Archive for December 22nd, 2009

Rusuhan pengebumian ulama Iran

 

TEHERAN – Polis Iran bertempur dengan penyokong-penyokong arkitek Revolusi Iran, Ayatollah Hossein Ali Montazeri (gambar) selepas pengebumian ulama terkenal itu di Qom, 1,081 kilometer dari sini semalam.

Ayatollah Hossein meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berusia 87 tahun dan dia amat diingati kerana memberi inspirasi kepada rerformis Iran dan aktivis hak asasi serta mengkritik rejim ulama.

“Menurut laporan, polis dan pasukan keselamatan bertempur dengan sekumpulan orang ramai selepas pengebumian Ayatollah Hossein Ali,” lapor laman web pembangkang, Kaleme.org.

“Anggota-anggota polis menangani tindakan orang ramai yang menjerit slogan di depan rumahnya manakala terdapat sejumlah orang membaling batu ke arah mereka,” kata laporan tersebut.

Laman itu melaporkan ratusan ribu penduduk menghadiri majlis pengebumian tersebut dan sebahagian besar mereka memakai lilitan kain berwarna hijau iaitu simbol kumpulan antikerajaan.

Pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi turut hadir namun pengebumian tersebut dicemari dengan pergaduhan antara para penyokong kerajaan dan penentang.

“Kumpulan Ansar Hezbollah datang dan mahu mengganggu pengebumian.

“Mereka (anggota kumpulan itu) meninggalkan upacara pengebumian itu selepas bergaduh dengan sekumpulan penduduk,” kata laman web Rahesabz.net.

Ulama itu merupakan arkitek Revolusi Islam pada 1979 yang menggulingkan pemerintahan beraja Shah Iran dikebumikan di kawasan makam pemimpin ternama Syiah, Masoumeh di bandar Qom. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Bomoh pijak pesakit

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema.

Jamun Yadav, 50, memberitahu polis, kuasa kesucian Hindunya membolehkan dia memindahkan tenaga saktinya menerusi tapak kakinya.

Dia juga mendakwa kuasanya membolehkan dia mengubati semua penyakit di Katihar, timur India.

Jurucakap polis, Santosh Singh berkata: “Kejadian itu sungguh memeranjatkan.

Kami sudah menangkap lelaki itu. Orang ramai tidak tahu bagaimana dia merawat pesakitnya apabila mereka bersetuju membenarkan dia mengubat anak mereka.

“Dia mendakwa tidak memerlukan sebarang pembelaan di mahkamah atas alasan dia bercakap untuk Tuhan.

“Saya yakin ia pasti akan menjadi perbicaraan yang menarik.” – Agensi 

Selasa, 22 Disember 2009

150m-long skylight comes crashing down at new bus terminal

KUALA BERANG: Another roof of a public building has collapsed in Terengganu, just six months after the roof of the state’s main stadium gave way.

Yesterday, the 150m-long glass roof of the soon-to-be-opened express bus and taxi terminal here collapsed, sending hundreds of sheets of glass crashing down.

Four workers suffered cuts from the broken glass.

Terengganu has been hit by a spate of revelations about buildings with shoddy construction.

Besides the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium (pic right), defects have also been found in the Batu Burok Aquatic Complex and the Sultan Mahmud Airport terminal.

Related Story:
Four injured in collapse

Picked from: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/22/nation/5349595&sec=nation

Dr.Rosli kena kahwin sekali lagi?

Terkejut juga hati saya setelah baca satu paparan berita tentang Dr.Rosli dalam Sinar harian online . Pertama kali saya kenal dia (Dr.Rosli) ialah semasa kami sama-sama berada dalam satu pick-up truck menuju k e Kota Tinggi untuk mengagihkan bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir di Johor satu ketika dulu (Johor dilanda banjir termenung).  Ketika itu beliau masih lagi bertugas sebagai doctor perubatan dan belum lagi menjawat jawatan P.A Dato’ Hj.Husam Musa.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6236005.asp