Archive for December 16th, 2009

Lagi kisah Nik Amalina…..

Sebagai anak seorang pemimpin PAS (Mursyidul Am sebuah parti gerakan Islam), sewajarnya Nik Amalina menghayati dan menyelami kesusahan serta keperitan kehidupan rakyat Kelantan yang kurang bernasib baik kerana tidak berumah besar, tidak berjawatan tinggi dan tak mampu berkereta mewah. Kalau setakat Arif Fahmi digesa meletakkan jawatan CEO PMBK seberapa segera, mengapa harus berduka cita? Bukankah dia (Arif Fahmi) tidak sepatutnya menyandang jawatan tersebut? Bukankah sudah ada pihak yang bermurah hati menawarkan jawatan lain di jabatan lain kepada Arif Fahmi? Cubalah belajar corak atau gaya hidup berpada-pada. Apa gunanya ADUN Bukit Tuku menawarkan kepada Amalina untuk menyertai politik sedangkan tindak tanduknya selama ini menunjukkan dia (Amalina) tidak faham dan tidak mampu menghayati the meaning of politic is the art how to govern….

http://serisuri.wordpress.com/about/

http://kickdefella.wordpress.com/2009/12/12/dari-bazaar-tok-guru-jadi-busut-almenantunya/#comments

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/44848–suamiku-ir-abdul-ariffahmi-ab-rahman–nik-amalina-nik-aziz

http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story6184841.asp

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/46671-ariffahmi-persoal-sikap-membisu-husam

Tambahan:

Bagi entry bertajuk Lagi kisah nik amalina ini, saya didatangi satu permintaan daripada seseorang yang mengenalkan dirinya sebagai Kak Chik agar gambar Nik Amalina tidak dipamerkan dalam blog ini. Buat pengetahuan empunya diri yang membahasakan dirinya Kak Chik, gambar itu dipetik daripada Malaysia kini. Permintaan Kak Chik agar gambar tersebut didelete saya tunaikan. Tak perlulah nak ugut-ugut dengan saman di mahkamah pulak sebab saya pun bukan jenis penakut. Mungkin dia (Nik Amalina) rasa segan gambarnya  terpapar dalam entry ini setelah dirinya sudah jauh terlibat dalam media percaturan politik.