Pokok di Marikh ?

WASHINGTON: Gambar yang dirakam teleskop Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) menunjukkan seolah-olah permukaan Marikh ditumbuhi pokok.
IMEJ…pokok di permukaan Marikh sebenarnya kesan serpihan akibat tanah runtuh selepas ais di planet itu cair.
Imej itu menunjukkan barisan pokok konifer di bukit pasir permukaan planet berkenaan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya hanya ilusi penglihatan.

Gambar itu sebenarnya menunjukkan bukit pasir di selaputi lapisan tipis karbon dioksida beku atau ais kering, kira-kira 240 kilometer dari kutub utara planet itu.

‘Pokok’ itu adalah kesan serpihan disebabkan tanah runtuh apabila ais cair ketika musim bunga di Marikh.

Gambar itu dirakam dari orbit yang mengelilingi Marikh oleh HiRise, kamera paling berkuasa tinggi pernah dihantar ke planet lain.

Pegawai Nasa, Candy Hansen memberitahu akhbar The Sun yang diterbitkan di London: “Jalur itu adalah pasir yang terurai apabila ais menyejat, menyebabkan ia meluncur di bukit pasir.

“Ketika ini, planet itu dilitupi oleh ais kering.”

Bulan lalu, Nasa mengumumkan satu teleskop baru mengesan lima planet di luar sistem solar.

Teleskop itu yang dilancar tahun lalu untuk mencari Bumi lain, menemui lima planet baru itu pada beberapa minggu pertama operasinya.

Walaupun, semua ‘dunia baru’ yang dinamakan ‘exoplanet’ itu lebih besar berbanding Neptune, Nasa berkata, penemuan itu menunjukkan teleskop memburu planetnya beroperasi dengan baik. – Agensi

Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/nasas/Article

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: