Antara blogger rakyat dan blogger parti politik.

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 20 Disember di Dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.Turut akan dilancarkan pada konvensyen tersebut adalah Kelab Blogger PAS sebagai pengiktirafan parti itu kepada penulis blog yang selama ini menyokong perjuangan PAS.Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, program tersebut juga kini dibuka bukan sahaja kepada ahli PAS malah kepada penyokong biasa.Ianya ekoran terlalu banyak permintaan yang mahu penyertaan ke program tersebut dibuka lebih luas.”Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat.” katanya.Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian dengan nmenghantar maklumat seperti nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat blog, email dan nombor telefon bimbit ke alamat email
penerangan.paspusat@yahoo.com. Tarik tutup pendaftaran pula adalah pada 18 Disember ini.”Manakala Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang,” katanya.

Towardsmardhatillah:

 Kalau parti-parti politik pembangkang mampu menubuhkan satu pakatan parti-parti politik yang dinamakan Pakatan Rakyat, memang status para blogger rakyat harus dipertikaikan. Saya pernah dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa ramai dikalangan Wakil Rakyat PAS tidak sebulu dengan  blogger rakyat dan hanya bersetuju (sebulu) dengan blogger PAS sahaja. Yang dimaksudkan dengan blogger PAS itu sebenarnya ialah; blogger yang mampu memahami dan menghayati wala’ secara membabi buta. Ini kerana ada segelintir wakil-wakil rakyat PAS turut merasa status mereka sering tergugat dengan sikap blogger rakyat macam saya nih. Bagi saya, soal amar maaruf bukan hanya dilakukan oleh ahli-ahli PAS saja dan kemungkaran pula  bukan hanya berlaku dikalangan ahli-ahli UMNO sahaja yang perlu ditegur. Malah soal amar maaruf nahi mungkar berlaku dalam mana-mana kelompok politik. Sebagai contoh; tindakan puak Unity Goverment yang cenderung ke arah perpaduan dengan pihak UMNO adalah satu kemungkaran yang perlu ditentang habis-habisan ketika mana Pakatan Rakyat sedang menuju ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang kuat. Oleh itu, jika ada dikalangan mana-mana pemimpin PAS yang pro -UG tidak bersetuju dengan golongan blogger seperti saya, maka secara  ikhlas saya nyatakan bahawa diri saya ini sedikitpun tak teringin untuk hadir sama dalam konvensyen blogger PAS berkenaan. Wakil-wakil rakyat PAS janganlah terlalu fanatik kepartian hingga membelakangkan konsep amar maaruf dan nahi mungkar sepertimana yang dianjurkan oleh syarak!  Saya memang menyokong PAS tapi bukan bererti saya tidak berhak menegur sikap serta salah laku wakil-wakil rakyat yang tidak cerdik  lagi melampau! Inilah perbezaan ketara antara blogger rakyat dan blogger parti politik…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: