Archive for December 17th, 2009

Menarik tak poster baru untuk PRU-13 kelak?

Selepas berjam-jam melayari internet hari nih, akhirnya saya mengunjungi blog baganutama. Macam biasalah, dah memang hobi saya membaca. Tak kira, blog ke, buku ke, majalah ke…semuanya saya gomo.  Apa yang penting, setiap yang dibaca itu dapat menambah pengetahuan saya untuk diolah dan dinilai dengan lebih terperinci. Hati saya mulai tertarik dengan poster PRU-13 akan datang yang disiarkan dalam blog  http://baganutama.blogspot.com/ . Apa macam? Ada sesiapa nak komen?? Bagi saya; wujud ciri-ciri kreativiti dan kesenian unik yang cuba dipaparkan oleh individu perekanya.

Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM

Khamis Disember 17, 2009

PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk menghadkan subjek tambahan kepada Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.

“Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ia menyedarkan kami bahawa ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.

“Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolah kita,” katanya.

Yap berkata, pihak majlis meminta kementerian supaya memberikan pilihan kepada calon untuk memilih dua subjek tambahan yang ingin mereka ambil dalam peperiksaan itu. – BERNAMA