Terkenang semasa dulu….

Posted by: Hj. Hashim Hj.Omar

Terkenang semasa dulu….hatiku merasa rindu…..Mungkinkah dapat bertemu…….inilah antara rangkap lagu nyanyian R.Azmi yang berkumandang dalam fikiran saya setiapkali saya berada di lokasi penanaman padi organic di Baruh Tunjung, Kota Bharu. Lagu ini dipopularkan oleh R.Azmi[1] sekitar tahun 50 an. Pada ketika itu saya berusia lebih kurang 7 tahun . Saya dilahirkan pada tahun 1945 dan dibesarkan  di Kg.Pohon Buloh, Pasir Mas, Kelantan. Masih terbayang lagi di fikiran ini lokasi rumah dan kampung saya yang dikelilingi oleh bendang padi. Di rumah saya ada sebuah baloh padi. Ayah[2] saya menjadikan usaha menanam padi sebagai salah satu aktiviti keluarga. Kami mengekalkan dua bidang tanah seluas seekar untuk diusaha sendiri secara anak beranak. Bila sampai musim menuai (mengetam) padi, saya sentiasa mengandar [3](memikul) padi sejauh kira-kira satu kilometer untuk sampai ke rumah.  Mengikut tahap kemampuan pada masa itu (berumur 10 tahun), saya mampu memikul sebanyak 30 gemar padi sekali gus. Sesampai  di baloh, Mek[4] saya suruh saya longgokkan padi-padi itu di atas jemuran baloh bagi mengasingkan terlebih dahulu padi gunda[5]. Padi gunda diasing dan disusun lalu diletakkan di hadapan sekali dalam baloh. Manakala hasil padi yang lain pula dilonggokkan di bahagian belakang baloh. Sebelum tahun 1950 an, penanaman padi di Kelantan masih belum terdedah dengan penggunaan baja-baja kimia dan juga racun-racun serangga. Namun bermula pada awal sekitar tahun 1960 an, barulah baja-baja kimia diperkenalkan oleh syarikat-syarikat pengeluaran bahan berkenaan seperti syarikat ICI[6]. Dulu tak ada traktor dan tak ada juga kerbau besi (Kubota). Yang ada hanyalah kerbau dan lembu untuk membajak.

Sebelum awal tahun 1950an, mesin padi masih belum digunakan. Yang digunakan ialah kisaran, lesung hindik dan lesung tumbuh dan tapian bagi menghasilakn beras. Sesudah itu barulah timbul penggunaan mesin padi secara kecil-kecilan di kampong-kampung. Kemudian penggunaan mesin padi diperbesarkan atas nama syarikat kilang padi milik orang kampung dengan menggunakan mesin proses padi yang lebih besar.  Hari ini semua situasi tersebut telah berubah. Kilang-kilang padi lebih besar sekarang dan dimonopolikan oleh Bernas dan syarikat-syarikat sendirian berhad. Padi dari bendang terus di bawa ke kilang-kilang yang dimonopolikan itu. Baloh sudah tidak berfungsi lagi. Padi gunda entah ke mana…….zakat padi pun tak dapat dipastikan sama ada ditunai ataupun tidak.

Racun dan baja kimia digunakan secara berleluasan. Dalam masa yang sama, kerajaan turut sama menyalurkan subsidi baja dan racun kepada petani. Bermula dengan penggunaan racun dan baja kimia inilah kita dapati makhluk-makhluk lain (organism) mati dan pupus. Ikan-ikan[7] di bendang padi semakin berkurang dan berpenyakit.  Keadaan ini berlarutan sekian lama. Berasaskan gambaran silam inilah setiap kali saya datang ke Baruh Tunjung,  saya dapat melihat serta menilai betapa pentingnya proses dan kaedah  penanaman padi perlu kembali semula ke zaman lampau. Di Baruh Tunjung ini juga saya dapati kaedah penananaman padi organic[8] (SRI) sepertimana zaman lampau cuba diperkenalkan kembali dalam kehidupan masyarakat petani di Kelantan.

 

sila clik di sini

http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/24/kelantan-very-own-sri-organic-paddy-field/#comments


[1] R.Azmi juga pernah popular melalui dendangan lagunya yang berjodol “Dari Kerana Mata”.

[2] Ayah saya seorang Guru Besar di Sekolah Melayu Pasir Mas, Kelantan.

[3] Meletakkan gemar-gemar padi di buluh panjang untuk dipikul.

[4] Di Kelantan, panggilan Mek bermaksud emak.

[5] Hasil peratusan padi untuk dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Dalam 100 gemar padi, maka zakatnya ialah sebanyak 25 gemar.

[6] Baja ICI dikenali juga dengan nama Baja Cap Kepala Ayam dan merupakan baja kimia pertama yang diperkenalkan pada ketika itu di Kelantan. Selepas itu, barulah disusuli dengan pengenalan baja-baja lain dari syarikat Ben Meyar, Houchts dan lain-lain lagi.

[7] Ikan haruan, keli, puyu, sepat, belut dan lain-lain lagi semakin pupus yang pernah dijadikan sumber makanan utama pada masa itu kini semakin pupus.

[8] Padi yang tidak menggunakan baja dan juga racun kimia.

One response to this post.

  1. […] https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/26/terkenang-semasa-dulu/ Possibly related posts: (automatically generated)Harun Taib Impikan Publisiti Murahan.Tanda-tanda Lailatul-QadarMengenai berkhitanDesain Grafis Menggunakan Corel Draw X4   […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: