Tuduhan PAS sebagai Parti Asri Sekeluarga

Ramai di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda masa kini tidak tahu tentang sejarah PAS kerana ia tidak didocumentkan secara lengkap dan rasmi. Lantaran itu, pemesongan fakta sejarah sama ada melalui mulut ke mulut ataupun bahan bercetak sebagai propaganda negatif yang seringkali didapati sebenarnya tidak berperanan secara adil terhadap PAS. Antara propaganda negative itu ialah tuduhan mengatakan PAS itu adalah ringkasan daripada Parti Asri Sekeluarga dan mengatakan PAS jatuh pada tahun 1978 kerana isu Asri parti sekeluarga. Yang dimaksudkan keluarga Asri ini ialah Dato’ Asri sendiri, isterinya Ustazah Sakinah (sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Ustaz Salahuddin Abdullah (birasnya, sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan) dan Dato’ Ishak Lutfi (anak saudara Dato’ Asri sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan). PAS sebenarnya jatuh kerana fitnah ekoran berlakunya undi tidak percaya terhadap Dato’ Muhammad Nasir (Menteri Besar Kelantan) yang dianggap tidak patuh kepada parti. Apa yang penting sekali ialah; Dato’ Asri sekeluarga tidak menjadikan parti sebagai alat untuk mengumpul kekayaan peribadi. Setelah Dato’ Asri meninggal dunia, rumah kediaman beliau di Kuala Lumpur turut dijual bagi menjelaskan segala hutang piutang kerana beliau pernah menjamin individu-individu lain yang membuat hutang tapi tidak membayar hutang. Begitu juga dengan tuduhan bahawa kepimpinan Islam tulen dalam PAS hanya muncul setelah timbulnya kepimpinan Ulama’ di bawah Tok Guru Nik Aziz yang mula mendapat mandate untuk mentadbir negeri Kelantan pada tahun 1990. Malah ada dikalangan ahli PAS yang terkemudian ini menuduh PAS zaman Asri ialah PAS secular dan pemimpin-pemimpin PAS sebelum kemunculan Tok Guru adalah golongan nasionalis sekularis. Sedangkan perlembagaan PAS, dasar dan tujuan PAS tidak berubah sejak dulu hinggalah ke hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: