Dr.Rosli kena kahwin sekali lagi?

Terkejut juga hati saya setelah baca satu paparan berita tentang Dr.Rosli dalam Sinar harian online . Pertama kali saya kenal dia (Dr.Rosli) ialah semasa kami sama-sama berada dalam satu pick-up truck menuju k e Kota Tinggi untuk mengagihkan bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir di Johor satu ketika dulu (Johor dilanda banjir termenung).  Ketika itu beliau masih lagi bertugas sebagai doctor perubatan dan belum lagi menjawat jawatan P.A Dato’ Hj.Husam Musa.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6236005.asp

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by ibni-baittutah on 6 February 2010 at 1:02 pm

    Sebenarnya kita-kita ini semua yang silap. Yang menghukum silap, yang dihukum pun kena silap. Sepatutnya penilaian dari menentukan hukum didalam keadaan politik semasa ini, bagi pendapat saya tidak perlu dijalankan dan dipratikkan. kerana apa yang kita lalui didalam wadah perjuangan pada masa ini bukan lah keadaan selesa mengenai perjuangan Islam yang sebenar.

    Kita juga termasuk di dalam rentak politik sekular ini selagi perlembagaan negara ini tidak mengikut syarat-syarat syariah daulah Islam.

    Kenapa saya memberi pendapat itu?. Memang lah perjuangan kita ini adalah untuk Islam dan tatatertipnya, W’alanya dan tiqahnya, tetapi w’ala dan tiqah ini ada tak yang di pratikkan di peringkat negara dan parlimen negara kita. Mengikut hukumnya ia tidak wujud langsung, walaupun kita amalkan.
    Amalan itu memanglah menjadi etika dan akujanji di dalam perjuangan kita, itu memang betul dan patut dan wajib kita jalankan. Tetapi dari segi survival ummah dan survival pemimpin politik kita di sesetengah peringkat dan di dalam keadaan semasa kita mengalami dua keadaan berbeza dan saingan yang kita hadapi ini, hendak taknak kita terpaksa melalui keadaan ini walaupun tanpa kerelaan dari segi perjuangan. Kerelaan ini adalah kerana kita terpaksa menceburi sejarah dan matlamat politik yang menjadi bekas jajahan dan tinggalan. Sebagai contoh dua wakil rakyat yang dijatuhi hukuman, terpaksa menerima keadaan ini, walaupun kedua-duanya memberikan perjuangan dan pendirian yang baik.

    Oleh kerana keadaan semasa yang mengheret mereka ke kemelut isu-isu yang terbit, ia menjadi mangsa dan terpaksa melaluinya. Wajarkah kedua-keduanya di hukum?.
    Jika sesesuatu isu itu berkaitan dengan moral, akidah dan penyelewengan yang nyata, sememangnya ia perlu dihukum kerana ia berkaitan dengan akidah dan perjuangan suci. Tetapi dengan masalah pendapat atau kesilapan teknikal, sebagai contoh yang lain, yang tidak berkaitan dengan w’ala dan tiqah perjuangan, adakah ia perlu di adili dan di ambil tindakkan. Sebenarnya kita belum mencapai matlamatnya yang sebenar, iaitu Pemerintahan yang bermejoriti dan kuasa perundangan dan pentadbiran belum lagi kita kuasai.

    Dari segi logiknya, selagi kita tidak menjadi pemerintah dan tidak mencapai matlamat sepenuhnya Pemerintahan yang sebenar, dari segi hukum Islam yang sebenar kita tidak boleh menentukan dan melaksanakannya. Kerana itu lah pihak musuh politik bermaharajalela menjalankan kuasa yang luar dari batas ketertipan undang-undang Islam itu.
    Ada juga mengatakan selagi negara ini tidak menjalankan hukum Islam yang sebenar, apa perlu takut dan runsing kerana, tidak perlu memikirkan tindakan dan bukan nyata lagi kewajibannya, itu juga silap. Walaupun kita belum lagi melaksanakannya sepenuhnya, kita semua wajib mengetahui dan mengamalkannya, walaupun didalam keadaan darurat. Tetapi itu hanyalah pendapat kilafah dan kuliah yang perlu kita ketahui dan wajib kita sebagai umat Islam memperlajarinya. Yang di maksudkan menagguhan perlaksanaan adalah dari perjalanan politik, itu pun jika kesalahan besar atau dosa besar ia tetap kesalahan. Strategi dan kariertiviti politik semasa perlu di ambil pandang dan dilaksanakan selagi ia tidak memudaratkan perjuangan ini.

    Menghalal kan cara bukan lah bercanggah di dalam keadaan dan era ini selagi ia tidak lari dari ketetapan hukum dan akhidah, tetapi ia perlu untuk mencapai kemenangan dan menharapkan sokongan dan kemenangan demi meneruskan tapak Pemerintahan Islam yang di juangkan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: