Respon kepada entry “Kickdefella gets the camera cranking again”

Lepas baca dan tengok gambar dalam entry kickdefella (Kickdefella gets the camera cranking again), saya mulai merasa sebenarnya negeri Kelantan telah kehilangan beliau. Dalam entry tersebut, Pak Syeikh mengatakan “Hujan emas di negeri orang lebih baik dari makan batu di negeri sendiri” menbuatkan otak saya termenung seketika. Sepatutnya kemahiran beliau bermain  camera dan sector perfileman dimanafaatkan sebaik mungkin oleh kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan dakwah Islamiyyah dengan mengutamakan pembikinan filem-filem bercorak Islamik yang boleh mendidik jiwa manusia. Media massa terutamanya menerusi tayangan movie melalui kaca televisyen merupakan mekanisme utama untuk berdakwah. Perlu difahami, dakwah Islamiyyah bukannya sempit dan bukan hanya khusus kepada sector alunan nasyid dan qasidah sahaja. Malah ia lebih luas lagi daripada itu. Saya pernah menonton beberapa filem (DVD) Indonesia yang menarik dan mendapat perhatian dunia seperti  Perempuan Berkalung Sorban, Kun Fa Yakuun, Bila Cinta Bertasbih dan juga Ayat-ayat Cinta. Filem-filem ini memaparkan reality kehidupan sesetengah umat Islam yang perlu dihighlightkan untuk mendidik jiwa-jiwa manusia. Bagi saya, Syeikh Kickdefella mampu berperanan utama mengarah serta menerbitkan filem-filem sebegitu malah lebih baik lagi daripada itu.  Satu ketika dulu, Pak Sheikh telah membawa satu filem festival yang kecil di Kelantan. Festival filem mini ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Majid Majidi, pengarah filem mahyur dari Iran. Antara filem beliau yang mahsyur ialah Children of Heaven dan juga Baran. Ramai artis-artis tempatan seperti Mamat, Maya Karin dan lain-lain turut hadir menjayakan seminar perfileman ini. Seminar dijalankan di bangunan SUK dan tayangan filem pula dilangsungkan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu.  

Alangkah baiknya jika Kelantan menerajui perubahan di Malaysia dalam sector perfileman. Kalau dulu PAS Kelantan pernah berdabik dada kerana pertama kali menganjurkan system pajak gadai Islam, mengapa pula tidak sanggup untuk menerajui perubahan dalam sector perfileman. Dalam filem Perempuan Berkalung Sorban, pelakon utamanya ialah Revelina Temat sebagai Anissa. Beliau pernah masyhur satu ketika dulu kerana memegang watak Bawang Putih melalui drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah. Memang jelas gadis Indon ini tidak bertudung. Namun semasa beliau memegang peranan Anissa dalam filem Perempuan Berkalung Sorban, Anissa memegang watak seorang wanita bertudung yang cintakan ilmu pengetahuan agama dengan cara yang amat fleksible dan tidak jumud. Secara tidak langsung, watak yang dibawa oleh Revelina ini turut melatih jiwa beliau untuk menghayati corak kehidupan Islam melalui gaya permakaiannya. Jika Kelantan mampu muncul sebagai peneraju perubahan dalam sector perfileman,  maka kaedah  inilah yang perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Mana-mana artis yang nak berlakon filem yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan kena menutup aurat. Cara nak berdakwah supaya orang memakai kain tudung pun kena melalui hikmah. Tak perlu nak serang orang lain sambil menunding-nunding jari “Bini dio tak pakai tudung……daring sangat “ . Cuba tanya diri kita sendiri banyak manakah langkah yang telah kita ambil untuk mendidik jiwa orang perempuan yang tidak bertudung setakat PAS menerajui negeri Kelantan? Adakah memadai dengan  hanya meletakkan papan tanda untuk bertudung ataupun dengan terus mengenakan kompaun sepertimana yang dilakukan oleh pihak MPKB BRI?

Jika diteliti, memang banyak benar filem-filem yang diterbitkan di Malaysia tapi amat sedikit sekali yang bercirikan pendidikan. Ramai dikalangan penerbit dan pengarah filem hanya menumpu dalam soal-soal cinta, tahyul dan berbagai realiti kehidupan manusia sama ada ia diakhiri dengan happy ending ataupun sad ending tanpa mengutamakan pendidikan Islam yang lebih bermanafaat.  Sebagai contoh; anak Yusuf Haslam pernah mengarah dan berlakon dalam filem Bohsia tapi filem ini hanya memaparkan realiti kehidupan anak-anak muda yang sesat dalam gelombang nafsu sahaja tanpa memaparkan jalan penyelesaian terbaik yang dituntut oleh Islam.

Sewajarnya Pak Syeikh Kickdefella dipanggil balik untuk melaksana perancangan baik (International Islamic Film Festival) di Kota Bharu  yang tergendela yang sepatutnya diadakan pada bulan November tahun 2009 ini.

One response to this post.

  1. Posted by azka on 12 January 2010 at 5:00 am

    salam,
    saya setuju idea seperti ini. harap2 pak syeikh teruskan usaha

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: