Kita semua ada tanggungjawab

Beberapa orang rakan sepengajian semasa di APIUM menelefon dan bertanya kepada saya tentang scenario politik negeri Kelate dan pergolakan dalaman. Saya katakan kat mereka “Kawe tak tahu banyak sangat tentang pergolakkan dalaman sebab kawe tak berada dalam kancah@arena itu. Kawe hanya seorang blogger dan penulis buku. Kawe tak kerja dalam pejabat kerajaan”. Ada juga yang mempersoalkan tentang setiap maklumat yang disiarkan dalam blog kickdefella berkaitan isu Rumah Kelantan di Jalan Stonor. Saya jawab kepada si bertanya “Setakat saya kenal Pak Sheikh, dia tak suka berbohong dalam masalah isu semasa. Mungkin Pak Sheikh ada ramai informers. Kalau sesiapa boleh buktikan dia berbohong…sila ambil saja tindakan mahkamah ke atasnya. Dato’ Husam ataupun mana-mana Exco Kerajaan Kelantan bolehlah nak jawab isu ini sama ada betul ataupun fitnah. Puak Exco nih berhak nak jawab isu nih. Bukan kawe”.

 http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/25/rumah-kelantan-jalan-stonor-menantu-tak-jual-dia-bagi-free-saja/#comments

Sehari dua terdekat nih, kedengaran pula ura-ura Arif Fahmi nak letak jawatan bulan Februari ini. Betul ataupun tidak saya sendiripun tak pasti. Sepatutnya  lama dah dia letak jawatan dan terus cari kerja lain. Bila lama sangat duk bertenggek atas kerusi CEO PMBK dan kes siasatan SPRM ke atas diri Arif Fahmi yang sepatutnya dah selesai tapi hingga hari ini masih belum diumumkan menunjukkan ada sesuatu yang tak kena berlaku di belakang tabir.  Bagi golongan yang begitu fanatic kat Tok Guru daripada kalangan ahli-ahli PAS yang pekat hijau mereka beranggapan; segala apa tindakan Tok Guru tidak wajar dipertikaikan.  Jangan cemarkan wala’ dengan anasir-anasir durhaka!!! Itu pandang mereka yang fanatic tapi Islam sebenarnya membuka ruang agar mana-mana pemimpin ditegur dan dikritik jika melakukan kesilapan.

Baca juga di sini

http://cilipadi007.blogspot.com/2010/01/pemecah-amanah-dipuja-pemegang-amanah.html

Dalam situasi UMNO dan Barisan Nasional begitu amat lemah, timbul pula kepimpinan PAS yang tamak untuk bersama Barisan Nasional sebagai Kerajaan Perpaduan. Ahli-ahli PAS pun satu hal……..asalkan berserban dan berjubah setiap hari, maka itulah bagi mereka kepimpinan Ulama’ . Soal akhlak dan kemampuan seseorang yang dilabel sebagai ulama’ yang  bercita-cita memimpin PAS ditolak ketepi. Itulah hakikat sebenar kepimpinan ulama’ yang sering dijulang tinggi dalam perjuangan PAS. Bagi saya tak kira sama ada guru, wakil rakyat, peniaga, blogger dan lain-lain lagi yang berlainan status ….semua mereka ini ada tanggungjawab masing-masing berkaitan dengan politik tanahair yang perlu diselesaikan.  Jangan biarkan segala tanggungjawab kita semua dipersoalkan secara negative di depan Allah Azza wa Jalla di Mahsyar kelak”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: