Archive for January 21st, 2010

Senda loka di petang hari…

Anak Mek Lijah (18:06:59) :

Semua benda-benda – bayar sana, bayar sini – sebenarnya adalah ibarat cerita wayang kulit Kerajaan Negeri sahaja… atau lebih tepat dalam kata bidalan : MACAM BERSELIMUT DENGAN KAIN SELIMUT SINGKAT… Tarik keatas, kaki nampak terjulur…; tarik kebawah, dada terdedah sejuk.. Serba tak kena. Itulah sebenarnya isu “RM 23 juta” itu..

Sheikh,

Kalau dalam bahasa kampung, in macam cerita Mek Lijah. Mek Lijah tu miskin wang.., tapi ada tanah pusaka seluas 10 ekar. Taukeh mari, bagitau Mek Lijah, dia nak majukan tanah Mek Lijah. Dari 10 ekar tanah Mek Lijah, hanya 1 ekar sahaja yang taukeh ni nak start dulu. Lagi 9 ekar, taukeh cakap, nanti saya punya hal lah nak buat apa2 lain masa. Maka tanah 10 ekar ni pun ditukar miliklah kepada taukeh ni.

1 ekar tanah Mek Lijah tu taukeh nak buat 10 unit rumah teres, satu deret. ‘Corner lot’ kiri-kanan tu taukeh punya. Mek Lijah diberi 4 unit tengah2 tu, dengan HARGA PENILAIAN TAUKEH tu sendiri sebanyak RM 500,000 se unit. Seronok lah Mek Lijah hebahkan sana-sini kerana dapat harta bernilai RM 2 juta dari taukeh. Dia bukannya tahu, kos sebenar taukeh tu buat rumah teres tu adalah RM 100,000 se unit sahaja. Maknanya, taukeh tu sebenarnya beli tanah Mek Lijah dengan harga RM 400,000 jer. Tu ‘tak cerdik’ fasa pertama…

Lepas perjanjian dibuat semua depan loyar, taukeh pun buat lah rumah2 teres tu. Masa tengah bina, tup-tup, anak2 Mek Lijah yang 6 orang tu balik ke kampung. Mereka mendesak nak kan rumah kerana tempat tinggal mereka di bandar selama ini akan dirobohkan.

Dek malu kat jiran, Mek Lijah pergi jumpa taukeh… nak 2 unit lagi rumah. Yang 4 anak perempuan tu, tak aperlah ambik rumah teres tengah2 sorang satu…, tapi anak2 lelaki lagi dua ni nak rumah ‘corner lot’..

Taukeh pun baik hati… Dia kata boleh ambik 2 unit ‘corner lot’ ni.., cuma Mek Lijah kena bayar ler. Satu unit RM 800,000 … 2 unit kena bayar RM 1.6 juta ! Mek Lijah pulak mana lah tau berapa kos sebenar pembinaan 2 unit ‘corner lot’ ni.. dan Mek lijah pun tak ader kuasa nak pertikai kos sebenar unit ni. Apa pun, Mek Lijah kena cari duit RM 1.6 juta untuk dibayar kepada taukeh…. Mana dia nak cari? Nak makan selama ini pun susah.. Itu ‘tak cerdik’ fasa kedua..

Dalam Mek Lijah dok ‘mutar itek’ (duk tgh bingung), tup-tup, jiran2 dia dapat tahu, bahawa rumah lama anak2 Mek Lijah yang nak kena roboh di bandar tu pun, TAUKEH SAMA jugak yang nak majukan .. !!!

Setakat ni dulu…. nak terketawa ni… !! Sambung cerita lain kali… Hehehehehehe…..!!!

Towardsmardhatillah: Petikan cerita ini merupakan salah satu komen yang disiarkan dalam blog Kickdefella http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/20/bila-artis-menafsir-angka/#comments

Advertisements

Keluhan Kickdefella

 

KOTA BHARU – Blogger, Kickdefella menegaskan beliau tidak akan memberikan respons negatif berhubung kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa mengenai dirinya sebaliknya beliau menganggap Husam adalah harapan rakyat Kelantan.

Kickedefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Husam berhubung dirinya.

“Saya keliru membaca kenyataan Husam. Saya kecewa dan terkilan. Saya seolah-olah tidak kenal dia atau mungkin juga boleh dikatakan sekarang baru saya mengenali dirinya.

“Dia seolah-olah lemas dan perlu menyelamatkan diri dalam keadaan sekarang. Saya rela kerana dia dalam keadaan lemas dia panjat saya. Saya rela. Kalau itu kenyataan untuk selamatkan diri tak apalah, moga selamatlah dia,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika diminta mengulas kenyataan Husam terhadap dirinya, semalam.

Mengulas mengenai dakwaan Husam yang menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya di dalam blog beliau, Kickdefella menegaskan beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Sama ada kami masih berhubung saya tak mahu komen. Allah maha mengetahui. Saya tak mahu berbohong,” katanya.

Semalam, Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan dilaporkan berkata, mereka yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Kickdefella turut melahirkan rasa kesal mengenai kenyataan Husam berhubung perjanjian persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB yang menyatakan lot perniagaan tersebut akan dijual dengan harga subsidi sebanyak RM40,000.

Husam dalam kenyataan dilaporkan berkata, masalah itu boleh dirunding namun Kerajaan Negeri tidak mahu peniaga bila diberi betis hendakkan paha pula.

“Dalam kes ini peniaga bukan bagi betis nak paha tetapi pada Pilihan raya Umum yang lalu Pas minta berjanji dan minta peniaga beri undi pada mereka. Ini soal gagal tunai janji.

“Saya hairan mengapa sebelum ini Husam senyap betul. Tetapi apabila dah sah Ketua Pegawai Eksekutif PMBK berhenti macam-macam pula dia nak cakap. Adakah ini strategi atau mengapa ya?,” katanya.

Husam semalam menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Kickdefella.

Husam berkata, Kickdefella diambil menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media.

Dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6402728.asp