Amaran Tok Guru kepada Nik Aziz

Mungkin ramai dikalangan ahli-ahli PAS memilik buku berjodol Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam; Kelantan di Bawah Kepimpinan Ulamak. Buku ini diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik pada tahun 2000 dan disunting oleh Dinsman. Ia mengandungi sebanyak 11 artikel yang disediakan oleh beberapa orang aktivis utama PAS dan juga satu lampiran  Kelantan Sepintas Lalu yang disediakan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Yang paling menarik sekali ialah artikel dalam halaman 50-51 oleh Zainuddin Awang Hamat dan Dinsman. Antara petikannya ialah;

Sewaktu berucap kepada mahasiswa –mahasiswi Kelantan sempena Aidilfitri pada 5 Mac 1995, di Kota Bharu, Tok Guru Dato’ Nik Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan telah mendedahkan satu rahsia dirinya berhubung dengan kepimpinan dan pentadbiran negeri. Katanya “Empat tahun lebih saya pegang Kelantan, Allah s.w.t tidak beri kepada saya rasa cemas mengenai dengan kedudukan kewangan walaupun pihak lawan kita, pihak yang tidak bersetuju dengan kita bersungguh sangat untuk hendak menjejaskan kewangan”.

Tok Guru Nik Aziz tidak berasa cemas dengan kedudukan kewangan negeri Kelantan yang bukan sahaja tidak mencukupi tetapi sering pula disabotaj oleh pihak tertentu. Mengapa dia tidak cemas? Jawabnya ialah kerana ada perkara lain yang lebih mencemaskan dia. Apakah perkara lain yang begitu penting hingga mencemaskan dia lebih daripada masalah kewangan negeri yang tidak mencukupi itu ? “Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat”. Kebimbangan begitu timbul kerana beliau telah melihat banyak sekali pemimpin di dunia ini bersikap demikian. Ada juga yang pada mulanya baik tetapi setelah agak lama berkuasa, fikiran dan sikapnya berubah kepada mementingkan diri, keluarga dan kroni. Hal ini turut berlaku kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di Negara kita. Maka tidak ada cara lain untuk mengelak daripada berlakunya penyelewengan di dalam diri sendiri seperti itu melainkan dengan sentiasa patuh kepada perintah Allah dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui sembahyang sunat tengah malam dan lain-lain amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan itulah yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Towardsmardhatillah:

Petikan buku ini merupakan amaran kepada diri Tok Guru sendiri. Jika benar Arif Fahmi menghormati Tok Guru Nik Aziz selaku bapa mertuanya, beliau wajar berundur . Perlantikan beliau sebagai CEO PMBK adalah satu kesilapan. Jangan menyusahkan jiwa Tok Guru lagi !

6 responses to this post.

  1. […] Dipetik dari blog Hj Hidzelan […]

    Reply

  2. Posted by Bakal EXCO on 20 December 2009 at 5:06 am

    Inilah akibat kerja-kerja penasihat yang salah kepada Tok Guru, sebagaimana luahan hati dalam blog anaknya Nik Abduh

    Reply

  3. Posted by kick debola on 25 December 2009 at 7:25 am

    Exco dapurkah penasihat sesat yang dimaksudkan oleh Nik Abduh ?

    Reply

  4. Posted by ibni-baittutah on 4 February 2010 at 4:56 pm

    Akak

    Kalau kita mengatakan ada exco yang hatinya sudah berpenyakit…sudah tentu Bulatan Exco yang sebulat suara tadi semua di hatinya ada penyakit, sebab kenapa saya kata begitu?. Mejoriti perbincangan dan pendapat didalam mesyuarat itu memutuskan ia perlu meletak jawatan kerana ianya telah melanggar prosedure perlantikan jawatan yang sebenar, itu sahaja pada mulanya.
    Exco ini mendapat maklumat secara tidak sengaja, faham je lah dari sapa.Kerana exco ini biasa lah wakil rakyat, dengan tok pa, awang soh pung pernah makan sama selepas persindangan dewan. Tetapi mereka yang bercerita tentang perancang pendedahan ini pun TEPEPANJAT kerana, mereka tidak menyangka yang exco ni melaporkan kepada Pengerusi. Macam ni!

    – Exco ngoyak…niey ambo nok ngoyak ni pengerusi, ambo dengar ado kawe umbo neiy ado bagi tahu pasal kita Lepas Pandang Tentang Jawatatey CEO neiy…guano kita nok buakt neiy, ambo takut kecoh nanti, ambo doh cek doh pasal prosedure perlantkkan neiy, ado silap sikit.

    – Pengerusi kecek….yo ko lo neiy kiro silap ko?…ambo tok pikir guano lagu tuuu…Takpo mu ngoyak panggil sukmo bincey hal neiy, nanti lambat habis kito.

    – Exco ngoyak lagi….Tuan pengerusi, mace mano AfundiArifFahmi neiy….ambo serba saloh nok ngoyak pado dio.

    – Pengerusi kecek….Takpo tuan kita bawok bince dulu…nanti ambo kelik bincey dengey dio deh…Tetap key hari mesyuarat.Kito nok minto pendapat….Gapo tok ngoyak dulu pasal hal neiy.

    Setakat itu sahaja endingnya.Untuk cerita di dalam mesyuarat harap maklum ianya tidak boleh di siarkan di atas sebab-sebab tertentu. Ini kalau bukan fakta lagi tak tahu lah.
    Fakta atau Auta:
    Beruk yang panjat pokok kelapa itu pun perlu di latih bermula seumur 3 bulan keatas. Kajian yang telah dibuat, beruk-beruk di ladang kelapa di Bangan Datoh,Perak pada masa dahulu, tidak boleh Berperanan memanjat pokok kelapa.
    Kerana Apa?…..Sebabnya adalah Faktor bahasa… kerana pada masa dahulu hanya di Negeri Kelantan sahaja mempunyai cerdik pandai yang menjadi guru pada beruk-beruk ini. Beruk-beruk ini di latih oleh jurulatih negeri Kelantan dan loghat bahasanya dalah bahasa Kelantan sehingga beruk tersebut mencapai umur kematangan dan mendapat cukup latihan selama sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun. Selepas itu ia akan diserahkan kembali kepada tuan punya beruk yang telah beruknya mendapatkan latihan memanjat tersebut.
    Setelah berlakunya kejadian itu, mengenai bahasa yang tidak dapat beruk fahami, beruk-beruk tadi terpaksa di kembali dan di hantar balik ke negeri asal dan bahasanya. Sehingga sekarang negeri Kelantan terkenal dengan pusat melatih beruk, yang terdapat di Bachok, Jeli, Gua Musang dan sebahagian tempat lain di Kelantan.

    Tiada penyakit yang tidak boleh diubati…melainkan kita mengamalkan Al-Syifa….Al-Syfa itu apa?….ia mengandungi dan tertulis di dalam Kalam Allah.

    Reply

  5. Posted by ibni-baittutah on 7 February 2010 at 3:10 pm

    Kepada Pecinta Wang Ehsan bukan Becinta Royalty.

    Wang Ehsan DiUtamakan…..Royalty Di Jahanamkan.

    Lepas dapat Wang Ehsan…
    1. Nanti buat:…. Stadium baru kat Kelantan yeee…
    2. Buat…Tempat bus stand baru…tapi jangan tunggu bus kat bawah dia silap-silap bocor kepala hotak ko.
    3. Buat bumbung tempat letak kereta pejabat negeri ye…nanti jangan lupa beli insurance banyak-banyak, mahal-mahal kereta ko atau motor ko tu…nanti dapat claim balik duit insurance.
    4. Buat bazaar ada kolam mandi di atas dia…kat bawah pun dapat rasa air jugak, kalau ko tak dapat mandi kat kolam tu…dengan bawah pun boleh rasa air kolam dari kat atas tu.
    5. Buat Replika tau banyak-banyak…boleh main sorok-sorok…budak-budak suka pegi kat situ nanti…jangan lupa pakai helmet kat kepala, baik-baik terhantuk kepala nanti. Jangan selalu sangat masuk kat dalam replika tu, kacau je mat lempek lak dengan labu-labunya.
    6. Buat jembatan…tapi jangan lupa bawa pelampung kecemasan nanti…demi langkah-langkah keselamatan.Bawah tu jembatan tu dalam, nampak air dia.

    Jangan lupa join dengan depa ya….
    Dekat Terengganu semua dah ada tu benda-benda tu. Hasil wang Ehsan…bukan Royalty tau.
    Kelantan je belum ada lagi macam Terengganu dapat.
    Cakap dekat dia orang ye.
    Jangan mintak royalty…minta wang ehsan, nanti dapat buat projek tu. Alah kalau runtuh pun dapat wang ehsan juga lagi sampai 2 billion pun takpe nak jadi gantirugi balik.
    Wang ehsan 20 juta je….nanti boleh repair balik kalau runtuh…tak kira samapi 2 billion pung takpe.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: