Archive for January 6th, 2010

Stadium Sultan Muhammad iv Kota Bharu

Bila memperkatakan tentang tujuh perkara ajaib di dunia, rasanya ada satu lagi bangunan yang mungkin terlepas pandang oleh pihak yang sentiasa menilai tentang keajaibannya, iaitu Stadium Sultan Muhammad –iv, Kota Bharu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tujuh_Keajaiban_Dunia

Kewujudan bentuk stadium sebegini adalah satu-satunya di dunia. Cuba cari di seluruh dunia ini, mana ada stadium yang menyediakan ruangan-ruangan untuk disewa  bagi pelbagai aktitivi seperti pejabat, sekolah, kedai makan dan juga kedai runcit. http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mohammad_IV_Stadium

Dari sudut sejarah, kerajaan PAS Kelantan telah berusaha menyediakan kemudahan untuk membangun sebuah stadium yang dikenali sebagai Stadium Sultan Muhammad IV  dengan menyediakan 13 ekar tanah di Padang Garong secara percuma disamping peruntukan wang sebanyak RM300,00.00.[1] Salah satu ciri yang membezakan antara Stadium Sultan Mohammad ini dengan stadium-stadium lain di seluruh negara ialah; ruang sebelah bawah di sekelilingnya tidak dibiarkan kosong tanpa sesuatu projek yang memberi faedah. Di ruangan tersebut disediakan ruangan pejabat, kedai, asrama dan lain-lain. Pada suatu ketika dahulu banyak ruangan berkenaan diguna sebagai ruangan kelas-kelas oleh sebuah sekolah swasta yang cukup terkenal ketika itu, iaitu Institut Pendidikan yang diselanggarakan oleh dua orang aktivis ABIM, Nik Mustapha  bin Syafi’ie  dan Ismail  bin Daud. Institut yang tersohor dengan panggilan  I.P merupakan sekolah swasta pertama yang menyediakan pengajian peringkat menengah rendah (SRP, SPM dan STPM) di Kelantan sebelum lahirnya institusi-institusi lain seperti  A.Kadir Adabi dan sebagainya. Stadium ini hingga kini masih berfungsi sebagai salah sebuah pusat aktiviti sukan di bandar Kota Bharu bagi seluruh negeri Kelantan. Pembinaannya adalah cetusan idea Menteri Besar PAS yang kedua, Dato’ Mohd. Asri  bin Haji Muda yang akan tetap terpahat  dalam lipatan sejarah.

 


[1]Suatu jumlah wang yang agak besar bagi zaman itu sebagai sumbangan untuk meneruskan pembinaan  stadium tersebut yang dijangka menelan belanja sebanyak RM.1.5. juta.

Kota Bharu ku pesat membangun…..

Betapa indah, damai dan pesat sekali bandar Kota Bharu berkembang. Semua gambar permandangan ini saya ambil menggunakan camera Nikon D40 di Tingkatan 17 bangunan Kelantan Trade Centre pada 2-1-2010.

 

Di belakang Dewan Jubli Perak, kelihatan tapak pembinaan Bazaar Tok Guru yang riuh diperkatakan masa kini ekoran penglibatan sama Syarikat Sensa Timur dalam proses penyiapannya dalam tempoh Arif Fahmi menjawat jawatan CEO PMBK. (Klik atas gambar DSC _0123 untuk besarkan image)

Nun jauh di sana kelihatan bangunan TESCO dan Jambatan Sultan Yahya yang menyeberangi Sungai Kelantan.