buat ayat ringkas dan mudah untuk dibaca walaupun nahunya tak betul.Bila dah tahu cakap,pandai tulis dan baca,banyak perbedaharaankata barulah kita belajar nahu soraf dan lain lain untuk membina ayat yang lebih betul dan tepat ertinya.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: