Dr.Asri pertikaikan kenyataan Dr.Haron Din

Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din – yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah ‘Allah’ boleh membawa kepada kekufuran – dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

“Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, ‘Allah menciptakan alam’, adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

“Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?” kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

“Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity). – malaysiakini

One response to this post.

  1. Posted by ahmad hadiri on 21 March 2011 at 1:18 am

    assalamualaikum… fahamkan dulu apa yang di sarankan dan di ktengahkan oleh Dr Haon Din itu, jangan cepat nak komen… takut ia mungkin akan menyentuh soal aqidah

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: