Perbicaraan Mahasiswa kes bini puaka ditangguhkan Jun depan

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan berhubung kes menconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” oleh tiga pelajar Universiti Malaya kepada 14 hingga 18 Jun hadapan.

Penangguhan itu dibuat hakim Rozana Ali Yusoff dalam kamar siang tadi.

Menurut wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UniversitI Malaya (MPMUM), Mohd Aizat Salleh yang turut serta dalam perbincangan dalam kamar tersebut, Hakim membuat keputusam menangguhkan kes itu kerana ketidakhadiran pegawai menyiasat Inspektor Mohd Najib Mohd Esam.

“Tuan Hakim terus beri amaran, sekiranya pendakwaraya gagal melengkapkan bukti-bukti yang diminta pada perbicaraan Jun ini, Mahkamah akan gugurkan kes tersebut,” jelas Aizat.

Ketiga-tiga tertuduh, Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dituduh berhubung kes menconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4 pagi 24 Jun tahun lalu lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh empat orang peguam yang diketuai oleh Mohamad Arfizi Mohd Ramli, manakala timbalan pendakwa rayanya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Perbicaraan hari ini juga turut menggabungkan pertuduhan ketiga-tiga mereka dengan dua lagi rakan mereka, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen yang dituduh lebih awal.

Dipetik dari: Harakah daily

Towardsmardhatillah:

Walau sekian mana benci sekalipun terhadap Rosmah Mansor, janganlah sampai memudaratkan diri sendiri dan merosakkan peralatan Universiti. Kenapa perlu sabotaj? Bukankah kehadiran beliau  itu sebagai tetamu Universiti Malaya? Sambutlah tetamu dengan baik, itulah ajaran Islam ….Para pelajar yang sedang berada dalam alam pengajian jangan terpengaruh dengan slogan jihad yang boleh merosakkan masa depan ilmiah anda!!!

Advertisements

One response to this post.

  1. […] by towardsmardhatillah under As I See it Leave a Comment  Selepas penyiaran entry bertajuk Perbicaraan Mahasiswa kes bini puaka ditangguhkan Jun depan kelmarin, saya dihubungi oleh seorang kenalan pagi ini yang mengatakan “Semua mahasiswa […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: