Archive for December 18th, 2009

Amaran Tok Guru kepada Nik Aziz

Mungkin ramai dikalangan ahli-ahli PAS memilik buku berjodol Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam; Kelantan di Bawah Kepimpinan Ulamak. Buku ini diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik pada tahun 2000 dan disunting oleh Dinsman. Ia mengandungi sebanyak 11 artikel yang disediakan oleh beberapa orang aktivis utama PAS dan juga satu lampiran  Kelantan Sepintas Lalu yang disediakan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Yang paling menarik sekali ialah artikel dalam halaman 50-51 oleh Zainuddin Awang Hamat dan Dinsman. Antara petikannya ialah;

Sewaktu berucap kepada mahasiswa –mahasiswi Kelantan sempena Aidilfitri pada 5 Mac 1995, di Kota Bharu, Tok Guru Dato’ Nik Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan telah mendedahkan satu rahsia dirinya berhubung dengan kepimpinan dan pentadbiran negeri. Katanya “Empat tahun lebih saya pegang Kelantan, Allah s.w.t tidak beri kepada saya rasa cemas mengenai dengan kedudukan kewangan walaupun pihak lawan kita, pihak yang tidak bersetuju dengan kita bersungguh sangat untuk hendak menjejaskan kewangan”.

Tok Guru Nik Aziz tidak berasa cemas dengan kedudukan kewangan negeri Kelantan yang bukan sahaja tidak mencukupi tetapi sering pula disabotaj oleh pihak tertentu. Mengapa dia tidak cemas? Jawabnya ialah kerana ada perkara lain yang lebih mencemaskan dia. Apakah perkara lain yang begitu penting hingga mencemaskan dia lebih daripada masalah kewangan negeri yang tidak mencukupi itu ? “Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat”. Kebimbangan begitu timbul kerana beliau telah melihat banyak sekali pemimpin di dunia ini bersikap demikian. Ada juga yang pada mulanya baik tetapi setelah agak lama berkuasa, fikiran dan sikapnya berubah kepada mementingkan diri, keluarga dan kroni. Hal ini turut berlaku kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di Negara kita. Maka tidak ada cara lain untuk mengelak daripada berlakunya penyelewengan di dalam diri sendiri seperti itu melainkan dengan sentiasa patuh kepada perintah Allah dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui sembahyang sunat tengah malam dan lain-lain amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan itulah yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Towardsmardhatillah:

Petikan buku ini merupakan amaran kepada diri Tok Guru sendiri. Jika benar Arif Fahmi menghormati Tok Guru Nik Aziz selaku bapa mertuanya, beliau wajar berundur . Perlantikan beliau sebagai CEO PMBK adalah satu kesilapan. Jangan menyusahkan jiwa Tok Guru lagi !