Para Pendakwah wajib tingkatkan Ilmu Pengetahuan masing-masing

Sepanjang menularnya Isu penggunaan nama Allah, saya ambil sikap berkecuali tanpa sebarang ulasan detail berkaitan dengannya. Biarlah orang lain sibuk nak berhujjah sama ada boleh ataupun tak boleh  golongan non-muslim Kristian menggunakan nama Allah. Mana-mana negeri  yang sepakat bersetuju golongan kristian menggunakan nama Allah pasti ada hujjah-hujjah mereka. Begitu juga dengan negeri yang tidak setuju golongan kristian menggunakan nama Allah juga ada hujjah-hujjah mereka. Semua hujjah-hujjah tersebut hanya boleh dipraktik melalui Jabatan Agama Islam di setiap negeri masing-masing .

 http://g-82.blogspot.com/2010/01/kelantan-tidak-halang-guna-kalimah.html

Dalam tempoh sehari dua ini, satu pengumuman berkaitan Seminar Pemikiran Islam dinyatakan dalam blog Jiwa Kelate sepertimana yang tertera di bawah;

http://jiwokelate.wordpress.com/2010/01/20/seminar-pemikiran-islam-semasa-pemakaian-kalimah-allah/

Berkaitan dengan Seminar ini,  ada sebuah buku yang wajar didedahkan kepada para pendakwah Islam masa kini dalam usaha mereka untuk melawan arus propaganda Kristian yang dianggap begitu kuat. Buku bertajuk “Mengulas Karya Saudara Mohd.Farhan Abd.Allah “Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia” disusun oleh Mohd. Amin Yaacob dan Lim Jooi Soon merangkumi 75 halaman dengan pembentangan sebanyak lapan persoalan pokok, iaitu;

i)                    Persoalan pertama: Penjelasan Isu Rukun Agama kristian, persoalan Ekaristi Air Suci( Sacrament of Holy Water), Kekeliruan terhadap penggunaan Istilah paderi dan Pastor.

ii)                  Persoalan kedua: Penjelasan Asal Perkataan Jesus Christ (Nabi Isa a.s)

iii)                Persoalan Ketiga: Penjelasan Isu Holy Water

iv)                Persoalan keempat: Penjelasan Isu Persidangan Gereja Sedunia

v)                  Persoalan kelima: Penjelasan Isu Ruh Kudus (Holy Spirit)

vi)                Persoalan keenam: Kekeliruan terhadap ajaran nabi Musa a.s

vii)              Persoalan ketujuh: Ulasan Terhadap Kematian Judas Iscariot (Yahuza Askharyuti)

viii)            Persoalan kelapan: Ulasan terhadap Bab 13 “Secebis Kisah pengIslamanku”.

Kata pengantar buku ini ditulis oleh Dr.Juanda Jaya,  Mufti Perlis yang pernah dituduh Wahhabi. Sama ada benar ataupun tidak Juanda Jaya ini Wahabbi, saya tak pasti sebab saya tak pernah menyelidik tentang pegang aqidah dan fahaman Juanda Jaya. Apa yang penting ialah isu kandung buku ini adalah amat perlu difahami oleh mereka yang berminat untuk menjadi pendakwah Islam. Ringkas cerita, buku ini sebenarnya merupakan pembetulan fakta yang pernah dikemukakan oleh Saudara Mohd. Farhan dalam bukunya “Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia” yang  tidak benar. Contohnya;

i)                    Kefahaman terhadap beberapa kepercayaan asas agama Kristian seperti peranan Ruh Kudus (Holy Spirit) dalam kehidupan penganut Kristian serta rukun keagamaan pokok (Sacrament) agama Kristian yang dinyatakan menyalahi ketetapan gereja-gereja Kristian keseluruhannya.

ii)                  Menokok tambah/ mereka cipta rukun keagamaan pokok (Sacrament) yang bukan merupakan ketetapan mana-mana gereja Kristian sekalipun. Contohnya Ekaristi air suci.

iii)                Kekeliruan terhadap isu serta penggunaan Holy Water (air suci)

iv)                Kekeliruan terhadap istilah serta peranan paderi (priest) serta pastor.

v)                  Kekeliruan terhadap beberapa aspek ajaran Jesus (Nabi Isa a.s) serta Nabi Musa a.s. Kekeliruan ini bukan sahaja bercanggah dari sudut perspektif  agama Kristian bahkan pandangan Islam.

Secara realiti kebanyakan fakta yang dikemukakan oleh Mohd.Farhan (pernah mendakwa dirinya sebagai bekas Pastor Gereja Sidang Injil Borneo/SIB)mengenai agama Krisitan merupakan kenyataan kurang cermat serta menjadi bahan ketawa (laughing stock) bukan sahaja dikalangan penganut Kristian, bahkan umat Islam yang terlibat dalam ilmu perbandingan Agama (Muqaranah al-Adyan).

Kepada para pendakwah Islam, tolong ambil perhatian terhadap apa yang dikupas oleh Mohd.Amin Yaacob dan Lim Jooi Soon ini. Tambahkan pengetahuan anda sebelum keluar berdakwah agar anda semua tidak menghentam agama orang lain secara ikut suka hati aje…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: