Archive for January 20th, 2010

Macam Orang Gila!

Sebelum parti-parti pembangkang menang besar dalam pilihanraya tahun 1999, ada seorang insan berjiwa seni yang sentiasa asyik dengan karya seninya. Beliau ialah Saudara Dinsman yang pernah muncul dengan sebuah buku bertajuk “Macam Orang Gila – Sekumpulan 55 Sajak Reformasi”.  Salah satu darinya memang bertajuk “Macam Orang Gila” (hlm 63-64). Luahan hati seorang seniman yang tidak berpuas hati dengan kecamuk politik pada masa itu berjaya menawan hati kebanyakkan rakyat yang bencikan kezaliman Barisan Nasional di bawah pimpinan Dr.Mahathir. Dibaca buat kali pertama di Majlis PAS, di USJ 9, Subang Jaya, 10 September 1999 dan esoknya di majlis PAS Selayang, Selangor; dan esoknya di Markas Tarbiyah Taman Melewar , Kuala Lumpur).  Petikan ini saya siarkan kembali untuk tatapan mereka berjiwa seni berbau politik.

Macam Orang Gila

(Ilham Pak Bakar Sg.Mulia)

Al-Kisah ada satu cerita. Sangat elok dibuat pengajaran. Seorang mamak bendahara mendapat kuasa, memerintah sebuah Negara. Mulanya Nampak memang baik. Gigih berusaha mengangkat martabat bangsa. Ramailah rakyat sukakan dia. Memuji memuja sumpah taat setia. Mamat bendahara sangat suka. Namanya mulai terkenal seantero dunia. Puji-pujian mencurah-curah. Apa kata dia  semuanya jadi. Mahu dia pun semua orang ikut. Negara bertambah makmur. Ramai orang menjadi kaya. Yang miskin terus papa kedana Mamak Bendahara tak peduli. Macam-macam hendak dibuatnya. Orangpun sanggup menjadi khadamnya. Asalkan duit dapat berjuta orang sanggup jadi khadam. Mamak Bendahara suka tak terhingga. Terlupa dia akan fitrah manusia. Sangka dia dialah kuasa. Kata dia semua mesti jadi. Mahu dia semua orang mesti ikut. “Siapkan mahligai maha mewah untuk beta! Siapkan jet  maha canggih untuk beta! Selamatkan perkapalan anakanda beta! Gunakan duit petronas jangan peduli berapa harga”.

Duit rakyat duit dia. Amanah rakyat harta bapak dia. Dia bukan lagi manusia biasa. Mahunya jadi manusia maha. Negara jadi harta dia. Rakyat hamba dia. Siapa tak suka…hukum! Siapa lawan pancung! Siapa mencabar tangkap. Rupa-rupanya timbalan dia sendiri

Tangkap dan kurung ! dan racun!

Rakyat memprotes dia tak kira. Tangkap siapa saja yang mencabar. Rakyat semakin marah dia tak peduli. Ulamak tegur dia ulamak dia hina. Dia bukan lagi manusia biasa. Ingat dia dia maha kuasa. Tapi rakyat tengok dia macam orang gila

Timbalan yang dipenjara terus dihina, tak kira dimana

Dia ingat dia maha bijaksana. Tapi rakya tengok dia macam orang gila

Dia ingat semua rakyat khadam dia memang ada rakyat jadi khadam dia mereka aturkan apa saja kemahuan.

Dia nak tengok ribuan orang berkumpul, khadam-khadam aturkan apa cara sekalipun. Angkut dengan bas. Kunci pintu stadium, paksa pelajar . Gunakan Cik Siti penyanyi . Mamak Bendahara lega tengok  ramai orang berkumpul . Tapi rakyat tengok dia macam orang gila

Dia ingat dia masih hebat , boleh terus berkuasa

Tanda-tanda kejatuhannya semakin jelas, dia tak  nampak. Ingat dia dia manusia maha.  Tapi rakyat tengok dia bukan lagi macam orang gila,

Akhirnya rakyat tengok dia betul-betul gila!

 

Cas Keting: Satu tindakan wajar dalam kes pemimpin tamak

Agak menarik beberapa petikan berita berkaitan isu cas keting yang disediakan dalam blog ini.

http://jiwokelate.wordpress.com/2010/01/19/isu-cah-keting-tidak-boleh-dipandang-ringan-husam/

Paling menarik sekali ialah kenyataan akhbar oleh Ustaz Tantawi yang bertajuk Pemimpin Tamak Punca Cas Keting. Setelah diamati dengan teliti memang benar ramai juga dikalangan pemimpin PAS yang tamak; iaitu tamak untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional sebagai Unity Government. Sikap tamak ini melonjak-lonjak dikalangan sesetengah pemimpin PAS termasuklah Hj Abdul Hadi Awang sendiri kerana kononnya dengan cara inilah PAS akan cepat menguasai kerajaan Pusat. Tindakan tamak ini juga mendorong pemimpin-pemimpin PAS yang jenis otak bengang untuk bertindak meminggirkan Pakatan Rakyat. Apabila timbul tentangan dalaman dan luaran yang agak hebat, maka golongan UG ini akan cepat-cepat bertaqiyyah demi menyelamatkan diri dan jawatan yang disandar dalam PAS. Buat pengetahuan para pimpinan PAS Pusat; kini sudah ramai dikalangan para pengundi muda yang rasa tidak lawas untuk mengundi PAS. ini kerana bagi mereka ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri masa kini yang otak mereka macam orang UMNO malah ada yang lebih teruk daripada UMNO!!

Pemimpin tamak sebegini tidak boleh dibiarkan memimpin PAS di peringkat negeri ataupun pusat. Lantaran itu, pemimpin sebegini juga wajar dicas keting biar dipapah keluar gelanggang. Buat menyemak, sebak di dada dan sakit mata memandang saja kalau dibiarkan pemimpin tamak berada dalam gelanggang politik. Pemimpin yang tidak tamak memanglah tidak wajar dicas keting.

Penjelasan Ikhlas Dato’ Husam

 KOTA BHARU – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada blogger Kickdefella di dalam blognya.Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi oleh penulisnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz terbabit.“Kita ambil Kickdefella menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. Kalau ikutkan blog dia…saya sendiri tidak puas hati. Tetapi dalam dunia blog, kita tidak boleh campur tangan dalam hak orang lain.“Ini hak personal, kita kena hormat ke atas kebebasan blogger. Jadi apa yang dia tulis tidak ada kena mengena dengan saya bahkan saya sendiri tidak puas hati dia puji saya melambung-lambung. Tetapi dia buat juga nak buat macam mana, kadang-kadang dia serang orang, mereka anggap sebagai saya suruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Harian Pas Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, orang yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.“Apabila dia (Syed Azidi) ditamatkan perkhidmatan, dia jadi personel. Kita tidak boleh kawal dia sampai hari ini saya tak boleh berhubung dengan dia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai hubungan beliau dengan Kickdefella memandangkan beliau dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membawa masuk blogger terbabit ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.Kerajaan Negeri Kelantan dilanda pelbagai konflik apabila Kickdefella mendedahkan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan negeri dalam blognya yang dilihat menyerang kepimpinan negeri sehingga mencalar imej Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Minggu lalu, Kickdefella mendedahkan kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam urusan projek Bazar Tok Guru berjumlah lebih kurang RM50 juta yang diakui sendiri oleh Nik Abdul Aziz namun ia dinafikan oleh pimpinan kanan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, mengulas dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) bahawa Pas cuba mengalih perhatian dari isu kerugian itu dengan menimbulkan persoalan siapa yang membocorkan maklumat Exco, Husam berkata, dalam hal itu pihak berkenaan sepatutnya tidak menyusahkan Nik Abdul Aziz.

“Apa yang dia tidak faham saya akan jelaskan. Dalam isu-isu seperti ini jangan susahkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya Exco-exco serupa saya, saya akan jawab.

“Dalam kes ini, PMBK ada bahagian dia, pemaju ada bahagian dia bahagian…yang PMBK dapat ialah tingkat satu dan dua bazar yang bernilai RM40 juta di samping itu PMBK dapat wang tunai lebih RM5 juta,” katanya.

Mengenai perjanjian persefahaman (MoU) di antara PMBK dengan peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB yang menyatakan lot perniagaan tersebut akan dijual dengan harga subsidi sebanyak RM40,000, Husam berkata, perkara tersebut boleh dibincangkan.

“Itu boleh bincang balik tak ada masalah tetapi kita tidak mahu peniaga bila diberi betis hendakkan paha pula, tetapi mana peranan UMNO kenapa tidak minta dengan UDA, UMNO, Datuk Fatmi Che Salleh (Setiausaha Politik Perdana Mentri) dan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

“Mereka pegang agensi Pusat yang ada dana yang besar, bila mereka tidak buat (membantu peniaga) maka kerajaan negeri kena buat,” katanya.

Husam berkata, UDA Holdings sepatutnya membina lot perniagaan untuk peniaga kecil di bandar ini sejajar dengan tujuan penubuhannya dahulu.

Dipetik daripada: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6392976.asp

Sebagai respon kepada penjelasan Dato Husam, Kickdefella mengulas lagi

http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/20/bila-artis-menafsir-angka/#comment-52439