Archive for December 19th, 2009

Wacana Perdana; Islam di Malaysia realiti dan harapan

Semasa diadakan Wacana Perdana bertajuk “Islam di Malaysia;Realiti dan Harapan” di Kelantan Trade Centre, saya berada di Mydin Kota Bharu untuk membeli kelengkapan sekolah dan pakaian seragam bagi  anak saya yang bakal menduduki darjah satu pada awal tahun 2010 ini. Lantaran itu, saya tidak sempat menyaksikan secara live program wacana tersebut. Walaupun begitu, keesokkan harinya, seorang rakan menghadiahkan kepada saya rakaman VCD wacana tersebut. Ahli-ahli panelnya ialah Dato’ Nik Amar, Dr.Mohd.Asri, Dato’ Hj.Nakhie Ahmad dan Ustaz Afandi Yusof. Manakala moderatornya pula ialah Dr.Mohammad Agus.  Setelah diamati rakaman VCD tersebut, ada beberapa segmen yang begitu menarik bagi saya. Saya dapati dua orang daripada ahli panelnya, iaitu Dato’ Nakhaie Ahmad dan Dr. Asri menggunakan pentas yang dilabelkan “wacana” ini sebagai medan untuk mereka berdua menjelaskan pendirian mereka serta sekaligus mempertahankan diri masing-masing daripada segala bentuk isu yang dihadapi. Dr.Asri membela dirinya daripada dituduh sebagai wahabbi dan mendakwa JAIS lebih wajar bertindak menyelesaikan beberapa kes cerai dalam masyakarat yang tertangguh lama daripada mengambil tindakan ke atas dirinya kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor. Dalam usaha membela dirinya, Dr. Asri turut  mengatakan bahawa Dr. Wahbah al-Zuhaili dan al-Syeikh al-Qaradhawi pernah memuji Muhammad Abdul Wahhab (Wahhabi). Perlu diingat; dari sudut politik dan juga sudut akademik, Wahhabi juga sering dipuji oleh sesetengah ahli akademi (para pensyarah university) dan ahli-ahli politik. Namun dalam beberapa segi yang wujud dalam kedua-dua sudut itu pun begitu banyak unsur negatif muncul hasil daripada gerakan Wahhabi ini.  Adalah amat tidak benar sama sekali jika dikaitkan antara Wahhabi (al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab)  dengan Ibn Taimiyyah sebagai dua insan yang sehati sejiwa dalam mengembangkan fahaman negatif tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Malah kedua-duanya (Ibn Taimiyyah dan Wahhabi) hidup pada zaman yang berbeza. Meskipun dari segi fakta sejarah, Wahhabi pernah mendalami mazhab Hanbali, namun beliau kemudiannya meninggalkan pegangan mazhab tersebut (mazhab yang dipegang oleh majority ahli keluarganya). Peranannya semakin menyerlah setelah pihak kerajaan al-Saud di Negara Arab Saudi mula membuka ruangan untuk beliau mengembangkan dakwah Wahhabiyyah di bumi tersebut. Memang mengambil masa yang panjang untuk dihuraikan apakah itu sebenarnya Wahhabi. Namun apa yang penting perlu difahami oleh kita semua ialah; wahhabi itu umpama sepohon dedalu yang mampu merosakkan pohon yang ditumpanginya seperti kelompok kaum Muda yang pernah menerkam kaum Tua. Dengan kata lain; Wahhabi ini berusaha hidup dalam mana-mana kelompok umat Islam sama ada dalam mazhab fiqh ataupun parti politik dan kemudiannya menghancurkan fikrah mereka secara halus. (Sila rujuk buku saya; Perancangan Jahat British dalam menghancurkan Negara Islam –Memo Mr.Hampery). Dalam pada itu, Dr.Asri berjaya mengupas tentang masalah doa perkara negatif ke atas golongan yang menzalimi orang lain dengan baik.

Manakala Dato’ Nakhaie pula cuba mempamerkan bahawa status serta peranan beliau di YADIM adalah lebih utama  dibandingkan semasa beliau berada dalam PAS satu ketika dahulu. Menurut Dato’ Nakhaie, di YADIM beliau berpeluangkan mengislamkan beribu-ribu orang sedangkan semasa berada dalam PAS dulu beliau tidak berpeluang langsung untuk mengislamkan golongan non-muslims di Malaysia.

Sementara bagi ahli panel PAS, Dato’ Nik Amar dan wakil daripada UMNO, Ustaz Afandi Yusoff, program wacana digunakan sepenuhnya untuk saling  menjatuhkan pihak lawan masing-masing. Akhirnya wacana  berubah menjadi program debat secara tak langsung. Kehangatan sorakan semangat dan pekikan  para penyokong kedua buah parti saling kedengaran. Sepanjang program, hujjah-hujjah  yang diluahkan oleh Ustaz Afandi sama ada berkaitan pembangunan di Kelantan (seperti ketiadaan pembinaan masjid di Kelantan) dan juga berkaitan isu royalty minyak bagi rakyat Kelantan adalah amat mudah dipatahkan oleh Dato’ Nik Amar secara spontan. Namun yang paling mengejut dan menduka citakan saya ialah apabila Ustaz Afandi menuduh PAS mengatakan UMNO kafir setelah diputuskan dalam satu mesyuarat di Kediaman JKR 10 (Tuduhan ini turut dinyatakan dalam buku Sejarah UMNO Kelantan oleh Mohd.Zain Salleh). Sepatutnya Dato’ Nik Amar menafikan tuduhan Ustaz Afandi itu kerana PAS tidak pernah memutuskan sedemikian ( sila rujuk minit Mesyuarat Perhubungan PAS bertarikh 19hb.Ogos 1963 dan juga fatwa oleh Dato’ Kaya Purba, Mufti Haji Ahmad Maher bin Hj. Ismail).

Akhir sekali, tahniah kepada Tuan Moderator Dr. Mohammad Agus kerana berjaya menghangatkan suasana majlis dengan soalan-soalan yang boleh dianggap sebagai smash yang agak tajam.

Wasiat Nabi kepada Sayyidina Ali

 

 

Bagi mengumpul dana pembinaan Pusat Tarbiyahnya di Banggol Judah, Machang, Ustaz Yahya Othman mengambil inisiatif menterjemahkan buku Washoya al-Nabi Solallahu alaihi wa sallam li sayyidina Ali karrama Allahu wajhah (Wasiat Nabi s.a.w kepada Sayyina Ali Karrama Allahu wajhah) ke dalam bahasa Melayu. Secara ringkas diulas; buku ini mengandungi sebanyak 99 wasiat Rasulullah kepada Sayyidina Ali bin Abi Talib yang sebaik-baiknya diketahui oleh sekalian umat Islam. Untuk tatapan umum pengunjung blog ini, saya paparkan satu  sahaja wasiat daripada 99 wasiat itu, iaitu;

i)                    Wasiat 40: Kesan orang alim yang tidak bertaqwa

Wahai Ali! Apabila tiada lagi orang alim bertaqwa, nescaya jadilah nasihatnya kepada hati-hati manusia sebagaimana setitis air di atas telur kasuari dan batu yang licin.

Untuk mengetahui wasiat-wasiat yang selebihnya, para pembaca budiman sekalian kenalah beli buku kecil ini sambil menderma dengan menghubungi   al-Syeikh al-Ustaz Yahya Othman no.handphone:  013-9673557. Semoga usaha kita bersama ini diredhai Allah Taala.

Siapa pemilik Honda elyson ini?

Sila baca laman web ini

http://www.malaysiawaves.com/2009/12/siapa-pemilik-honda-elyson-ini.html

Towardsmardhatillah:  Ada seorang rakan bertanya kepada saya “Siapakah pemilik kereta Honda Elyson nombor plet PAS 17? Saya jawab “Ambo tak tahu siapa pemiliknya. Cuma ambo difahamkan  bahwa Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz lebih mengetahui tentang kereta ini. Betul ataupun tidak…ambo sendiri pun tak tahu”.