Jangan rosakkan masa depan anda!

Selepas penyiaran entry bertajuk Perbicaraan Mahasiswa kes bini puaka ditangguhkan Jun depan kelmarin, saya dihubungi oleh seorang kenalan pagi ini yang mengatakan “Semua mahasiswa yang dituduh itu belum tentu bersalah kerana perbicaraan belum selesai. Hakimpun belum lagi menjatuhkan hukuman. Kemungkinan besar itu adalah kerja khianat pihak tertentu yang ingin buat aniaya kepada budak-budak tuh”.  Itulah antara penjelasan yang saya terima pagi ini melalui perbualan telefon.  Memang benar perbicaraan belum selesai. Saya pun tidak tuduh mereka sebagai penjenayah. Cuma  saya hanya nyatakan begini :

Walau sekian mana benci sekalipun terhadap Rosmah Mansor, janganlah sampai memudaratkan diri sendiri dan merosakkan peralatan Universiti. Kenapa perlu sabotaj? Bukankah kehadiran beliau  itu sebagai tetamu Universiti Malaya? Sambutlah tetamu dengan baik, itulah ajaran Islam ….Para pelajar yang sedang berada dalam alam pengajian jangan terpengaruh dengan slogan jihad yang boleh merosakkan masa depan ilmiah anda!!!

 Persoalannya mengapa saya kata begitu? Sekitar tahun 1999/2000, saya pernah berada di Universiti Malaya Kuala Lumpur sebagai salah seorang penuntut sarjana dalam kelas coursework di institusi ini (APIUM). Sebanyak 3 kali seminggu saya kena hadir kelas. Oleh itu, saya mengambil keputusan berpakat dengan 5 orang rakan untuk menyewa salah sebuah rumah Flet Bukit Seri Angkasa dekat Kg.Kerinchi.  Boleh dikatakan ramai juga para siswa dan siswi yang mengambil langkah menyewa rumah flet seperti kami.  Menjelang pilihanraya umum Malaysia tahun 1999,  satu gelombang kebangkitan rakyat yang bencikan kezaliman Barisan Nasional mulai menyerlah. Malah para mahasiswa juga antara mereka yang sanggup menyumbang masa dan tenaga sebagai alat parti sepanjang kempen pilihanraya itu demi sokongan padu mereka terhadap parti-parti pembangkang. Saya tak nak huraikan dengan detail lah peranan mereka di luar kampus dalam menjayakan aktiviti politik kerana itu adalah hak mereka. Namun ada beberapa ketika dilihat, begitu ramai di kalangan  para siswa dan siswi[1] yang tidak tahu menbezakan situasi sama ada wajarkah di adakan demostrasi ataupun tidak. Mengapakah tindakan sesetengah siswa dan siswi lebih aggresif jika dibandingkan dengan  para wakil-wakil rakyat yang bergaji tinggi dan banyak elaun? Adakah sekadar mahukan mardhatillah maka mereka bertindak agresif menbenci barisan Nasional tanpa mengira situasi dan lokasi dengan ketaatan yang diluar jangkaan? Cuba baca entry dibawah ini

https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/11/30/agama-candu-rakyat-karl-marx/

Masa dulu setiap kali ada kunjungan tetamu ahli politik Barisan Nasional, maka akan ada jugalah demostrasi oleh para siswa dan siswi yang berani berdemostrasi. Masa sekarang ini saya kurang pastilah sama ada siswa/siswi kini masih dengan trend yang sama ataupun sudah berubah kerana saya sudah tidak lagi memegang kad matrik pelajar UM. Malah pada musim peperiksaan dalam Dewan pun they all sanggup buat demostrasi depan Dewan Tunku Cancellor. Saya sendiri pernah dipelawa untuk turut serta berdemostrasi semasa saya sedang menikmati roti canai di Restoran Amjal berdekatan dengan Masji al-Rahman Universiti Malaya. Namun saya tidak sahut jemputan mereka. Lantak mereka lah nak tuduh saya pengecut ke atau penakut ke…..memang saya tak kisah. Bagi saya ahli politik (pada masa tuh Azalina Othman) atau sesiapa saja yang datang bertandang ke Universiti Malaya adalah tetamu universiti tersebut. Lain ceritalah kalau di luar universiti. Kalau Azalina datang ke rumah saya sekalipun saya akan jemput dia masuk (dengan syarat isteri saya ada disisi) meskipun fahaman politik kami adalah amat jauh berbeza. Saya nasihatkan kepada adik-adik siswa dan siswi janganlah terlalu terbawa-bawa emosi marah kepada Barisan Nasional melebihi daripada ahli-ahli politik parti-parti pembangkang dengan tindakan-tindakan negatif  terutama sekali dalam kawasan kampus.  Memadailah dengan menyumbang tenaga dan buah fikiran secara positif  ataupun memberi  undi bagi mereka yang sudah layak mengundi  kepada Pakatan Rakyat sahaja. Lagipun memang ada dikalangan siswa dan siswi yang pro Barisan Nasional membantu kompenen parti itu dalam musim pilihanraya. Jadi apa salahnya kalau wujud dikalangan para siswa dan siswi yang turut membantu Pakatan Rakyat sepanjang musim pilihanraya. Jangan rosakkan masa depan anda dengan tindakan-tindakan negatif!!!


[1] Kemungkinan besar para siswa dan siswi di university lain juga bersikap agressif begitu terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: