Wacana Perdana; Islam di Malaysia realiti dan harapan

Semasa diadakan Wacana Perdana bertajuk “Islam di Malaysia;Realiti dan Harapan” di Kelantan Trade Centre, saya berada di Mydin Kota Bharu untuk membeli kelengkapan sekolah dan pakaian seragam bagi  anak saya yang bakal menduduki darjah satu pada awal tahun 2010 ini. Lantaran itu, saya tidak sempat menyaksikan secara live program wacana tersebut. Walaupun begitu, keesokkan harinya, seorang rakan menghadiahkan kepada saya rakaman VCD wacana tersebut. Ahli-ahli panelnya ialah Dato’ Nik Amar, Dr.Mohd.Asri, Dato’ Hj.Nakhie Ahmad dan Ustaz Afandi Yusof. Manakala moderatornya pula ialah Dr.Mohammad Agus.  Setelah diamati rakaman VCD tersebut, ada beberapa segmen yang begitu menarik bagi saya. Saya dapati dua orang daripada ahli panelnya, iaitu Dato’ Nakhaie Ahmad dan Dr. Asri menggunakan pentas yang dilabelkan “wacana” ini sebagai medan untuk mereka berdua menjelaskan pendirian mereka serta sekaligus mempertahankan diri masing-masing daripada segala bentuk isu yang dihadapi. Dr.Asri membela dirinya daripada dituduh sebagai wahabbi dan mendakwa JAIS lebih wajar bertindak menyelesaikan beberapa kes cerai dalam masyakarat yang tertangguh lama daripada mengambil tindakan ke atas dirinya kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor. Dalam usaha membela dirinya, Dr. Asri turut  mengatakan bahawa Dr. Wahbah al-Zuhaili dan al-Syeikh al-Qaradhawi pernah memuji Muhammad Abdul Wahhab (Wahhabi). Perlu diingat; dari sudut politik dan juga sudut akademik, Wahhabi juga sering dipuji oleh sesetengah ahli akademi (para pensyarah university) dan ahli-ahli politik. Namun dalam beberapa segi yang wujud dalam kedua-dua sudut itu pun begitu banyak unsur negatif muncul hasil daripada gerakan Wahhabi ini.  Adalah amat tidak benar sama sekali jika dikaitkan antara Wahhabi (al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab)  dengan Ibn Taimiyyah sebagai dua insan yang sehati sejiwa dalam mengembangkan fahaman negatif tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Malah kedua-duanya (Ibn Taimiyyah dan Wahhabi) hidup pada zaman yang berbeza. Meskipun dari segi fakta sejarah, Wahhabi pernah mendalami mazhab Hanbali, namun beliau kemudiannya meninggalkan pegangan mazhab tersebut (mazhab yang dipegang oleh majority ahli keluarganya). Peranannya semakin menyerlah setelah pihak kerajaan al-Saud di Negara Arab Saudi mula membuka ruangan untuk beliau mengembangkan dakwah Wahhabiyyah di bumi tersebut. Memang mengambil masa yang panjang untuk dihuraikan apakah itu sebenarnya Wahhabi. Namun apa yang penting perlu difahami oleh kita semua ialah; wahhabi itu umpama sepohon dedalu yang mampu merosakkan pohon yang ditumpanginya seperti kelompok kaum Muda yang pernah menerkam kaum Tua. Dengan kata lain; Wahhabi ini berusaha hidup dalam mana-mana kelompok umat Islam sama ada dalam mazhab fiqh ataupun parti politik dan kemudiannya menghancurkan fikrah mereka secara halus. (Sila rujuk buku saya; Perancangan Jahat British dalam menghancurkan Negara Islam –Memo Mr.Hampery). Dalam pada itu, Dr.Asri berjaya mengupas tentang masalah doa perkara negatif ke atas golongan yang menzalimi orang lain dengan baik.

Manakala Dato’ Nakhaie pula cuba mempamerkan bahawa status serta peranan beliau di YADIM adalah lebih utama  dibandingkan semasa beliau berada dalam PAS satu ketika dahulu. Menurut Dato’ Nakhaie, di YADIM beliau berpeluangkan mengislamkan beribu-ribu orang sedangkan semasa berada dalam PAS dulu beliau tidak berpeluang langsung untuk mengislamkan golongan non-muslims di Malaysia.

Sementara bagi ahli panel PAS, Dato’ Nik Amar dan wakil daripada UMNO, Ustaz Afandi Yusoff, program wacana digunakan sepenuhnya untuk saling  menjatuhkan pihak lawan masing-masing. Akhirnya wacana  berubah menjadi program debat secara tak langsung. Kehangatan sorakan semangat dan pekikan  para penyokong kedua buah parti saling kedengaran. Sepanjang program, hujjah-hujjah  yang diluahkan oleh Ustaz Afandi sama ada berkaitan pembangunan di Kelantan (seperti ketiadaan pembinaan masjid di Kelantan) dan juga berkaitan isu royalty minyak bagi rakyat Kelantan adalah amat mudah dipatahkan oleh Dato’ Nik Amar secara spontan. Namun yang paling mengejut dan menduka citakan saya ialah apabila Ustaz Afandi menuduh PAS mengatakan UMNO kafir setelah diputuskan dalam satu mesyuarat di Kediaman JKR 10 (Tuduhan ini turut dinyatakan dalam buku Sejarah UMNO Kelantan oleh Mohd.Zain Salleh). Sepatutnya Dato’ Nik Amar menafikan tuduhan Ustaz Afandi itu kerana PAS tidak pernah memutuskan sedemikian ( sila rujuk minit Mesyuarat Perhubungan PAS bertarikh 19hb.Ogos 1963 dan juga fatwa oleh Dato’ Kaya Purba, Mufti Haji Ahmad Maher bin Hj. Ismail).

Akhir sekali, tahniah kepada Tuan Moderator Dr. Mohammad Agus kerana berjaya menghangatkan suasana majlis dengan soalan-soalan yang boleh dianggap sebagai smash yang agak tajam.

2 responses to this post.

  1. Posted by ibni-baittutah on 6 February 2010 at 5:16 pm

    Mu tahu apa maksud PRIMA

    PersatuanRopiIkutMinumArak……
    Masih ingat lagi Central Market..Kuala Lumpur 1988.
    Ada jugak penulis balik kampung jadi baik. Takot-takot budak-budak yang nak di latih jadi blogers konon tu, jadi hancur jugak. Aku tak boleh nak lupakan Tragedi 1993 dan Black September, siapa dalang tulis dalam paper tu….uhhh panas lagi. Sampai lubang cacing pung aku cari……uhhh

    Reply

  2. Posted by ibni-baittutah on 7 February 2010 at 3:02 pm

    Kepada Pecinta Wang Ehsan bukan Becinta Royalty.

    Wang Ehsan DiUtamakan…..Royalty Di Jahanamkan.

    Lepas dapat Wang Ehsan…
    1. Nanti buat:…. Stadium baru kat Kelantan yeee…
    2. Buat…Tempat bus stand baru…tapi jangan tunggu bus kat bawah dia silap-silap bocor kepala hotak ko.
    3. Buat bumbung tempat letak kereta pejabat negeri ye…nanti jangan lupa beli insurance banyak-banyak, mahal-mahal kereta ko atau motor ko tu…nanti dapat claim balik duit insurance.
    4. Buat bazaar ada kolam mandi di atas dia…kat bawah pun dapat rasa air jugak, kalau ko tak dapat mandi kat kolam tu…dengan bawah pun boleh rasa air kolam dari kat atas tu.
    5. Buat Replika tau banyak-banyak…boleh main sorok-sorok…budak-budak suka pegi kat situ nanti…jangan lupa pakai helmet kat kepala, baik-baik terhantuk kepala nanti. Jangan selalu sangat masuk kat dalam replika tu, kacau je mat lempek lak dengan labu-labunya.
    6. Buat jembatan…tapi jangan lupa bawa pelampung kecemasan nanti…demi langkah-langkah keselamatan.Bawah tu jembatan tu dalam, nampak air dia.

    Jangan lupa join dengan depa ya….
    Dekat Terengganu semua dah ada tu benda-benda tu. Hasil wang Ehsan…bukan Royalty tau.
    Kelantan je belum ada lagi macam Terengganu dapat.
    Cakap dekat dia orang ye.
    Jangan mintak royalty…minta wang ehsan, nanti dapat buat projek tu. Alah kalau runtuh pun dapat wang ehsan juga lagi sampai 2 billion pun takpe nak jadi gantirugi balik.
    Wang ehsan 20 juta je….nanti boleh repair balik kalau runtuh…tak kira samapi 2 billion pung takpe.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: