Archive for January 24th, 2010

Dr M: I am not anti-Christian

GEORGE TOWN: Tun Dr Mahathir Mohamad has denied claims that he is trying to stir up anti-Christian sentiments by saying that the Sept 11, 2001 attack on the World Trade Centre in New York was staged.

“Many people may think that I am trying to stir up the matter by publicly commenting that the attack on the United States was staged but I am firm with my point of view,” he told reporters after attending a dinner organised by the Penang Medical Practitioners’ Society here Saturday.

The former prime minister said there were groups of people who thought that he was trying to stir anti-Christian sentiments by commenting on the attack at this point of time.

“What do I gain from a publicity stunt? I’m not going to run for Prime Minister again.”

Earlier in his blog Mahathir said that he had watched a three-hour video showing the attack and suggested that the World Trade Centre and surrounding buildings collapsed due to controlled demolition.

“A lot of people in America (the apologists will dismiss them as conspiracy theorists) questioned whether the towers collapsed because the planes crashed into them or that something else caused them to come down.

“These people have reproduced videos taken by media people showing the attack and the collapse of the towers, pointing out certain peculiar features.

“If you have seen the three-hour long video which is widely distributed you would be convince by it.

“People fear of saying anything political on this issue, especially when we are accusing the government of a very powerful country of doing something wrong. Don’t forget they (even) told lies to go to war,” he said.

On another note, Tun Mahathir said Malaysia should not solely depend on foreign direct investments (FDI) and should instead build up its own economy. — Bernama

Do you agree with Tun Dr Mahathir Mohamad’s claim that the Sept 11 attacks on the US could have been staged as an excuse to mount attacks on the Muslim world?

Picked from: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/24/nation/20100124092941&sec=nation

Advertisements

Kelantan tolak tawaran anggotai panel royalti minyak

KOTA BAHARU 24 Jan. – Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

“Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

“Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini. – Bernama

Cebisan petikan Kitab Taj al-Mulk

Dalam banyak-banyak  kitab-kitab klasik yang ditulis dengan tulisan jawi purba, kitab Taj al-Mulk (TajulMuluk) paling menarik perhatian saya. Berdasarkan pengamatan saya, kitab ini juga popular di kalangan warga emas terutama sekali mereka yang menetap di Kelantan dan di 4 wilayah di Selatan Thai. Taj al-Mulk sebenarnya merupakan sebuah kitab serba guna kerana ia merangkumi bidang perubatan (mempertahankan diri daripada penyakit )dan juga bidang keselamatan (termasuk untuk mempertahankan diri daripada bala dan musuh melalui azimat perkasih/pengasih, hlm 56). Ditulis oleh al-Allamah al-Hafiz Abdul Azim al-Munziri dan kemudiannya selesai diterjemahkan oleh al-Allamah  Tuan Hasan Besut ibn al-Marhum Tuan Ishak Fathoni  pada 6 Muharram 1249H. Itulah sebenarnya hakikat pengenalan kitab ini. Namun Taj-Mulk menjadi popular dikalangan sesetengah pihak di zaman lampau[1] kerana tercatit didalamnya beberapa teks berkaitan dengan amalan seks (jima’) antara suami isteri yang dihalalkan oleh syarak. Antaranya ialah; berkaitan ilmu berahi (merangkumi ubat dan azimat menguatkan menguatkan alat kelamin lelaki, kaedah menahan air mani lelaki daripada keluar, alamat pada anggota badan dan tahi lalat, peredaran mani perempuan, peredaran nafas, adab dan peraturan berjima’ mengikut syarak dan penentuan jantina anak.

Antara petikan teks Taj al-Mulk ialah;

“Jika orang jimak perempuan pada ketika nafas di kanan, nescaya lambat inzal[2], jika jadi anak pun anak lelaki dan jika pada nafas di kiri nescaya lekas inzal kita daripada perempuan, jika orang jimak jadi anak pun anak perempuan dan jika kita dikehendaki dikasih oleh perempuan maka tatkala kita dalam jimak maka nafas perempuan dari kanan nafas kita dari kiri maka pertemukan nafas kita dengan nafas perempuan maka tatkala keluar nafas maka kita hela dengan nafas kita dengan nafas perempuan maka tatkala keluar nafas maka kita hela dengan nafas kita sekuat-kuat 12 kali nescaya sangat kasihnya kepada kita” (hlm 59).

Berkaitan dengan ubat dan azimat menguatkan alat kelamin lelaki, kitab tersebut mengatakan begini:

“Inilah ubat kuat zakar, maka ambil telur ayam[3] tujuh biji, maka direbus ; sesudah itu dikupas ia maka disuratkan ayat ini[4] pada telur itu maka dimakan telur itu inilah yang disuratkan”[5]

“Inilah ubat lemah syahwat ambil tiga biji telur pada tiap-tiap hari dimakan sebiji. Inilah yang disuratkan pada telur pertama

بسم الله الرحمن الرحيم فوقع الحق و بطل ما كانوا يعملون

Dan disuratkan pada telur kedua ayat ini

بسم الله الحمن الرحيم قال موسى ما جئتم به السحر ان الله سيبطله ان الله لا يصلح عمل المفسدين

Dan suratkan pada telur ketiga ayat ini

وننزل من القرآن ما هو شفاء و رحمة للمؤمنين و لا يزيد الظالمين الا خسارا

Inilah ubat kuat zakar lagi panjang lagi besar maka ambil kepala linang[6] yang kuning maka bakar ambil abunya maka mesrakan dengan minyak maka urut-urut pada zakar kiri kanan, mujarab.”

“Inilah ubat menahan mani jangan keluar. Ambil opium dan buah pala dan bunga cengkih dan jira hitam ( jintan hitam) [7] maka dipipis lunak-lunak masing-masing maka ditimbang sama berat keempatnya. Setelah itu maka kita campurkan semuanya itu maka kita pipis pula lunak-lunak campur mesrakan dengan air madu maka tatkala makan kita makan ubat ini dahulu berasa khayalnya jika belum khayalnya kita makan sedikit lagi jika sangat khayalnya maka berendam pada air insyallah mujarab.”

Inilah ubat kuat zakar; disuratkan pada sirih bertemu urat maka hendaklah menyurat ia dengan besi “[8]

“Inilah ubat ubat-ubat tahan mani jangan keluar. Ambil kulit limau purut dan lada sulah, pipis lunak-lunak maka makan mujarab”[9].

Semua yang saya nyatakan ini (tulis semula dengan tulisan rumi) adalah cerbisan ilmu-ilmu tradisional yang bermanafaat dalam kitab ini. Kaedah perubatannya menggunakan bahan-bahan mesra alam dan lebih selamat digunakan daripada menggunakan Viagra dan macam-macam jenis ubat kuat yang lain. Oleh itu, sesiapa yang ingin mengetahui rahsia ilmu tradisional masyarakat Melayu, kenalah belajar tulisan jawi (termasuklah jawi purba). Kenalah pecahkan ruyung untuk dapatkan sagunya.


[1] Zaman sekarang ia tidak popular kerana ramai anak-anak muda masa kini tidak boleh membaca tulisan jawi terutama sekali tulisan jawi purba dengan loghat Fathoni. Buat pengetahuan semua, kitab tulisan jawi purba ini pernah saya temui dijual di Dar al-Kutub al-Sudaniyyah di Khartoum, Sudan.

[2] Terpancut mani.

[3] Ayam juga disebut hayam menurut penterjemah kitab ini dalam bab-bab lain seperti pada halaman 120 dinyatakan “Syahdan adapun daging hayam jantan itu….”.

[4] Doa rabbi isyrah li shodri…..sampai habis

[5] Hlm 56.

[6] Ikan linang.

[7] Habbatus sauda’ ataupun dikenali juga dengan habbatul barakah.

[8] Sila lihat dan baca halaman 57 untuk dapatkan bacaan suratnya.

[9] Ibid, hlm 57.