Macam Orang Gila!

Sebelum parti-parti pembangkang menang besar dalam pilihanraya tahun 1999, ada seorang insan berjiwa seni yang sentiasa asyik dengan karya seninya. Beliau ialah Saudara Dinsman yang pernah muncul dengan sebuah buku bertajuk “Macam Orang Gila – Sekumpulan 55 Sajak Reformasi”.  Salah satu darinya memang bertajuk “Macam Orang Gila” (hlm 63-64). Luahan hati seorang seniman yang tidak berpuas hati dengan kecamuk politik pada masa itu berjaya menawan hati kebanyakkan rakyat yang bencikan kezaliman Barisan Nasional di bawah pimpinan Dr.Mahathir. Dibaca buat kali pertama di Majlis PAS, di USJ 9, Subang Jaya, 10 September 1999 dan esoknya di majlis PAS Selayang, Selangor; dan esoknya di Markas Tarbiyah Taman Melewar , Kuala Lumpur).  Petikan ini saya siarkan kembali untuk tatapan mereka berjiwa seni berbau politik.

Macam Orang Gila

(Ilham Pak Bakar Sg.Mulia)

Al-Kisah ada satu cerita. Sangat elok dibuat pengajaran. Seorang mamak bendahara mendapat kuasa, memerintah sebuah Negara. Mulanya Nampak memang baik. Gigih berusaha mengangkat martabat bangsa. Ramailah rakyat sukakan dia. Memuji memuja sumpah taat setia. Mamat bendahara sangat suka. Namanya mulai terkenal seantero dunia. Puji-pujian mencurah-curah. Apa kata dia  semuanya jadi. Mahu dia pun semua orang ikut. Negara bertambah makmur. Ramai orang menjadi kaya. Yang miskin terus papa kedana Mamak Bendahara tak peduli. Macam-macam hendak dibuatnya. Orangpun sanggup menjadi khadamnya. Asalkan duit dapat berjuta orang sanggup jadi khadam. Mamak Bendahara suka tak terhingga. Terlupa dia akan fitrah manusia. Sangka dia dialah kuasa. Kata dia semua mesti jadi. Mahu dia semua orang mesti ikut. “Siapkan mahligai maha mewah untuk beta! Siapkan jet  maha canggih untuk beta! Selamatkan perkapalan anakanda beta! Gunakan duit petronas jangan peduli berapa harga”.

Duit rakyat duit dia. Amanah rakyat harta bapak dia. Dia bukan lagi manusia biasa. Mahunya jadi manusia maha. Negara jadi harta dia. Rakyat hamba dia. Siapa tak suka…hukum! Siapa lawan pancung! Siapa mencabar tangkap. Rupa-rupanya timbalan dia sendiri

Tangkap dan kurung ! dan racun!

Rakyat memprotes dia tak kira. Tangkap siapa saja yang mencabar. Rakyat semakin marah dia tak peduli. Ulamak tegur dia ulamak dia hina. Dia bukan lagi manusia biasa. Ingat dia dia maha kuasa. Tapi rakyat tengok dia macam orang gila

Timbalan yang dipenjara terus dihina, tak kira dimana

Dia ingat dia maha bijaksana. Tapi rakya tengok dia macam orang gila

Dia ingat semua rakyat khadam dia memang ada rakyat jadi khadam dia mereka aturkan apa saja kemahuan.

Dia nak tengok ribuan orang berkumpul, khadam-khadam aturkan apa cara sekalipun. Angkut dengan bas. Kunci pintu stadium, paksa pelajar . Gunakan Cik Siti penyanyi . Mamak Bendahara lega tengok  ramai orang berkumpul . Tapi rakyat tengok dia macam orang gila

Dia ingat dia masih hebat , boleh terus berkuasa

Tanda-tanda kejatuhannya semakin jelas, dia tak  nampak. Ingat dia dia manusia maha.  Tapi rakyat tengok dia bukan lagi macam orang gila,

Akhirnya rakyat tengok dia betul-betul gila!

 

One response to this post.

  1. Posted by Hydzelan Hashim on 21 January 2010 at 6:09 am

    Yang paling dibimbangi ialah bila ada dikalangan pemimpin PAS yang sudah tak mampu nak kawal nafsu, rakyat pula akan kata pemimpin PAS sebegitu macam orang gila…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: