Bakar gereja tindakan khianat

 

Dalam entry yang lalu https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/08/01/apa-salah-rakyat/

Saya nyatakan juga syarat utama yang perlu dipatuhi oleh mereka yang begitu semangat berdemostrasi bagi membantah ISA, iaitu; menjaga situasi aman dan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan harta benda awam dan juga harta benda rakyat. Kepada sesiapa yang memang tak boleh nak kawal emosi, lebih baik jangan turut serta kerana individu-individu yang tak boleh menahan sabar inilah sebenarnya makhluk perosak.  Bagaimana pula dengan hasrat kelompok-kelompok NGO dan sesetengah parti politik yang mahu berdemostrasi berkaitan dengan isu Allah?

Mafhum surah al-Nisa, ayat 171, Allah Taala berfirman Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas  dalam agama kamu dan janganlah kamu memperkatakan tentang Allah melainkan perkara yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa bin Maryam itu adalah Rasulullah dan perkataan Allah disampaikan kepada Maryam dan ia roh daripada Allah. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan para rasulNya dan janganlah kamu kata Tuhan itu tiga (trinity). Berhentilah (mengatakan itu), itu lebih baik bagi kamu. Allah itu hanya Tuhan Yang Esa. Maha suci Tuhan daripada mempunyai anak.  kepunyaanNya apa yang dilangit dan di bumi. Cukup Allah sebagai pelindung.”

Jika diamati dengan penuh teliti  mafhum ayat di atas ini, jelas sekali Allah Taala mengutamakan method dakwah terhadap golongan Ahli kitab secara bijaksana (melalui hikmah); iaitu dengan mengemukakan hujjah  kebenaran berkaitan kerasulan Isa alaihisalam berlandaskan nas syarak demi memerangi hujjah mereka (Ahli Kitab) yang berlandaskan hawa nafsu. Dalam masa yang sama, memang tidak dinafikan bahawa peranan Kerajaan Barisan Nasional dalam masalah aqidah dan syarak umat Islam adalah begitu dangkal sekali.  

Ungkapan firman Allah “Berhentilah (mengatakan Tuhan itu tiga) , itu lebih baik bagi kamu” membuktikan Islam adalah agama yang menganjurkan toleransi dalam berdakwah tanpa sebarang paksaan . Apatah lagi untuk menggunakan tindakan kekerasan seperti membakar atau mengebom gereja. Kalau setakat tidak bersetuju dengan keputusan seorang hakim membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada pihak gereja, tindakan membakar gereja itu amat tidak wajar sama sekali. Ini kerana Islam masih membuka ruang untuk berhujjah dan berdebat secara baik bagi menyerlahkan kebenaran disamping melenyapkan kebatilan. Tindakan negative itu sebenarnya menggambarkan betapa sempitnya pemikiran pihak yang tergamak melakukannya dan ia tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada kaum muslimin ataupun para penganut Kristian. Malah ia mampu menyemarakkan api permusuhan dikalangan kedua-dua belah pihak jika  tidak dibendung sebaik mungkin.

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/1/8/mstar_jenayah/20100108112308&sec=mstar_jenayah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: