Archive for January 17th, 2010

Pendedahan fakta oleh Ustaz Saibar

Perkara yang paling susah sekali dalam arena politik ialah; bertindak untuk cover lubang besar dengan menggali lubang lain kerana perlukan tanah untuk menimbus lubang pertama. Akibatnya lubang kedua pula yang terhasil. Begitulah seterusnya jika usaha penggalian tanah untuk menimbus lubang berterusan dari pagi sampai ke malam….dan seterusnya dari malam sampai ke pagi. Namun kaedah  inilah yang lazim dilakukan oleh mana-mana pihak bila sudah terdesak. Entry nih saya petik dari blog Penarik Beca yang pernah dicop sebagai salah satu blog celaka dalam Malaysia nih. Semua ini adalah pendedahan fakta yang menunjukkan mengapa beberapa tindakan politik yang agak negatif terpaksa diambil oleh Tok Guru Nik Aziz.  Cuba baca dan fahami dengan teliti setiap petikan dialog yang dinyatakan dalam blog ini.

http://penarikbeca.blogspot.com/2010/01/mengawal-kepunahan.

Mengapa Takiyuddin nafikan pengakuan Tok Guru?

Selepas Tuan Guru Menteri Besar membuat pengakuan ikhlas berkaitan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kelantan ekoran kerjasama antara PMBK dan Sensa Timur, ada seorang lagi Exco buat kejutan dengan mengatakan bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri Kelantan tidak rugi apa-apa.  Ada apa-apa yang istimewa secara sembunyi-sembunyi ke antara Dato’ Takiyuddin Hasan dan Sensa Timur nih? http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6380164.asp

Dalam pada itu, mengapa juga blog Dato’ Husam Musa mengeluarkan kenyataan berikut?

http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/01/cerita-bazar.html

Kerugian melalui projek pembinaan Bazar Tok Guru ini memberi  tamparan hebat kepada rakyat Kelantan setelah Mahkamah menjatuhkan hukuman membayar ganti rugi kepada Timber Mine sebanyak rm 800 juta. Cuba tanya Dato’ Takiyuddin siapa sebenarnya yang bertanggungjawab kerana tidak menyediakan peguam bagi perbicaraan kes tuntutan Timber Mine hinggakan Mahkamah memutuskan agar Kerajaan Negeri Kelantan membayar ganti rugi yang sebegitu banyak??? Tak rugi ke bayar berjuta-juta kepada Timber Mine?  Memang nasib Dato’ Takiyuddin sudah jatuh ditimpa tangga lalu terpijak tahi ayam ….tahi ayam munir pulak tuh…

Walaupun pengakuan ikhlas Tuan Guru ini amat bererti buat rakyat Kelantan tapi apa boleh buat….nasi sudah jadi bubur…..Menantunya yang bernama Arif Fahmi lebih arif mengambil kesempatan yang boleh menjejaskan nama baik mertuanya sendiri. Kesian kepada Dato’ Husam yang jadi mangsa kutukan Arif Fahmi semata-mata kerana nak menangkan nafsunya.